Wednesday, January 15, 2014

Berguguran...



Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan2nya seperti sebatang pohon yang menggugurkan daunnya." (Hadith riwayat Muslim).

Tetapi Allah swt menetapkan syaratnya (i.e, KPI Allah):
Daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Atha bin Abu Rabah, dia berkata:
"Ibnu Abbas r.a. pernah berkata kepada ku: "Mahukah kamu aku perlihatkan seorang wanita penghuni syurga?" Aku menjawab: "Mahu!". Dia berkata: "Wanita berkulit hitam ini pernah datang menghadap rasulullah saw dan berkata: " Sesungguhya aku menderita panyakit gila babi dan auratku terbuka, maka mohonlah kepada Allah untuk kesembuhanku". Nabi saw bersabda: "Kalau kamu mahu bersabar, maka bagimu adalah syurga. Dan kalau kamu mahu sembuh, maka aku akan memohon kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu". Wanita itu berkata: "Baiklah aku akan berSABAR." Wanita itu berkata lagi: "Sesungguhnya auratku selalu terbuka, maka mohonlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat." Lalu rasulullah saw berdoa untuknya. (Hadith riwayat Muslim).

Nota: SABAR dalam terus berdoa kepada Allah dengan (i) merendah diri, (ii) suara yang lembut, (iii) takut (tidak akan diterima Allah) dan (iv) penuh harap (akan dikabulkan Allah) (Al-A'raf: 55 dan 56), dan berikhtiar bersungguh2 (Al-Ra'd: 11) mencari penawarnya tanpa berputus asa dengan bertawakkal kepada Allah (i.e., menyerahkan diri seredha-redhanya kepada Allah).

Dan hasilnya (i.e., output):
"...syurga "Adneen yang mereka masuk ke dalamnya bersama2 dengan orang yang beramal soleh terdiri daripada ibu bapa mereka, isteri2 mereka dan anak cucu mereka, sedang  malaikat2 masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu. (Sambil megucapkan): "Salamun 'alaikum bima sabartum" (Salam atas kamu berkat keSABARan mu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah Al-Ra'd: 23 dan 24).

Nota: Ayat 18-29 dari Surah Al-Ra'd sangat teristimewa kerana ayat2 tersebut merupakan maskahwin saya...dan hasilnya (i.e., output): alhamdulillah...

Wan 'Umar Firdaus, Wan 'Ainul Yaqeen dan Wan 'Adneen Na'im

Nota: Khas buat Sabrina dan suami, kak jujie doakan agar bersabar dan kuatkan kesabaran... dan terus bertahan (istiqamah). Sesungguhnya Allah swt bersama2 dgn orang yang sabar...