Sunday, December 12, 2021

GREEK VARIAN 😊

 Salam,

👇Greek alphabets :


👇My previous wsap to my friends:

"Salam,

Xtau nk cakp apa dh... Klakar pun ada🤣

Dh habis dibelasahnya sume simbol matematik utk varian...alpha, beta, delta, kappa, eta, theta, phi, epsilon, etc...

La ni omicron...

Simbol matematik apa lak tu???🤔

I pun goggle...rupanya nama varian baru...🤦🏻‍♀️

🤣🤣🤣

Never ending story...from Allah swt😊

"Hadiah" dpd Nya utk kita sedar n bertaubat..."


** The above matter reminds me of my mathematics professors (i.e., Prof Stoltenberg, Prof Davis and Prof Luning) when I was a master student at the mathematics department, Sam Houston State University (SHSU), Texas, USA.

The mathematics symbols...alpha, beta, delta, kappa, eta, theta, phi, epsilon, mu and lambda...were often used by these professors when doing proofing in mathematics.

I still remember Prof Luning as he put his forehead on the whiteboard when proofing a mathematics problem....and then he was very still for quiet some time (I think about 10 min or so)...and I was like..."is he ok???" 😂😅...then he continued writing on the whiteboard...(pelikkan mathematicians ni...😄...my classmates and i masa tu resah gelisah...ngapa dia xgoyang2 pun🤔...🤣🤣)

And...I still remember Prof Stoltenberg when he slammed both of his hands on the table the moment I succeeded in proving my last mathematics problem for my master viva (punya la terperanjat...sikit lg nk terbersalin😂😅) i was at that time standing infront of the evaluators (i.e., mathematics professors)...finishing up my explanation of my proofing technique on the whiteboard.

And...I still remember Prof Davis and his jokes. I enjoyed his class very much becoz of his funny jokes😂...as uol know i love to laugh😊

As for omicron...the professors didnt use this alphabet...i wonder why?🤔 (mungkin sbb terpintal lidah kot nk sebut "omicron"😂😅)

By the way...kalo x cukup greek alphabets nk namakn varian lagi...leh lah guna alif, ba, ta...etc. pulak🤣😂😅

👌🤣🧡


** DUBAI: Kemunculan Omicron sekali lagi ‘memporak-perandakan’ dunia apabila varian baharu Covid-19 itu didakwa lebih mudah berjangkit dan kebal vaksin berbanding varian terdahulu.

Penasihat saintifik di Vesta Care, Emmanuel Kouvousis percaya, koronavirus akan terus mendominasi dunia sekiranya masih banyak negara tidak mempunyai pelan tindakan yang kukuh.

"Kemungkinan juga Omicron adalah mutasi yang terakhir, dengan dua lagi strain dominan dijangka muncul sebelum pandemik benar-benar berakhir,” katanya kepada Arab News.


Yuzita

Thursday, December 9, 2021

SESUNGGUHNYA...💙🧡❤️

Salam, 

https://youtu.be/Zhz8zfARURE

👆 Nyanyian Alif Satar & Raihan...bertajuk "Sesungguhnya..." 


Petikan dpd senikata dlm "Sesungguhnya..." :

"🌷Sebenarnya hati ini cinta kpd Mu...Sebenarnya hati ini rindu kpd Mu...Tp aku xmengerti mengapa cinta masih xhadir...Tp aku xmengerti mengapa rindu belum berbunga🤔?

🌷Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan...Sesungguhnya walau ku siram dgn air hujan dari tujuh langit Mu...

🌷Namun cinta xakan hadir...Namun rindu xakan berbunga...Jika xmengharap rahmat Mu...Jika xmenagih simpati pada Mu...ya Allah...

🌷Tuhan hadiahkan lah kasih ku kpd Mu...tuhan kurniakan lah rindu ku kpd Mu...

🌷Semoga ku tahu syukur ku adalah milik Mu..."


The first time I listen to this song I couldnt fully understand it...but now I think I do...🙂

Allah loves us very much...more than a mother loves her own child...but do u love Allah as much as Allah loves u???🤔

Through out the years I have been working on how to get Allah's love...whereas it was already settled : Allah loves us very very much...😊

But the issue now is...how to get u to love Allah as much as Allah loves u???

Apart from doing the stuff that pleases Allah and turn away from the stuff that causes Allah's anger (semata2 kerana Allah sahaja)...we also need to make doa regularly...for examples:


Dan...



👆Jazakillah kak fara...for sending me the above doas...❤️u😀


Untuk memohon kpd Allah agar hati ini dipenuhi dgn cinta kpd Allah...kita hendaklah sentiasa mengharap rahmat Allah dan mengemis simpati dpd Nya...agar mencampakkn ke dlm hati kita kecintaan untuk mencintai Nya...

