Monday, July 31, 2023

PUASA HARI PUTIH😀❤️🌷

Salam all,

Nabi Muhammad saw menggalakkan kita berpuasa pada setiap pertengahan bulan Islam.

Berpuasa pada Hari Putih (i.e., ayyamul bidh) bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang iaitu pada setiap hari ke 13, 14, dan 15 di pertengahan bulan Islam. Pada waktu ini cahaya bulan sangat terang-benderang (i.e., waktu bulan purnama)👇.



(Puasa sunat hari putih dlm bln Zulhijjah hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 Zulhijjah saja kerana pada 13 Zulhijjah (i.e., hari tasyrik) adalah haram berpuasa).


Niat Puasa

puasa hari putih

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala


Kelebihan Puasa Hari Putih

🌷Seolah2 puasa sepanjang tahun

Hadis dpd Qatadah bin Milhan ra:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah saw menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”

(Riwayat Abu Daud, No. 2449)


🌷Meningkatkan kesihatan tubuh badan

Puasa sering dikaitkan dengan tips mudah untuk diet (i.e., mengurangkn berat badan).

Berdasarkan kajian saintifik, puasa membantu mengawal diabetes, mengurangkan tekanan darah, mencegah kencing manis, mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD) dan meningkatkan daya tumpuan otak.


🌷Mensucikan jiwa

Matlamat utama puasa adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


🌷Doa mustajab

Orang berpuasa tergolong dlm golongan yang tidak ditolak doanya. Rasulullah saw bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, No.1752, Hadis Hasan)


🌷Mendidik diri erti kesederhanaan

Mereka yang berpuasa hanya dibenarkan makan & minum pada waktu sebelum Subuh dan bermula awal malam (i.e., waktu Maghrib). Ini bermakna kita hanya makan 2x sehari semalam 👍😀 (Jgn pulak makan xhenti2 lepas bukak pose🤣😂...)


Semoga Allah memudahkan kita mengamal puasa hari putih dlm mencari keredhaanNya🙂.

Ameen yra🤲


Yuzita😀❤️🌷

Monday, July 24, 2023

RASUAH...🤨

Salam all,


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut meninjau di kaunter Imigresen KLIA mengakui unsur rasuah di KLIA membabitkan pegawai penguatkuasa masih berlaku tetapi ianya adalah satu ‘budaya lama’ yang masih diteruskan oleh hanya segelintir pegawai penguatkuasa". (MalaysiaGazette Julai 9, 2023)

🤔Rasuah di KLIA 'budaya lama' ???....

I was wondering how many people yg dah 'terkena' dgn 'segelintir pegawai penguatkuasa' ni...perasaan mereka mesti bercampur baur antara geram, marah, terkilan, sedih, dsb...🤨. Kesian...😒

(Kalo ye pun jgn la buat perkara terkutuk tu kat pintu masuk Malaysia...v bad reputation utk Msia...)

🙂Untuk pengamal2 rasuah ni hendaklah di'hadiah'kn kpd mereka...undang2 yg lebih mantap n 'mengerunkan' (i.e., bukan setakat denda10x nilai suapan...tp lebih dpd 10x ) + sebatan, etc...

🙂Dan kpd anak2 Malaysia hendaklah dididik mulai dpd tadika lagi...apa itu rasuah, mengapa tuhan xsuka rasuah, akhlaq mulia, etc...dgn mewujudkan kurikulum bersepadu dpd peringkat tadika sehingga ke sekolah menengah mengenai bahaya rasuah dlm pembangunan negara tercinta, etc. (Bagi anak2 beragama islam...tekankan bahawa dgn melibatkan diri dlm rasuah (dan apa2 saje perkara yg xdiredhai Allah swt)... Allah swt akan menjadi sgt murka n mencampakn kita ke dlm api neraka yg panasnya 70x ganda dpd api dunia😲😱😳).

🙂Dan yg plg penting...pemimpin2 (samada atasan atau bawahan) semestinya bebas dpd rasuah (i.e., kepimpinan melalui tauladan)...spt ditunjukkan oleh para sahabat Abu Bakar, 'Umar Uthman, Ali, etc. (ra).

As for myself...sememangnya dah lama rasa mual sesgt n termuntah 🤮 dgn sikap sesetengah manusia ni...yg tamak dunia n xpernah fikir kot diri tu akan mati...😒

Ustaz yg sependapat dgn i 😊 :

https://youtube.com/shorts/7Ym8XWO5XOs?si=_IXlELhI4zdCCrSY

Smoga Allah swt melindungi kita & keturunan kita dpd mengambil & memberi rasuah n segala perkara yg dimurkaiNya.

Ameen yra🤲


Yuzita 😊❤️🌷 

Tuesday, July 18, 2023

MUHARRAM😊❤️🌷

Salam all,

Setelah Allah swt mengurniakan kpd kita fadhilat puasa sunat Zulhijjah (i.e., 1 sehingga 9 Zulhijjah)...😊...kini Allah swt mengurniakan pula fadhilat puasa sunat Muharram utk kita berterusan mempertingkatkn amalan soleh utk mencapai redhaNya...👍❤️ : 



Selamat mempertingkatkan amalan soleh di bulan Muharram yg mulia ini & smoga diterima Allah swt. Ameen yra🤲❤️


🌷Sejarah puasa 'Asyura & Tasua' :

“Dpd Ibnu Abbas ra berkata: “Nabi saw tiba di Madinah, maka beliau melihat org2 Yahudi berpuasa hari 'Asyura. Beliau bertanya kepada mereka: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah swt menyelamatkan Bani Israil dpd musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.” Nabi saw bersabda: “Saya lebih layak dengan Nabi Musa dibandingkan kalian.” Maka beliau berpuasa 'Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa 'Asyura.”

(HR Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw juga menyarankn para sahabat ra berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan dpd amalan org2 Yahudi. Sabda Rasulullah saw :

“Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” 

(HR Ahmad)

Rasulullah saw lebih cenderung berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a :

“Sabda Rasulullah saw: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.” 

(HR Muslim)


🌷Kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura :

“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda: Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” 

(HR Muslim)


Yuzita😊❤️🌷