Thursday, September 30, 2021

TEKNOLOGI SISTEM ALGEBRA KOMPUTER (SAK)...🤔???

Salam semua,


👆TI-Nspire CAS

Apakah teknologi SAK?🤔

SAK merupakan suatu perisian komputer yang diguna dalam pengaplikasian dan penyelesaian masalah matematik dengan melakukan pengolahan ungkapan matematik serta sistem pengiraan dalam bentuk simbol...daripada yang mudah sehingga kepada yang kompleks (Khairina Atika 2004). 

SAK berkemampuan tinggi memanipulasi simbol algebra, memplot graf dan memproses nilai dalam sesuatu fungsi.

Penggunaan teknologi SAK tidak terhad hanya dalam bidang matematik sahaja malahan ia juga turut menyokong pelbagai bidang lain seperti robotik, pemprosesan signal, geometri algebra, rekabentuk geometri berbantukan komputer, sistem dinamik dan mekanik, fizik, kimia, biologi, sains komputer dan penyelesaian masalah logik (Noor Aini 2004).

Contoh perisian SAK ialah Axiom, GeoGebra, Magma, Maple, Mathematica, Maxima, MuPAD dan TI-Nspire CAS (produk Texas Instrument (TI)).

Pengaplikasian teknologi SAK dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan menyeronokkan untuk penyelesaian sesuatu masalah (Geelan, D.R. et. al., 2010, Hazlina 2014). 

Pakej simbolik didefinisi sebagai suatu pakej yang dibina dengan menggunakan teknologi SAK. Teknologi SAK berupaya menyediakan persekitaran inovatif dalam penyelidikan pembangunan pakej simbolik yang dapat diaplikasi ke dalam pelbagai bidang keilmuan seperti sains, matematik dan kejuruteraan (Yuzita 2007). 


Yuzita

No comments:

Post a Comment