Monday, October 31, 2022

REBUT PELUANG INI !!! ๐Ÿฅฐ

 Salam all,


Jom kita sama2 bayangkan senario ini... : Katakan dgn secara tiba2 (atas takdir Allah swt)...Allah swt mencabut nyawa kita dgn meninggalkn anak2 kita yg masih kecil...๐Ÿ˜ฅ

Anak2 kita kemudiannya digelar sebagai anak2 yatim piatu dgn kematian kita...

Sudah pasti anak2 kita akan merasa kehilangan yg teramat besar...kehilangan yg menghasilkn suatu kejutan iaitu tiada lagi tempat bergantung hidup, tempat mengadu, mendapat kasih sayang sejati...dsb.

Sekiranya ada pengganti sekali pun...tidak akan serupa dgn kesaratan kasih sayang yg diberikan oleh kita iaitu sebagai ibu dan bapa kandung mereka. Hati sudah pasti terusik...kenangan bertandang...apabila melihatkan kanak2 lain gembira bersama2 dgn ibu dan bapa mereka...๐Ÿ˜”

Sanggupkah kita membiarkan anak2 yatim ini terkapai2 begitu saja? Utk org2 yg beriman kpd Allah swt...anak2 yatim ini merupakan lubuk berharga utk merebut peluang bagi mendpt ganjaran limpahan pahala yg sgt besar dan redha Allah swt. 

Nabi Muhammad saw berpesan kpd kita utk menjaga dgn baik kebajikan anak2 yatim ini dgn mencukupkn keperluan hidup mereka spt tempat berlindung, makan, pakai, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.


Antara kelebihan mencintai anak yatim :

๐ŸŒท1. Tergolong dlm amalan soleh

Surah Al-Baqarah ayat 220 :

“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak2 yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak2 yatim itu amat baik bagimu.” 

Memperbaiki di sini bermaksud bersikap dermawan kpd anak2 yatim, melayan mereka dgn akhlaq mulia dan menjamin keperluan kehidupan mereka.


๐ŸŒท2. Allah swt menyukai hamba2Nya yg dermawan

Surah Al-Baqarah ayat 215 :

"Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan.

Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkn hendaklah diberikn kpd ibubapa, kaum kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, dan org2 yg sedang dlm perjalanan.

Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya.” 

Allah swt menyukai nafkah yang diberi utk anak yatim kerana hal tersebut menjadi sebab musabab kemuliaan diri seseorang di sisi Allah swt.


๐ŸŒท3. Jaminan Syurga

Org2 beriman yg mencintai dan menyantuni anak yatim...Allah swt menjanjikn mereka syurga :

Rasulullah saw bersabda :

"Aku dan org yg menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini...

Kemudian Rasulullah saw mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah, serta agak merenggangkan keduanya.” 

(Riwayat Bukhari).


๐ŸŒท4. Jauh dpd azab Allah swt

Rasulullah saw bersabda :

“Demi Allah yang mengutusku dgn kebenaran, di hari kiamat Allah swt tidak akan mengazab org yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah kpdnya, serta manis tutur katanya.

Dia benar2 menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yg diperoleh dpd Allah.” 

(Riwayat Thabrani).


๐ŸŒท5. Keperluan hidup dipenuhi oleh Allah swt

Bukan hanya dijanjikan dgn pahala yg melimpah ruah dan masuk ke dlm syurga, org2 Islam yg mengurus anak yatim dgn bersungguh2 juga dijanjikan bahawa Allah swt akan memenuhi keperluan hidup mereka.

Allah swt juga akan melipat gandakan rezeki bagi org2 yang menyantuni anak yatim.

Surah Al-Fajr ayat 15-17 :

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” 


๐ŸŒท6. Memperbaiki urusan dunia dan akhirat

Apabila seseorg sentiasa mengasihi sesama yg berada di muka bumi...niscaya dia juga akan dicintai oleh Allah swt.

Sehingga apa pun urusannya di dunia (i.e., yg menyukarkn hidupnya) dan juga di akhirat akan diperbaiki oleh Allah swt.

Janji Allah swt :

“Org2 yang pengasih akan dikasihi oleh Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada dibumi niscaya engkau dikasihi oleh yang di langit.” 

(Riwayat Abu dawud dan Tirmidz).



Allah swt memberi kedudukan yg tinggi kpd anak2 yatim dgn memerintahkn umat Islam utk berbuat baik dan memuliakn mereka.

Bahkan org2 Islam yg melakukan perbuatan terpuji tersebut akan diberi balasan dgn limpahan pahala yg sgt besar oleh Allah swt. 

Oleh itu...beristiqamah lah kita dlm menyayangi dan menyantuni anak2 yatim di mana saja pun mereka berada...semata2 utk memperolehi redha Allah swt...inshaAllah.