Apabila kecintaan kpd Allah sudah mula berputik di dlm hati...baru lah hadir kerinduan kpd Nya🤗. Jadi lebih mudahlah utk kita  beramal soleh (i.e., solat tahajjud, baca quran, dsb) disebabkn oleh rindunya kita kpd  Nya...inshaAllah😊❤️


** Kecintaan kpd Allah...oleh ustaz wadi annuar :

https://youtu.be/eEOchcR9Gko


Yuzita

Tuesday, November 30, 2021

AJAIB☀️

Salam,


Mengapa kita harus bersedih apabila ditimpa sesuatu musibah (i e., penyakit, hilang org tersayang, geran xdiluluskn😄, xlulus peperiksaan, lamaran ditolak, etc.) 🤔??? 

Seseorg yg beriman apabila ditimpa sesuatu musibah ia akan terus mengingati Allah swt kerana ia tahu musibah itu adalah yg terbaik buatnya...dtg dpd penciptanya yg Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Sekiranya ia bersabar kerana Allah dan terus mempertahankan kesabarannya itu...ia akan berupaya utk memiliki kedudukan yg mulia di sisi Allah swt (inshaAllah)...adakah itu yg kita semua ingin capai dlm mengharungi kehidupan dunia yg sementara ini ???

Sabda rasulullah saw :

🌷"Sungguh ajaib keadaan seorg muslim. Setiap urusan pasti menjadi baik untuknya dan ini tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan org yg beriman. Apabila ia beroleh kenikmatan ia bersyukur maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ia ditimpa musiibah ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya". (Muslim)

🌷"Sesungguhnya balasan pahala yg besar diperolehi melalui ujian yg besar. Kalau Allah mencintai seseorg PASTI Allah memberi ujian kpdnya. Sesiapa yg redha menerima ujian Allah maka baginya keredhaan Allah. Dan sesiapa kecewa menerimanya nescaya ia akan menerima kemurkaan Allah". (Tarmizi).


** To my dearest friend Zawiyah...bersabarlah kerana Allah...kerana Allah sentiasa bsama dgn org yg sabar🙂❤️


Yuzita

Sunday, November 28, 2021

EH?....EH?...😃 (Updated)

 Salam,


👆 Zizi Kirana with her husband

https://youtu.be/nEcBGw08NHY

👆Lagu nyanyian Zizi Kirana (rap hip-hop inang kemelayuan😄)


I love this song😀🤣😄 ...coz it represents the mentality of some Malays that could never change...and basicly it is true😊...like "membawang (i.e., makcik/pakcik bawang😅)", "dengki-mendengki", "kecam-mengecam", "dendam-mendendam", "kutuk-mengutuk", love to find fault in others (i. e., senikata lagu: "kecam org lain sendiri xnk ubah"😅), etc.

Dah bosan asyik dgn lagu melayu berasaskn cinta jer🙂...sesekali tu nk juga dgr lagu sindiran kpd akhlaq org islam melayu la ni di Malaysia (termasuk sy😂) .

"Hati hitam boleh tutup dgn jubah"...😂🤣😂

 Enjoy listening...🧡💛❤️😊


Lagu2 memuji rasulullah saw dan keagungan al Quranul kareem (by Zizi Kirana & friends) :

https://youtu.be/uKM-FCLgsjo

https://youtu.be/a9VofaBSn9M

https://youtu.be/8qStt-zle-8

Asmaul Husna :

https://youtu.be/DPeQ6XRGjdU

⭐⭐⭐⭐⭐😊


👇Happynya pengantin baru kita ni...😂🤣🤗...alhamdulillah🤲.

Smoga perkahwinan dirahmati Allah sentiasa...ameen yra🤲❤️☺️


🧡 Video zizi n hubby:

https://youtube.com/shorts/xaBukMyGInM?feature=share


Yuzita❤️💚💙😂

Wednesday, November 17, 2021

PESANAN TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN💚💛💜

Salam,



Hukum perbuatan sihir dalam Islam adalah berdosa besar.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Bagi yang terkena sihir, mereka terpaksa menanggung pelbagai sakit dan penderitaan, fizikal, mental atau rohani yang secara umumnya tidak dapat dikesan oleh perubatan moden yang canggih. 

Sihir membabitkan peranan langsung makhluk halus iaitu iblis, syaitan dan jin yang berperanan menyakitkan manusia apabila makhluk ini dipuja, disembah bagaikan ‘Tuhan yang disembah’ sehingga orang yang mengamalkan sihir dan yang memberi imbuhan kepada pengamal sihir, terjatuh ke lembah dosa besar syirik dan kufur kepada Allah.


