Tuesday, November 30, 2021

AJAIB☀️

Salam,


Mengapa kita harus bersedih apabila ditimpa sesuatu musibah (i e., penyakit, hilang org tersayang, geran xdiluluskn๐Ÿ˜„, xlulus peperiksaan, lamaran ditolak, etc.) ๐Ÿค”??? 

Seseorg yg beriman apabila ditimpa sesuatu musibah ia akan terus mengingati Allah swt kerana ia tahu musibah itu adalah yg terbaik buatnya...dtg dpd penciptanya yg Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Sekiranya ia bersabar kerana Allah dan terus mempertahankan kesabarannya itu...ia akan berupaya utk memiliki kedudukan yg mulia di sisi Allah swt (inshaAllah)...adakah itu yg kita semua ingin capai dlm mengharungi kehidupan dunia yg sementara ini ???

Sabda rasulullah saw :

๐ŸŒท"Sungguh ajaib keadaan seorg muslim. Setiap urusan pasti menjadi baik untuknya dan ini tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan org yg beriman. Apabila ia beroleh kenikmatan ia bersyukur maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. Apabila ia ditimpa musiibah ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya". (Muslim)

๐ŸŒท"Sesungguhnya balasan pahala yg besar diperolehi melalui ujian yg besar. Kalau Allah mencintai seseorg PASTI Allah memberi ujian kpdnya. Sesiapa yg redha menerima ujian Allah maka baginya keredhaan Allah. Dan sesiapa kecewa menerimanya nescaya ia akan menerima kemurkaan Allah". (Tarmizi).


** To my dearest friend Zawiyah...bersabarlah kerana Allah...kerana Allah sentiasa bsama dgn org yg sabar๐Ÿ™‚❤️


Yuzita

Sunday, November 28, 2021

EH?....EH?...๐Ÿ˜ƒ (Updated)

 Salam,


๐Ÿ‘† Zizi Kirana with her husband

https://youtu.be/nEcBGw08NHY

๐Ÿ‘†Lagu nyanyian Zizi Kirana (rap hip-hop inang kemelayuan๐Ÿ˜„)


I love this song๐Ÿ˜€๐Ÿคฃ๐Ÿ˜„ ...coz it represents the mentality of some Malays that could never change...and basicly it is true๐Ÿ˜Š...like "membawang (i.e., makcik/pakcik bawang๐Ÿ˜…)", "dengki-mendengki", "kecam-mengecam", "dendam-mendendam", "kutuk-mengutuk", love to find fault in others (i. e., senikata lagu: "kecam org lain sendiri xnk ubah"๐Ÿ˜…), etc.

Dah bosan asyik dgn lagu melayu berasaskn cinta jer๐Ÿ™‚...sesekali tu nk juga dgr lagu sindiran kpd akhlaq org islam melayu la ni di Malaysia (termasuk sy๐Ÿ˜‚) .

"Hati hitam boleh tutup dgn jubah"...๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚

 Enjoy listening...๐Ÿงก๐Ÿ’›❤️๐Ÿ˜Š


Lagu2 memuji rasulullah saw dan keagungan al Quranul kareem (by Zizi Kirana & friends) :

https://youtu.be/uKM-FCLgsjo

https://youtu.be/a9VofaBSn9M

https://youtu.be/8qStt-zle-8

Asmaul Husna :

https://youtu.be/DPeQ6XRGjdU

⭐⭐⭐⭐⭐๐Ÿ˜Š


๐Ÿ‘‡Happynya pengantin baru kita ni...๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿค—...alhamdulillah๐Ÿคฒ.

Smoga perkahwinan dirahmati Allah sentiasa...ameen yra๐Ÿคฒ❤️☺️


๐Ÿงก Video zizi n hubby:

https://youtube.com/shorts/xaBukMyGInM?feature=share


Yuzita❤️๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ˜‚

Wednesday, November 17, 2021

PESANAN TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ

Salam,



Hukum perbuatan sihir dalam Islam adalah berdosa besar.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”

Bagi yang terkena sihir, mereka terpaksa menanggung pelbagai sakit dan penderitaan, fizikal, mental atau rohani yang secara umumnya tidak dapat dikesan oleh perubatan moden yang canggih. 

Sihir membabitkan peranan langsung makhluk halus iaitu iblis, syaitan dan jin yang berperanan menyakitkan manusia apabila makhluk ini dipuja, disembah bagaikan ‘Tuhan yang disembah’ sehingga orang yang mengamalkan sihir dan yang memberi imbuhan kepada pengamal sihir, terjatuh ke lembah dosa besar syirik dan kufur kepada Allah.


Amalan syirik iaitu sihir di kalangan masyarakat di Malaysia:

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/717272/kuat-main-sihir


Yuzita๐ŸŒท

Tuesday, November 9, 2021

MASA⭐

Salam,

๐Ÿ‘† Logo MASA


Ada yg bertanya ke mana sy pergi...sudah lebih sebulan tidak menulis blog๐Ÿค”...??? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜„

Sebenarnya sy teruja mengisi borang permohonan geran program pembangunan dasar institut masa depan Malaysia (MASA)...(berangan sekejap nak jd penggubal dasar pendidikan negara Malaysia๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜…).

Di antara objektif pemohonan ini ialah:

Untuk menguji kebolehgunaan i-phys 2.0 berasaskan kepada:

(a) Atribut keberkesanan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK berkesan diguna untuk meningkatkan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(b) Atribut kebolehbelajaran iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memudahkan penjanaan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(c) Atribut kepuasan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memberi kepuasan serta keseronokan dalam mengaplikasi pemikiran kritis dalam pembelajaran fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(d) Mengenal pasti terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis setelah pelajar mengaplikasi i-phys 2.0.

Selanjutnya... mencadangkan kepada penggubal dasar pendidikan negara Malaysia berasaskan hasil dapatan daripada ujian kebolehgunaan i-phys 2.0 (sekiranya terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis) untuk menghasikan sebuah pakej simbolik yang lengkap merangkumi silibus subjek fizik untuk tingkatan 4 dan seterusnya untuk subjek-subjek yang lain seperti fizik tingkatan 5, kimia tingkatan 4 dan 5, dan matematik tambahan tingkatan 4 dan 5.


** Ada yg bertanya kpd sy mengapa sy begitu obsess dgn pemikiran kritis ๐Ÿค”??? Utk memahami ayat al-Quran, seseorg itu seharusnya mempunyai pemikiran kritis agar ayat tersebut dpt dihayati dgn sewajarnya....Oleh itu pemikiran kritis hendaklah dipupuk dlm diri anak2 kita semasa di peringkat persekolahan lagi...

Sebagai contoh...kisah raja Zulkarnain dlm ayat-ayat al-Quran (surah al-Kahfi) memerlukn pemikiran kritis utk memahami n menghayati ayat2 tersebut n seterusnya merasai keagongan Allah swt...seperti yg diungkapkan oleh Ustaz Wadi Annuar:

https://youtu.be/zLlBd9SEe08


Yuzita❤️๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ˜Š