Rebutlah peluang ini (selagi nyawa masih dikandung badan) !!!

๐Ÿ‘Œ๐Ÿค—๐Ÿฅฐ


*** Kalo nk buat sumbangn...sumbanglah dgn seikhlas hati...beberapa yg nk...xkisah brapa pun๐Ÿ˜Š. Rm1 bg yg xberkemampuan adalah sama dgn rm1 juta bg sorg jutawan...inshaAllah๐Ÿ˜„

Yg pentg skali Allah trima sumbgn kita๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘


*** ๐Ÿ˜‚Ada yg berkata kpd sy..."rajinnya tulis blog"...jadi sy minta Ust Azhar Idrus tlg jawab kan bagi pihak sy ๐Ÿ˜„:

https://youtube.com/shorts/nbMP41nCQqM?feature=share



Yuzita❤️๐Ÿงก๐Ÿ’š

Friday, October 28, 2022

SELAWAT NABI KHIDIR ❤️๐Ÿ˜Š๐ŸŒท

Salam all,




๐ŸŒทSelawat Nabi Khidir :

https://youtu.be/i2jtVi0bGMc


Yuzita ❤️๐Ÿ˜Š


Tuesday, October 25, 2022

MY IMPORTANT DATES☀️๐Ÿ’›

 Salam all,

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท



๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท










❤️๐Ÿ’™๐Ÿ’š 

My wedding anniversary on Oct 28...๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜Š๐Ÿค—


*** I asked my friend, Michael when I visited him at The Univ of New Mexico, Albuquerque, USA...(coincidently it was during the election time๐Ÿ™‚)...

... i asked him jokingly : "Michael, whom did you vote?"

He replied : "I didn't go".

I asked him again...shocked: "But why?"

He replied : "I don't want to waste my time to vote between two idiots (i.e., democrat or republican)"

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…๐Ÿคฃ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜€


I suppose...in Malaysia we also have "multiple of idiots"๐Ÿ˜‚....i.e., those that love to "jump", those that are absolutely can't resist worldly temptations, those that are too scared to fight for justice for the rakyat....etc.

๐Ÿ˜…But whatever laaa...I still wanna vote, inshaAllah...

Happy Voting !!!๐Ÿ˜€๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„


Yuzita๐Ÿงก

Saturday, October 22, 2022

❤️๐Ÿฅฐ PUSAT JAGAAN MESRA ASSALAM (PJMA)

 Salam all,



Pusat Jagaan Mesra Assalam (PJMA) adalah pusat kebajikan yang menaungi anak2 yatim dan anak2 fakir miskin. Ia mula beroperasi pada tahun 2008 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Malaysia.

Terdapat seramai lima belas orang anak2 yang menetap di PJMA. Kesemua anak2 tersebut bersekolah rendah dan menengah di SK Puchong Utama dan SMK Puchong Utama. 

PJMA diasaskan oleh En. Muhammad Usamah bin Md Rasid bersama2 dengan dua orang kakitangan. 

PJMA beralamat di No 49 Jalan BP 11/3, Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, Selangor DE...iaitu sebuah rumah teres "Corner lot" dengan sewa RM1,600 sebulan. Kos operasi PJMA ialah RM5,000 sebulan iaitu sewa rumah, makan minum, bil api, bil air, yuran & belanja sekolah, kenderaan, dsb.

Utk menampung kos operasi PJMA (RM5,000 sebulan) PJMA membuka peluang kpd org ramai utk memberi sumbangan kpd anak2 yatim ini melalui penajaan majlis iftar (berbuka puasa) yg diadakn setiap minggu pd hari khamis malam jumaat.

๐Ÿ˜€Wpun kos makanan utk majlis iftar hanyalah RM7 seorg...tetapi jasa baik n keperihatinan org ramai sgt diperlukn utk memasti kesinambungan PJMA dgn memberi sumbangan seikhlas (n sebyk๐Ÿ˜‚) mungkin kpd PJMA bagi menyediakn penjagaan & pendidikan terbaik utk anak2 ini...inshaAllah๐Ÿค—❤️


๐Ÿ‘‡Bacaan yasin & tahlil n doa selamat pd hari khamis malam jumaat setiap minggu...inshaAllah :




๐Ÿ‘‡Di antara menu utk majlis iftar (berbuka puasa) adalah :

1.


...atau 

2.


...atau

3.


...atau

4.



๐Ÿ‘‡Terima hadiah "rice cooker" ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š : 


(Happy nyer anak2 tu dpt "rice cooker"... !!!๐Ÿ˜Š Comei2 kan...kan...๐Ÿ˜…)


๐Ÿ‘‡Hadiah kipas dinding ๐Ÿ‘☺️ :



๐Ÿ‘‡Brg2 keperluan makanan ๐Ÿ‘๐Ÿ˜€ :




๐ŸŒทCara menyumbang :

Maybank

162348646155

Hasinah Begum binti Zainuddin

Tel : 014-321-5808

** Sila wsp resit sumbangan kpd Hasinah utk memudahkn PJMA merekod sumbangan & menghantar gambar2 di sekitar majlis iftar...(sekiranya penyumbang mengkehendakinya).