Amalan syirik iaitu sihir di kalangan masyarakat di Malaysia:

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/717272/kuat-main-sihir


Yuzita🌷

Tuesday, November 9, 2021

MASA⭐

Salam,

👆 Logo MASA


Ada yg bertanya ke mana sy pergi...sudah lebih sebulan tidak menulis blog🤔...??? 😊😄

Sebenarnya sy teruja mengisi borang permohonan geran program pembangunan dasar institut masa depan Malaysia (MASA)...(berangan sekejap nak jd penggubal dasar pendidikan negara Malaysia😂🤣😅).

Di antara objektif pemohonan ini ialah:

Untuk menguji kebolehgunaan i-phys 2.0 berasaskan kepada:

(a) Atribut keberkesanan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK berkesan diguna untuk meningkatkan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(b) Atribut kebolehbelajaran iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memudahkan penjanaan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(c) Atribut kepuasan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memberi kepuasan serta keseronokan dalam mengaplikasi pemikiran kritis dalam pembelajaran fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(d) Mengenal pasti terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis setelah pelajar mengaplikasi i-phys 2.0.

Selanjutnya... mencadangkan kepada penggubal dasar pendidikan negara Malaysia berasaskan hasil dapatan daripada ujian kebolehgunaan i-phys 2.0 (sekiranya terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis) untuk menghasikan sebuah pakej simbolik yang lengkap merangkumi silibus subjek fizik untuk tingkatan 4 dan seterusnya untuk subjek-subjek yang lain seperti fizik tingkatan 5, kimia tingkatan 4 dan 5, dan matematik tambahan tingkatan 4 dan 5.


** Ada yg bertanya kpd sy mengapa sy begitu obsess dgn pemikiran kritis 🤔??? Utk memahami ayat al-Quran, seseorg itu seharusnya mempunyai pemikiran kritis agar ayat tersebut dpt dihayati dgn sewajarnya....Oleh itu pemikiran kritis hendaklah dipupuk dlm diri anak2 kita semasa di peringkat persekolahan lagi...

Sebagai contoh...kisah raja Zulkarnain dlm ayat-ayat al-Quran (surah al-Kahfi) memerlukn pemikiran kritis utk memahami n menghayati ayat2 tersebut n seterusnya merasai keagongan Allah swt...seperti yg diungkapkan oleh Ustaz Wadi Annuar:

https://youtu.be/zLlBd9SEe08


Yuzita❤️💛💚😊

Monday, October 4, 2021

WEDDING CEREMONY IN KAZAKHSTAN ❤️🌹🧡

Salam to all,

The ambassador of Malaysia to Kazakhstan, Bro. Dato' Syed Mohamad Bakri sent us the pictures below of a wedding ceremony in Kazakhstan😊:

👆Bro. Dato' Syed with the bride & bridegroom.


👇Reciting doa:




👆Bro. Dato' Syed...fourth from your right.

👆 Food...gloriousss food 😂


🤗 May Allah swt bless this marriage forever & ever...ameen yra🤲❤️🧡💚💙💜


Yuzita🧡🌷❤️

Thursday, September 30, 2021

TEKNOLOGI SISTEM ALGEBRA KOMPUTER (SAK)...🤔???

Salam semua,


👆TI-Nspire CAS

Apakah teknologi SAK?🤔

SAK merupakan suatu perisian komputer yang diguna dalam pengaplikasian dan penyelesaian masalah matematik dengan melakukan pengolahan ungkapan matematik serta sistem pengiraan dalam bentuk simbol...daripada yang mudah sehingga kepada yang kompleks (Khairina Atika 2004). 

SAK berkemampuan tinggi memanipulasi simbol algebra, memplot graf dan memproses nilai dalam sesuatu fungsi.

Penggunaan teknologi SAK tidak terhad hanya dalam bidang matematik sahaja malahan ia juga turut menyokong pelbagai bidang lain seperti robotik, pemprosesan signal, geometri algebra, rekabentuk geometri berbantukan komputer, sistem dinamik dan mekanik, fizik, kimia, biologi, sains komputer dan penyelesaian masalah logik (Noor Aini 2004).

Contoh perisian SAK ialah Axiom, GeoGebra, Magma, Maple, Mathematica, Maxima, MuPAD dan TI-Nspire CAS (produk Texas Instrument (TI)).

Pengaplikasian teknologi SAK dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan menyeronokkan untuk penyelesaian sesuatu masalah (Geelan, D.R. et. al., 2010, Hazlina 2014). 

