Saturday, January 17, 2015

AKU CINTA PADA MU

Salam to all,

[ Nyanyian:  “Dia kekasih Allah” oleh Hijjaz.
Lirik: Ito Lara] 


Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia...kekasih Allah, kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa.

Ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara di dalam pujian ucapan selawat tanda penghargaan seorang insan. 

Selagi upaya ku turuti ajarannya.
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya.
Semoga di dunia mendapat berkat, di akhirat sana beroleh shafa'at. 

...kerana peribadinya aku terpesona.
...kerana budinya aku jatuh cinta.
Rindu ku padanya tiada terkata.
Nantikanlah aku di taman syurga (inshaAllah).

Ya rasul, ku rindu pada mu.
Shafa'atkan aku...

Sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah Cinta Allah yang esa...kerana cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada Allah.

👇 Nasyid Hijjaz : "Rasulullah"

https://youtu.be/45t7zlJf530?list=PLrVXYAscVXuUuBB6q2vpNzPR-Q7-Yr5yT

👇 Nasyhid Hijjaz : "Dia kekasih Allah"



👇Nasyid Raihan selawat : "Ya nabi salam alaika"

https://youtu.be/zv3D1UsAqSQ



Note:
The three tulips above (pink, purple & red) means: I LOVE U, rasulullah saw. 
Tqvm for all the sacrifices you have done to bring Islam to us.


Yuzita

Tuesday, January 13, 2015

PM

Salam semua,

Ada yang bertanya kepada saya: "Mengapa tidak memohon Prof. Madya (PM)? Tawaduknya...!" Jauh sekali saya daripada bersikap sedemikian - he2... Saya telah memohon lebih dua tahun yang lalu tetapi tidak mendapat apa2 jawapan - tak layaklah tu. Tidak mengapa...

Rasa2nya teringin pulak memohon jawatan Perdana Menteri (PM). Lagilah tak layak - he2... Pelbagai masalah harus difikirkan untuk “menjaga” rakyat. Contoh: mencari penyelesaian terbaik menghadapi kemelut ekonomi semasa. Adakah dengan memperkenalkan GST kepada rakyat suatu langkah yang bijak??? Hmmm....   


Rujukan:
(1) "Letter to Members of Parliament" oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia (1976-84).
(2) "New Year Message" oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia (1976-84).
(3) "Hutang Negara, Dewan Rakyat & Tanggungjawab Kita" oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia (1976-84).

Yuzita