Sunday, August 29, 2021

AL-QURAN KU...❤️😊🌹

Salam to all,

Menghafal Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat ditakuti oleh Iblis & syaitan dan senjata yang paling ampuh melawan serta melumpuhkan mereka. 

🌹Di antara manafaat yang dijanjikan Allah swt untuk sesiapa yang menghafal Al-Quran ialah :

1. “Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.

2. “Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

3. "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya yang mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

4. Orang yang hafal Al-Quran pada hari kiamat Al-Quran akan datang kpdnya dan berkata :

“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan, tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat dia diberi tambahan satu kebajikan."

5. “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah swt dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dpdNya iaitu Al-Quran”.


🌹Firman Allah swt : 

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yg sgt mulia"...Al-Waaqi'ah : 77

"Diturunkn dari Tuhan Semesta Alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran itu?"...Al-Waaqi'ah : 80 & 81


Oleh itu...sesibuk mana pun kita setiap hari... luangkan lah masa utk membaca & mentadabbur Al-Quran sebelum memulakn sesuatu pekerjaan (spt menuntut ilmu, menulis kertas kerja, memasak, dsb)...agar setiap pekerjaan tersebut drahmati Allah swt...walaupun dgn satu mukasurat Al-Quran atau beberapa ayat Al-Quran sahaja atau...(mengikut kemampuan kita)...πŸ‘ŒπŸ˜Š.

Sekiranya bekemampuan...hafal sekali ayat2 yg baru dibaca tadi...πŸ‘Œ☺️.

Ameen yraπŸ€²πŸ™‚πŸ§‘


Cinta Al-Quran :

https://fb.watch/7KASvMUYqV/


Redha Allah swt :



Yuzita❤️🌷🌹😊

No comments:

Post a Comment