Pakej simbolik didefinisi sebagai suatu pakej yang dibina dengan menggunakan teknologi SAK. Teknologi SAK berupaya menyediakan persekitaran inovatif dalam penyelidikan pembangunan pakej simbolik yang dapat diaplikasi ke dalam pelbagai bidang keilmuan seperti sains, matematik dan kejuruteraan (Yuzita 2007). 


Yuzita

Sunday, September 26, 2021

KOMPUTER ALGEBRA DALAM PENDIDIKAN🌷❤️

Salam semua,


Era globalisasi dalam abad ini menuntut pelajar supaya berdaya saing, bijak berkomunikasi serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (KPBM) dan kemahiran generik perlu dijana di peringkat sekolah lagi untuk membentuk insan berketrampilan agar dapat memenuhi pasaran pekerjaan samada di dalam atau luar negara.

Pada tahun 2019 Malaysia berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) apabila julung kalinya memperolehi skor melebihi 700 (aras tertinggi) dalam subjek matematik dan sains iaitu 25 paperTIMSS dan 65 eTIMSS untuk subjek matematik manakala 13 paperTIMSS dan 23 eTIMSS untuk subjek sains. Skor purata subjek matematik untuk paperTIMSS meningkat lapan mata kepada 473 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015 tetapi menurun empat mata kepada 461 (aras rendah) untuk eTIMSS. Skor purata subjek sains menurun dua mata kepada 469 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015. Skala pencapaian TIMSS 2019 bagi sains dan matematik ditetapkan kepada aras tertinggi dengan skor 625, aras tinggi (550), aras sederhana (475) dan aras rendah (400). 

Kajian TIMSS 2019 dilaksanakan dari 16 Oktober hingga 1 November 2018 membabitkan 1,560 pelajar tingkatan dua bagi paperTIMSIS dan 8,077 pelajar tingkatan dua bagi eTIMSS (Star online, 9 Disember 2020).

Hasil dapatan TIMSS 2019 digunakan sebagai panduan untuk merumus strategi menambah baik pelbagai program dan initiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengambil kira kejayaan pelajar di pelbagai peringkat serta teknik dan kaedah penyampaian guru dalam bilik darjah (Star online, 9 Disember 2020). KPM berhasrat untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dalam tempoh lima belas tahun akan datang (Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia 2015). 

Bentuk soalan dalam ujian TIMSS bagi subjek matematik dan sains lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah yang memerlukan KBAT seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar mengaplikasi (Zuriawahida 2016). Justeru itu anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia bertaraf dunia dengan merombak semula sistem peperiksaan dan penilaian bagi memberi tumpuan terhadap KBAT (Zuriawahida 2016).

Projek penyelidikan “Computer Algebra System - Critical Thinking” (CAS - CT) ini bertujuan untuk meningkatkan KBAT dengan memfokus kepada pemikiran kritis melalui KPBM dengan mengguna pakej simbolik berasaskan teknologi Sistem Algebra Komputer (SAK). Pakej simbolik ini dinamakan sebagai i-phys 2.0 yang merupakan kesinambungan dan peningkatan terhadap pakej simbolik i-phys (Hazlina 2014). Fokus bidang pembelajaran i-phys 2.0 ialah fizik (Daya dan Gerakan) untuk pelajar tingkatan empat di Malaysia. 

Model pembelajaran yang digunakan untuk membangun i-phys 2.0 ini ialah Taksonomi Bloom (rujuk Rajah 1). Satu pendekatan pembelajaran baharu juga diperkenalkan untuk menyokong pemikiran kritis dengan menggunakan ciri-ciri konsep pedagogi SAK iaitu interaktiviti, visualisasi, eksperimentasi, teknik langkah demi langkah dan kepelbagaian perwakilan.

Pakej pembelajaran berintegrasikan SAK amat bersesuaian untuk memahami masalah fizik kerana berupaya mempamer masalah matematik dalam bentuk simbolik, mempersembah dalam bentuk grafik 3D, animasi, simulasi dan memplot graf dengan amat jelas dan menarik (Radian dan Alexandra 2009). 

Penerapan ciri-ciri konsep pedagogi SAK dalam pemahaman konsep fizik adalah amat wajar kerana menurut Yuzita (2007, 2010) ciri-ciri tersebut menyediakan kepelbagaian perwakilan (i.e., animasi, simulasi, grafik, numerik dan simbolik) hasil daripada pelbagai nilai input daripada eksperimentasi dan eksplorasi yang dijalankan oleh pelajar. Hal tersebut penting kerana secara tidak langsung dapat membantu dalam proses perkembangan kognitif pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dalam memahami sesuatu konsep fizik.

