Wednesday, April 28, 2021

MOTIVASI ALLAH🌷

Salam to all,

Surah Alam Nasyrah ayat 5 & 6 :

"Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan".


🌷Prof Hamka menulis dlm tafsir al-Azhar :

"Dlm susah ada mudahnya, dalam sempit ada lapangnya. Bahaya yg mengancam adalah menjadi sebab aqal berjalan, fikiran mencari jalan keluar. Oleh sebab itu dapatlah diyakinkan bahawa kesukaran, kesulitan, kesempitan, marabahaya yg mengancam dan berbagai ragam pengalaman hidup yg pahit dpt menyebabkn manusia bertambah cerdas menghadapi semuanya itu, yg dgn sendirinya menjadikn manusia itu org yg dinamis.

Tetapi ini pasti akan tercapai hanya jika iman di dada dipupuk. Jgn lemah iman. Kerana lemah iman akan menyebabkn kita terjatuh di tengah jalan sebelum sampai kpd akhir yg dituju...

...Sehingga dtg suatu waktu kita mengucapkn syukur yg setulus-tulusnya dan setinggi-tingginya kerana tuhan telah berkenan mendtgkn kesulitan itu kpd kita pd masa yg lampau"


🌷Sikap jiwa 'Umar bin al-Khathtab (ra) sendiri dlm mereliasasi  kedua2 ayat di atas dlm jihad peperangn :

Dalam kitab Al-Muwaththa', Imam Malik menceritakan suatu riwayat :

"Dari Zaid bin Aslam :

Abu 'Ubaidah bin Jarrah (ra) menulis surat kpd 'Umar bin al-Khathtab(ra) menerangkn bahawa tentera Rom yg sgt besar telah bersiap sedia utk menyerang mereka dan kekuatan tentera itu amat mencemaskn".

Surat itu dibalas oleh 'Umar bin al-Khathtab (ra) :

"...Bagaimana jua pun kesukaran yang dihadapi oleh orang yang beriman, namun Allah akan melepaskannya jua dpd kesukaran itu kerana satu 'Usrin (kesulitan) tidak akan dpt mengalahkn dua Yusran (kemudahan) ** ". 


🌷Guru kepada Prof Hamka (Ahmad Rasyid Sutan Mansur) berpesan kpdnya dgn sebuah syair :

"Apabila bala bencana bersangatan menimpamu...fikirkn segera surah Alam Nasyrah :

'Usrin tersepit antara dua Yusran **

Kalau itu telah engkau fikirkn...nescaya engkau akan gembira".😊


** Kemudahan | Kesulitan | Kemudahan

     (Yusran)          ('Usrin)         (Yusran)    

👆 'Usrin tersepit antara dua Yusran 

atau...

Satu 'Usrin tidak akan dpt mengalahkan dua Yusran

🤗


Yuzita❤️

Thursday, April 22, 2021

KIRIMAN ALLAH🌷

Salam to all,

Surah Al-Haqqah ayat 6 & 7 :

1. "...mereka (kaum 'Aad) telah dibinasa dengan angin taufan yg sangat sejuk ".

2. "Allah menimpa angin itu kepada mereka (kaum 'Aad) selama tujuh malam lapan hari terus menerus maka kamu melihat kaum 'Aad pd waktu itu mati bergelimpangan spt batang2 pokok kurma yg telah kosong (lapuk)".

Surah Al-Qamar ayat 10, 11, 31& 34 :

3. "Maka dia (Nuh) mengadu kpd tuhannya : "Sesungguhnya aku telah dikalahkn maka tolong (aku)".

4. "Lalu Kami (Allah) buka pintu2 langit dgn (menurunkn) air yg mencurah-curah ".

5. "Kami (Allah) kirim kpd mereka (kaum Thamud) satu suara yg keras (dan kuat) maka jadilah mereka seperti ranting2 kering yg reput".

6. "Sesungguhnya Kami (Allah) kirim kpd mereka (kaum Luth) angin ribut yg membawa batu-bata..."

Surah al Hijr ayat 73 & 74 :

7. "Maka mereka (kaum Luth) dibinasakn oleh suara keras yg memekik ketika matahari terbit".

8. "Maka Kami (Allah) jadikn bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan kami (Allah) hujani mereka (kaum Luth) dgn batu dpd tanah yg dibakar".


...dan byk lagi kaum yg Allah musnahkn dgn mengirim "tentera" Nya utk kita mengambil pengajarn.


Surah Al-Qamar ayat 39 & 40 :

"Maka rasakanlah azabKu dan peringatanKu !"

 "Dan sesungguhnya telah Kami (Allah) mudahkn Al-Quran utk peringatan maka adakah org yg mahu mengambil pengajaran ?"


*** Akibat dpd pandemik covid yg dikirim oleh Allah utk seluruh umat manusia sewajarnya diambil peringatan & pengajaran...???...(Semacam ada persamaan dgn apa yg dikirim oleh Allah kpd kaum2 'Aad, Thamud, Nuh dll...)