Hasinah :

"Semoga dengan sumbangan ini Allah SWT ampunkan dosa kita, diberkati rezeki, dikurniakan keafiyatan yg berterusan dan dirahmati seisi keluarga dan anak2 yatim ini menjadi hamba yg soleh dan solehah, Aamiin YA, terima kasih."


Ameen3x yra๐Ÿคฒ๐Ÿ˜˜❤️


Yuzita๐Ÿฅฐ๐Ÿค—

Saturday, October 8, 2022

SAVE BUKIT DINDING❤️๐Ÿ’š๐Ÿ’™

Salam all, 



Syed Jaymal (Malay Mail) :

Kuala Lumpur, Sept 20, 2022...Setiawangsa and Wangsa Maju residents are opposing a planned development along the foothill of Bukit Dinding.

Bukit Dinding, while just under 300 metres tall, is a popular spot for urban folks...like jungle hiking, etc. :




But the lush hill...believed to be the tallest within city limits...is also known to be landslide-prone, according to homeowners whose homes dot the surrounding areas.

“You recall Highland Towers? At that point, we all realised slope development is dangerous,” said a resident.

“Well, the developers are saying it’s safe and all that. As Setiawangsa residents, we’re not convinced at all. If you stay there, you’d know we’ve already dealt with several landslides. The bottom line is we don’t want the project there and we will fight (i.e., ๐Ÿ‘‡),” the resident added.



*** Dec 1993...built on the slopes of steep hills around Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Block 1 of the Highland Towers collapse after a heavy downpour caused a major landslide. The tragedy killed 48 people๐Ÿ˜ฅ.... ๐Ÿ‘‡



Setiawangsa and Wangsa Maju residents have raised the alarm as to how an area with questionable slope stability can be sold to a private developer and green-lit for development...๐Ÿค”...? (Bukit Dinding development plan has already been approved by DBKL...๐Ÿฅบ)

They feel land clearing at the hill slopes can cause landslides, especially at a time when torrential rain has become more frequent.

Based on the development’s advertisements, the project will involve 300 units of high-end apartments designated on six acres of parcel 2, Lot 26413, west of Bukit Dinding.

Malay Mail was informed that the project could also be on slopes with gradients of over 30 per cent, much higher than the 20 per cent maximum threshold considered safe.

The planning approval was made on March 28 this year and land work approval was given just last month, on August 10.

The developer made an attempt to appease residents by holding a town hall meeting on September 15. About 70 residents attended a meeting that lasted more than two hours; nearly all are said to be against the proposal.

“We’re worried about traffic but our biggest concern is landslides, safety of the residents. Of course developers will always say it’s safe, but we want to hear what DBKL has to say,” said one of the residents, a retiree in her 60s who did not wish to be named.

Setiawangsa MP from PKR Nik Nazmi Nik Ahmad has taken up the case with DBKL, tweeting about residents’ concerns and following up with a request to meet officials from the city council.

One of his key demands is that DBKL provide thorough details about issues around safety and slope stability to the community there. The letter was sent on September 14.


๐Ÿ‘‡2012... a gruesome landslide at the Puncak Setiawangsa.


This tragedy had left the Setiawangsa residents bewildered of foothill developments...can't blame them (including me๐Ÿ˜„ ). My house is further...further...up the road (i.e., road to the left of the landslide). 
Alhamdulillah no one was hurt in this landslide...๐Ÿคฒ๐Ÿ™‚
 

๐Ÿ‘‡The process of recovering work on a new retaining wall : 



๐Ÿ‘‡The new retaining wall :



Hopefully, inshaAllah...the new retaining wall will last long & keep safe ๐Ÿ˜…...but actually & eventually...it still depends on Allah swt "rahmat"๐Ÿ™‚... 

Surah Al-Kahfi ayat 98 :

"Zulqarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dpd tuhanku, maka apabila sudah dtg janji tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji tuhanku itu adalah benar." ".


๐ŸŒทLa ni...busy collecting tandatgn utk petition to stop this project.

Tlg doakn kami berjaya...๐Ÿ‘๐Ÿค—

Ameen yra๐Ÿคฒ


*** Save Bukit Dinding ❤️๐Ÿ’™๐Ÿ’š

U can help us by signing the petition below :



๐Ÿ™‚❤️ Yuzita

Friday, October 7, 2022

Redha Allah dgn infaq ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’š๐Ÿงก❤️

Salam all,

Surah Ali Imran ayat 133-134: 

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dpd tuhanmu dan kpd syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan utk org2 yang bertaqwa, iaitu org2 yang menafkahkan sebagian hartanya, baik diwaktu lapang maupun sempit dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org. Allah menyukai org2 yang berbuat kebajikan” 

Surah Taubah ayat 99: 

"...Ketahuilah sesungguhnya derma itu suatu jalan bagi mereka utk mndekatkn diri (kpd Allah). Kelak Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat (syurga) Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".