Rajah 1:



** 👆Pendidikn di msia utk jd spt dlm gambr di atas tu...ntah bila ye...😊

** 👇Kaedah Pendidikan Berasaskan Masalah (KPBM) memotivasi perbincangan dalam kumpulan (spt gambar di bawah) yang berupaya menjana kemahiran generik. Teknologi SAK amat wajar diguna oleh para pelajar dlm menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerana teknologi tersebut memudahkan eksplorasi dan eksperimentasi dijalankan. Ini secara langsung dpt meningkatkan pemikiran kritis.



Yuzita ❤️🌹😊

Sunday, August 29, 2021

AL-QURAN KU...❤️😊🌹

Salam to all,

Menghafal Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat ditakuti oleh Iblis & syaitan dan senjata yang paling ampuh melawan serta melumpuhkan mereka. 

🌹Di antara manafaat yang dijanjikan Allah swt untuk sesiapa yang menghafal Al-Quran ialah :

1. “Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.

2. “Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

3. "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya yang mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

4. Orang yang hafal Al-Quran pada hari kiamat Al-Quran akan datang kpdnya dan berkata :

“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan, tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat dia diberi tambahan satu kebajikan."

5. “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah swt dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dpdNya iaitu Al-Quran”.


🌹Firman Allah swt : 

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yg sgt mulia"...Al-Waaqi'ah : 77

"Diturunkn dari Tuhan Semesta Alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran itu?"...Al-Waaqi'ah : 80 & 81


Oleh itu...sesibuk mana pun kita setiap hari... luangkan lah masa utk membaca & mentadabbur Al-Quran sebelum memulakn sesuatu pekerjaan (spt menuntut ilmu, menulis kertas kerja, memasak, dsb)...agar setiap pekerjaan tersebut drahmati Allah swt...walaupun dgn satu mukasurat Al-Quran atau beberapa ayat Al-Quran sahaja atau...(mengikut kemampuan kita)...👌😊.

Sekiranya bekemampuan...hafal sekali ayat2 yg baru dibaca tadi...👌☺️.

Ameen yra🤲🙂🧡


Cinta Al-Quran :

https://fb.watch/7KASvMUYqV/


Redha Allah swt :



Yuzita❤️🌷🌹😊

Saturday, August 28, 2021

JOKE OF THE WEEK😂😂😂

Salam to all,

Na'im's wsp to Yaqeen :


Betul ke ni Dr Wan Ainul Yaqeen? 


Yaqeen jwb :

Auta


Mama jwb :

😂😀😅😄


** Lama dh xdgr perkataan "auta"😄...Yaqeen mmg suka menyakat adik dia...Na'im.


Yuzita😊❤️🌷

Friday, August 27, 2021

PROF STANLY STEINBERG ❤️😂

 Salam to all,


👆 Prof Stanly Steinberg...The University of New Mexico (UNM), Albuquerque, New Mexico, USA (my former phd supervisor in Computer Algebra ☺️).



👆From left : Prof Steinberg, Prof Janet (his wife), Prof Michael Wester (former Prof Steinberg's phd student) and Dr. Lama (former Prof Janet's phd student).

Why...with a sudden I was thinking of Prof Steinberg...🤔?

...becoz this morning as I was looking for some stuff for the paper I am working on (in a bundle of files and papers 😄)...I came across the hardcopy of the email below👇


This email was from Prof Steinberg...dated June 5, 2012...😄

I love to ask for his advice whenever I got stuck with something...and so far he was always there for me. For example...when I failed to get the fund for the CAS-CT project...he advised me to go to plan B, and if it failed too...go to plan C...and so on...but never ever give up😄...that is what he usually does😂. (He received awards from the UNM for his research grants...). 

But as for myself..."dh tawar hati"...need time to pick up myself back again🙂...maybe becoz this is the first time my research proposal was rejected...


Yuzita❤️💜🧡💙💛💚🖤😛

Thursday, August 26, 2021

MENTOR & MENTEES (Updated) ❤️💙🧡

Salam to all, 


👆Presiden, Persatuan Alumni Universiti Texas (PAUT)...Bro. Tuan Haji Mohamed Amin bin Abdullah.


🌷Objektif Program mentor-mentee PAUT :

i  Mentee dapat bimbingan dan mengembangkan pengetahuan umum mereka.

ii. Mentee dapat merasai keprihatinan mentor dan meningkatkan motivasi mereka.

iii. Mentor dan mentee dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sesama mereka.

iv. Mentor dan mentee dapat menjalin silaturrahim sesama mereka.

v. Mendokong matlamat PAUT dalam memberi balik “give back” kepada masyarakat.

vi. Mentor dapat berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup mereka kepada mentee.


🌷Mentor for Team 18 😊... 