Adakah ini menuju kearah proses penghapusan umat manusia secara perlahan2 ? Hmmm...🤔


South Africa coronavirus variant :

https://www.bbc.com/news/health-55534727

("Never ending story" laaaa lawan acik corona ni😀. Jom kita doa ramai2 di bln pose yg mulia ni Allah ampunkn dosa2 kita n ambik balik acik corona ni....🤲ameen yra)


Yuzita🧡

Monday, April 19, 2021

PERINGATAN LEMBUT ALLAH 🌷

Salam to all,


👆 Mount Ararat, Turkey

Al-Munafiqun ayat 10 & 11:

"Dan infaqkan sebahagian dpd apa yg telah kami berikan kpd mu sebelum kematian dtg kpd salah seorg di antara kamu lalu dia berkata (menyesali) : 

"Ya tuhanku sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk org2 yg soleh".

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorg apabila waktu kematiannya telah dtg. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yg kamu kerjakn".


At-Taghabun ayat 16 & 17 :

"Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan mu dan dengarlah serta taatlah (perentah Allah) dan infaqlah harta yang baik utk diri mu. Dan barang siapa menjaga dirinya dpd kebakhilan mereka itulah org2 beruntung".

"Jika kamu meminjam kpd Allah dgn pinjaman yg baik niscaya Dia (i.e., Allah) melipat ganda (balasan) utk kamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri Maha Penyantun".


Jadi sempena bln ramadhan yg mulia ini berinfaqlah mengikut kemampuan yg ada pd diri kita...kerana balasan Allah terhadap apa yg diinfaqkn xtergambar oleh aqal fikiran kita (i.e., infiniti)...spt diberkati rezeki iaitu kesihatan yg baik, anak2 soleh & solehah, keluarga dirahmati Allah, etc.🤗

Allah berfirman bahawa Allah berhasrat utk "meminjam" dpd kita🤔...padahal sebenarnya bukan sahaja harta yg kita miliki ini adalah milik Allah...bahkan diri kita ini jua pun adalah milik Allah...😀

Begitu lembut dan sopan sekali Allah dalam memberi peringatan & teguran kpd kita, hamba2Nya💜..Dan hasil dpd apa yg kita infaqkn (selain dpd balasan yg xtergambar oleh aqal fikiran kita) adalah pegampunan Allah yg sgt kita idam2kn di akhir ramadhan kelak...dan syurga firdaus😊...inshaAllah...

Ameen yra🤲♥️


Yuzita💚

Friday, April 16, 2021

JOM...JUMPA ALLAH🌷

Salam to all,




Surah Al-Kahfi ayat 110 :

"Bahawa sesungguhnya tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Maha Esa. Sesiapa mengharap perjumpaan dgn tuhannya (i.e., Allah) maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jgn mempersekutukn tuhannya (i.e., Allah) dalam beribadah"

Jadi...untuk berjumpa Allah (i.e., nikmat terbesar yg xtergambar oleh aqal fikiran) adalah mudah :

1. Mengerjakan amal soleh

Amal soleh ialah segala amalan yg xbercanggah dgn syariat (undang2) Islam...bukan setakat solat, puasa, baca & tadabbur quran, zakat, haji, umrah, etc...tetapi merangkumi segala aspek kehidupan kita. 
Sebagai contoh: Seorg ibu memasak utk keluarga dikira sebagai amal soleh, seorg guru mengajar dikira  amal soleh, dsb...

...TETAPI DGN SYARAT...:

2. ...Jgn mempersekutukan Allah dlm amalan  tersebut (i.e., beribadah).
Maksudnya lakukan setiap perbuatan semata2 kerana Allah...utk mencari keredhaan Allah (i e., "to please Allah only").
Doa iftitah:
"...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah tuhan semesta alam"


InshaAllah...dpt jumpa Allah di syurga nanti...ameen yra 🤲💚🤗


Yuzita

Wednesday, April 14, 2021

MASJID RAZALEIGH🌷

Salam to all,




😊 A brand new masjid at Gua Musang, Kelantan Darul Naim...a replication of Masjidil Haram in Mecca Mukarramah...named Masjid Razaleigh.
(Alhamdulillah...I managed to spell the name correctly this time🤲...😀)

But Masjid Razaleigh is xofficially open yet...need to wait until the covid pendamic subside...👈YBM Tengku Razaleigh Hamzah said so☺️

But tourists are welcome to visit it to take pictures😊...


*** Sesiapa rindu kat Masjidil Haram boleh la dtg melawat Masjid Razaleigh ni...inshaAllah.
Smoga terubat rindu...😪...ameen yra🤲
(Maklum la time covid ni agak sukar nk gi umrah/haji...) 

*** Dikatakan Masjid Razaleigh ini moden & canggih...hmmm🤔...😅


Yuzita

Monday, April 12, 2021

DI AMBANG RAMADHAN🌷

Salam to all.





Selamat berpuasa sy ucapkn utk semua🤗...dan semoga puasa kali ini lebih baik dpd yg sebelumnya...

Smoga Allah swt mengampuni segala dosa2 kita yg lalu...dan mengurniakan syurga firdaus utk kita diami...dan menyelamatkn kita dpd azab kubur & azab api nerakaNya.

Ameen yra🤲

Sy juga ingin memohon ampun&maaf kepada semua di atas segala kesilapan sy...🙏





Yuzita