Sekadar peringatn utk kita yg masih bernyawa ni...mengenai sedekah/infaq/derma/sumbangan (atau nk panggil apa2 saje pun boleh๐Ÿ˜‚) :












 






*** Talk by Ustaz Wadi Annuar on sedeqah :

https://youtu.be/l2RVlD0567g


*** Benefit of helping widows & orphans :

https://youtube.com/shorts/nvwcHoMWmIM?feature=share


*** Benefit of dua' & charity :

https://youtube.com/shorts/d6Yp7vnZHSo?feature=share


*** Solat tahajud & sedeqah :

https://youtube.com/shorts/W8PILfk_l3k?feature=share


*** Lima jln ke syurga :

https://youtube.com/shorts/dv_57Xh3Oao?feature=share




Yuzita❤️๐Ÿงก๐Ÿ’š๐Ÿฅฐ

Tuesday, October 4, 2022

LUQMANUL HAKEEM

Salam all,


Luqmanul Hakeem merupakan insan teramat istimewa yang disebut oleh Allah swt di dalam Quran menerusi surah Luqman (surah ke 31 mukasurat 411) yg mengisahkn mengenai tujuh nasihat yg ditujukan oleh beliau utk anaknya.

Beliau merupakn seorang hamba abdi berkulit hitam yg berasal dari Afrika. Walau pun xmempunyai rupa, harta n pangkat...namun di sisi Allah swt beliau adalah tersangat mulia (sehingga terdpt satu surah di dlm Quran bersempena dgn nama beliau๐Ÿ˜Š).

Luqmanul Hakeem...seorg yg sgt2 diredhai oleh Allah swt...๐Ÿ’š๐Ÿงก❤️

Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat, suka memberikan nasihat dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.

Luqman mendapat gelaran "Al-Hakeem" kerana kebijaksanaan dan kata2 hikmah yang sering keluar dpd mulut beliau. 

Kisah beliau menasihati anaknya telah disemadikan oleh Allah swt di dalam Quran utk tatapan umat Islam sepanjang zaman...


๐Ÿ‘‡Tujuh nasihat Luqmanul Hakeem yg penuh dgn hikmah utk anaknya๐Ÿค—๐Ÿฅฐ:

๐ŸŒทNasihat 1: Tidak Mempersekutukan Allah

“Dan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Surah Luqman ayat 13)


๐ŸŒทNasihat 2: Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa

“Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”

(Surah Luqman ayat 13)


๐ŸŒทNasihat 3: Menolak Ajakan Ibu Bapa Dengan Cara Yang Baik Jika Bertentangan Dengan Syariat Islam

“Dan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah Luqman ayat 15)


๐ŸŒทNasihat 4: Allah SWT Akan Membalas Setiap Perbuatan Kita Walau Sekecil Zarah

“Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.”

(Surah Luqman ayat 16)


๐ŸŒทNasihat 5: Melaksanakan Solat, Amar Makruf Nahi Mungkar Dan Sabar Hadapi Ujian

“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”

(Surah Luqman ayat 17)


๐ŸŒทNasihat 6: Tidak Sombong Dan Angkuh

“Dan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”

(Surah Luqman ayat 18)


๐ŸŒทNasihat 7: Bersederhana Dan Elokkan Percakapan

“Dan, sederhanakanlah dalam berjalan (tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya, seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

(Surah Luqman ayat 19)


Semoga nasihat Luqmanul Hakeem utk anaknya turut menjadi pengajaran dan panduan berguna utk para ibu bapa dalam mendidik dan membentuk diri anak2 (atau cucu2๐Ÿ˜„) pada masa kini...utk mencapai redha Allah swt.

Ameen yra๐Ÿคฒ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’›


Sifat2 Luqmanul Hakeem:

๐ŸŒท1. Jujur

๐ŸŒท2. Tetamu dihormati

๐ŸŒท3. Kemaluan dijaga

๐ŸŒท4. Perkara yg membuang masa ditinggalkn

๐ŸŒท5. Pandangan dijaga

๐ŸŒท6. Lisan dijaga

๐ŸŒท7. Makan makanan halal

๐ŸŒท8. Janji ditunaikn

๐ŸŒท9. Jiran diperhatikn

๐ŸŒท10. Bersyukur selalu


Luqmanul Hakeem:

“Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”


Yuzita๐Ÿค—❤️๐ŸŒท