Dr. Yuzita Yaacob :


Duduk dari kiri : Dr. Yaqeen, En. Wan Zamdan, Dr. Yuzita dan 'Umar.
Berdiri dari kiri : Na'im dan Arif (suami).
 
Dr. Wan 'Ainul Yaqeen : Medical Officer (MO) di Putrajaya Hospital (Graduan University of Mansoura, Mesir). Hafal 25 juzuk Al-Quran.

Wan 'Adneen Na'im : Hafal seluruh Al-Quran (30 juzuk). Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dlm bidang Syariah.
Bekerja sebagai akauntan.

Wan 'Umar Firdaus : Semester terakhir di UNISHAMS dlm bidang Islamic Banking & Finance. Hafal 9 juzuk Al-Quran.


❤️KUMPULAN 18

PEMBANTU : JEAN JOANNA JOE  


Jean...sebelah kanan "benda alah kuning" tu😄. Jean berasal dpd Sabah. Gambar bersama kawan2 semasa bljr di uitm, shah alam.


1. MUHAMMAD DANISH ASHRAFF BIN MOHAMAD JAMIL (3 DEDIKASI)

2. LUQMAN ADIL BIN ROHIM (2 BIJAK)  

3. MUHAMMAD SYAZWAN ISKANDAR BIN SYAARI (2 FIKIR)  

4. AQIL ZUFAYRI BIN AZHAR (2 IBNU SINA) 

5. IZZATUL ANATASHA BINTI SUNAIN (3 EFISIEN) 

6. AUDADI BISYARAH BINTI MOHAMAD RADZY (2 BIJAK) 

7. FAZIERA NAZIELA BINTI MUNAWER (2 DEDIKASI) 

8. DAYANA BATRISYA BINTI MOHD NIZAM (3 BIJAK) 

 

Semoga setiap perjumpaan kita dirahmati Allah swt...🙂🧡

Ameen yra🤲


** Jazakallahu khairan kathira kpd Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas segala kata2 nasihat dlm pendidikan anak2. 

Semoga Tuan Guru dirahmati Allah swt dan bahagia di sana...ameen yra🤲🙂...🧡


Yuzita...❤️ UOL 🤗😄

Sunday, August 22, 2021

Kazakhstan...🌷🌹❤️

 Salam to all,

👇Khoja Ahmad Yasawi mausoleum (i.e., makam), Turkistan region, Kazakhstan.



👇Khoja Ahmad Yasawi


Who is Khoja Ahmad Yasawi🤔?






The Ambassador of Malaysia to Kazakhstan, Bro. Dato' Syed Mohamad Bakri sent us the pictures below 🤗:

👇Issyk Lake, Almaty

The boy with the black shirt is Dato' Syed's son...





👆Trout fish (di kawasan tinggi pergunungan Almaty)



Dato' and I met "virtually" (online) in PAUT (i e., Persatuan Alumni Universiti Texas) mentor-mentee programme😄:





** SMK Meru, Kelang, Selangor DE is "Sekolah Angkat" for PAUT.

** Ramai ulama2 Islam yg hebat2 spt Imam Al-Bukhari, At-Tarmidhi, Al-Farabi, Al-Khwarizmi dtg dpd kawasan2 di sekitar Kazakhstan, Uzbekistan, dsb.

** Dato' Syed wrote :

"Here the spelling is Khoja. Di Central Asia, maksud khoja ialah berketurunan Arab. Islam sampai awal di Central Asia, hanya puluhan tahun lepas Rasul saw wafat. Boleh tengok peta, orang2 Arab dapat sampai sini dengan jalan darat. Islam lambat sampai ke Tanah Melayu sbb orang2 Arab kena belayar melintasi lautan.

Satu benda saya teruja dgn Khoja Ahmad Yasawi ialah pada umor beliau sampai ke 63 tahun, beliau masuk ke dalam tanah (basement) dan tak keluar2 lagi sebab beliau menghormati umor wafatnya Rasul saw. Beliau sendiri wafat 100 lebih tahun, maknanya 40 tahun lebih dia hidup dalam tanah tak tengok matahari. Bukanlah dia hidup tak produktif, anak2 murid dia datang dan belajar dgn dia at that underground place, sampai dia wafat. Cuma dia je yang tak keluar. Dia hanya makan bijirin2, dan kebanyakan hari beliau berpuasa. Seorang ulamak yang cukup hebat ما شاء الله"

Allahuakbar !!!

Jazakallahu khairan kathira Dato' Syed for introducing me to this wonderful ulama...Khoja Ahmad Yasawi 🌷😊.


Yuzita❤️🌷😊

Sunday, August 8, 2021

CRITICAL THINKING😇

Salam to all,

 

🌹What do we mean by critical thinking (i.e., Higher Order Thinking Skills (HOTS)) ?

Critical thinking is the intellectually disciplined process of actively and skillfully... conceptualizing, applying, analyzing, synthesizing, and/or evaluating information...gathered from, or generated by,...observation,experience, reflection, reasoning, or communication,...as a guide to belief or action.

...or ...

Critical thinking is the ability to analyze information objectively...and make a reasoned judgement. It involves the evaluation of sources such as data, facts and research findings.


🌹Five important aspects of critical thinking skills: (i) observation, (ii) analysis, (iii) inference, (iv) communication and (v) creativity.

(i) Observation...means the ability to recall facts and basic concepts,...explain ideas or concepts...and apply solutions to problems.

(ii) Analysis...means the gathering, understanding and interpreting of data and other information and draw connections among ideas.

(iii) Inference....is done by drawing conclusions or form an opinion based on relevant data, information and personal knowledge and experience.

(iv) Communication...means sharing and receiving information with others verbally and in writing.

(v) Creativity...means the ability to produce or discover...new work or...original work or... enhanced work that has been done before.

 

🌹Why are critical thinking skills important?

For students, instead of a complete dependence on classroom learning and teachers for a complete guidance and instructions...critical thinking allows students to become more self-reliant and independent learners.

Critical thinking skills also help the students to evaluate their areas of strength & flaws and enable them to solve problems more effectively.

Good critical thinkers can draw reasonable conclusions from a set of information...and discriminate between useful and less useful information...to solve problems or make decisions.

Critical thinking skills also involve creativity and innovation.

To think critically...we need to be able to set aside any assumptions or judgements beforehand...and just merely analyze the information we possess or receive.

We need to be objective, evaluating ideas without bias...in other words we need to have open-mindedness quality.

By merely having knowledge or information...or using the latest technology ( i.e., Computer Algebra System technology)...is not good enough. We need to know how to utilize the technology in the best possible way...to produce knowledge or information...to make a reasoned judgement to enhance critical thinking skills. 


** An example of Kedah menteri besar's statements to show the application of "critical thinking" skills...😊:

"You can criticise, make suggestions but use the right language and facts. What is the use of abusive language when there are better words to say the same thing?”

Nampaknya terkilan MB kita ni...😄...🤔

Tp xsalahkn dia pun...I have experienced the same thing before...sedar2 ngalir airmata...biasa la org pompuan trasa hati...nangis😂. Org lelaki xleh...sbb kenalah maintain macho kan...(especially MB lak tu)...

😅😂😄


Yuzita❤️😊

Monday, August 2, 2021

THE TIANANMEN SQUARE🌹

Salam to all,

The Tiananmen Square, Beijing,China 👇


1989...The Tiananmen Square 👇





"The Tiananmen Square protests were student-led demonstrations calling for democracy, free speech and a free press in China. They were halted in a bloody crackdown, known as the Tiananmen Square Massacre, by the Chinese government on June 4 and 5, 1989.

At issue was a frustration with the limits on political freedom in the country—given its one-party form of government, with the Communist Party holding sway—and ongoing economic troubles. Although China’s government had instituted a number of reforms in the 1980s that established a limited form of capitalism in the country, the poor and working-class Chinese still faced significant challenges, including lack of jobs and increased poverty.

By the end of May more than one million protesters had gathered in Tiananmen Square. They held daily marches and vigils, and images of the events were transmitted by media organizations to audiences in the United States and Europe.

At 1am on June 4...Chinese soldiers and police stormed Tiananmen Square firing live rounds into the crowd...estimated hundreds to thousands were killed and 10,000 were arrested."


** I was studying in the US during this massacre. I could still remember watching the tv as the people (mostly students) were shot heartlessly by the soldiers and police 😢. Some ran like crazy to save themselves and some fought the army's tanks with stones and whatsoever (they managed to set on fire some tanks). I just sat infront of the tv with my books...crying and praying that this sort of thing won't happen to my beloved country... 

Alhamdulilah...it didnt happen. Perhaps a few threatening warnings like "surat tunjuk sebab", interviews until late morning, road blocks (to stop them from reaching the Merdeka Square), etc.😂...🙄  

As for our "anak2 muda"...surely they have shown us that they were indeed "critical thinkers"😂...which are vital for our nation future leaders... to achive "Malaysia Baru" (if you know what I mean...😄).

Congrats👍...❤️ UOL


Yuzita🌷😊

Saturday, July 31, 2021

X TAU SOP😲...???



Salam to all,

Wsp from my daughter, Dr Yaqeen (Hospital Putrajaya) :

"Mohon doa dr semua semoga along  ✨tetap bersabar dan berlembut✨ dlm melayan pesakit. Ramai sgt manusia dtg hosp ni y degil dan still x tahu SOP wlupn covid dh ada lebih setahun 🤡"


Respon dpd :

Zamdan :

semoga d beri kekuatan dan d mudah kan segala urusan klong & frontliners lain dlm menjalankn tugasan harian.

Arif :

InsyaAllah, moga baik2 aje along. All the best👍😎

Suraya Hasanah :

Yaqeen, pilihan Allah untuk berjihad di bumi Malaysia, bukan di Palestin. Yg dtg kpdnya ialah manusia bukannya malaikat yg taat, rukuk, sujud pada Allah setiap masa. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang SABAR.

Nurie :

Sampaikan salam saya utk Dr Yaqeen. Semoga Allah kurniakan kesabaran yg tinggi dlm melayan pesakit.

Rose :

Kami sama2 doakan dr yaqeen insyaallah

Ajue :

Moga yaqeen sentiasa diberi ketabahan

Lina :

Semoga Allah permudahkan usaha Yaqeen. Dan diberikan kesabaran yg tinggi untuk melayani pesakit2 yang bermacam2 jenis ni. Dan semoga Allah SWT memberi ganjaran yg tinggi kepada Yaqeen dan rakan2 frontliners

Zainol :

No need to berlembut. Just be firm and assertive. But jgn gaduh, pilih bahasa yg baik tapi tegas. No more time to treat ppl with kid gloves.

Tajul :

Allahu akbar..kesian yaqn. Semoga rahmati.

Bada :

Wslm. Semoga Allah memberi kesabaran, kekuatan n memudahkn segala urusan buat yaqin dlm megurus pesakit2 covid serta melindungi yaqin Dr di jangkiti virus Covid-19

Kak Zid :.

Semoga Yaqn banyak bersabar dlm menjalankan tugasnya sbg doktor. Allah beri ganjaran diatas kesabaranya mu. Semoga dipetmudahkan segala urusan.

Zakiah :

W.salam. Dah tabiat manusia ita😇 ..susah nak diajar..Yg senang..pun payah nak ikut buat

Dayang :

Wslm.. semoga yaqn tabah dan terus bersabar.

 

Yuzita👌❤️💛🧡

Tuesday, July 27, 2021

ACA2021 TALK (UPDATED)🏵️🌹

Salam to all, 


Alhamdulillah...I have presented (on line) the paper titled :

"An Automated Symbolic Package to Enhance Higher Order Thinking Skills (HOTS): Critical Thinking"

...at the 26th International Conference on Applications of Computer Algebra (ACA) 2021 on July 23 - 27, 2021.

(20 min presentation and 10 min Q&A).


Prof Stanly Steinberg's comments (my former phd supervisor from the University of New Mexico, Albuquerque, USA) :

"I think your talk was great and really on target!!"

(I wonder what he meant by that...🤔)

"Seems to me that this is important work (i e., CAS-CT project) as the students must learn how and when to use modern technology (i.e., Computer Algebra System (CAS) technology)"


Anyone interested to read the text of my talk...can email me at :

yuzita.yaacob@gmail.com

...and I will send the pdf file to you, inshaAllah👌😀


** The funding for the project above was  rejected  by KPT :


MyGRANTS - Application Result

Greetings,

We regret to inform you that your PRGS application was unsuccessful for the project:

PEMBANGUNAN PROTOTAIP PAKEJ SIMBOLIK BERASASKAN TEKNOLOGI SISTEM ALGEBRA KOMPUTER (SAK) UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) (PEMIKIRAN KRITIS)

Leader Batch

Yuzita Yaacob PRGS 2021-1


We wish you better luck next time in your grant application.

Please do not reply to this message. This is a computer generated email from MyGRANTS. For general inquiries, please send an email to helpdesk@mygrants.gov.my.


** Terliur sungguh nk beli buku kat atas tu...tp harganya...mak datok...rm 264.75🙃. Xpe...la ni...time2 covid...byk lg benda pentg nk gunakn duit tu...ramai xmakan...i lak...sibuk nk beli buku😅😅😅


** My talk was on july 25 at 10pm (Malaysia time)...10am for Michel (Montreal, Canada)... 8am for Michael (Albuquerque, USA) and...4pm for CEST (Europe).


** Michel and Michael...organizers of Computer Algebra (CA) in education session...for ACA 2021.


👇 Michel (Canada) : July 25 at 10am



👇 Michael (USA) : July 25 at 8am



👇 Yuzita (Malaysia) : July 25 at 10pm


Yuzita🌷❤️