Tuesday, November 9, 2021

MASA⭐

Salam,

πŸ‘† Logo MASA


Ada yg bertanya ke mana sy pergi...sudah lebih sebulan tidak menulis blogπŸ€”...??? πŸ˜ŠπŸ˜„

Sebenarnya sy teruja mengisi borang permohonan geran program pembangunan dasar institut masa depan Malaysia (MASA)...(berangan sekejap nak jd penggubal dasar pendidikan negara MalaysiaπŸ˜‚πŸ€£πŸ˜…).

Di antara objektif pemohonan ini ialah:

Untuk menguji kebolehgunaan i-phys 2.0 berasaskan kepada:

(a) Atribut keberkesanan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK berkesan diguna untuk meningkatkan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(b) Atribut kebolehbelajaran iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memudahkan penjanaan pemikiran kritis dalam pendidikan fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(c) Atribut kepuasan iaitu ciri-ciri konsep pedagogi SAK memberi kepuasan serta keseronokan dalam mengaplikasi pemikiran kritis dalam pembelajaran fizik (Daya dan Gerakan) untuk tingkatan 4.

(d) Mengenal pasti terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis setelah pelajar mengaplikasi i-phys 2.0.

Selanjutnya... mencadangkan kepada penggubal dasar pendidikan negara Malaysia berasaskan hasil dapatan daripada ujian kebolehgunaan i-phys 2.0 (sekiranya terdapat pencapaian yang signifikan dalam tahap penilaian skor pemikiran kritis) untuk menghasikan sebuah pakej simbolik yang lengkap merangkumi silibus subjek fizik untuk tingkatan 4 dan seterusnya untuk subjek-subjek yang lain seperti fizik tingkatan 5, kimia tingkatan 4 dan 5, dan matematik tambahan tingkatan 4 dan 5.


** Ada yg bertanya kpd sy mengapa sy begitu obsess dgn pemikiran kritis πŸ€”??? Utk memahami ayat al-Quran, seseorg itu seharusnya mempunyai pemikiran kritis agar ayat tersebut dpt dihayati dgn sewajarnya....Oleh itu pemikiran kritis hendaklah dipupuk dlm diri anak2 kita semasa di peringkat persekolahan lagi...

Sebagai contoh...kisah raja Zulkarnain dlm ayat-ayat al-Quran (surah al-Kahfi) memerlukn pemikiran kritis utk memahami n menghayati ayat2 tersebut n seterusnya merasai keagongan Allah swt...seperti yg diungkapkan oleh Ustaz Wadi Annuar:

https://youtu.be/zLlBd9SEe08


Yuzita❤️πŸ’›πŸ’šπŸ˜Š

6 comments:

  1. Semoga diberkati di dunia dan di akhirat
    RosZ

    ReplyDelete
  2. Zakiah wrote:

    Cita2 dan impian untuk diri serta bangsa tu itaπŸ‘ŒπŸ‘πŸ˜

    ReplyDelete
  3. Noor Lina wrote:

    EkspresiπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Halimah wrote:

    Go yuzita!!πŸ‘πŸΌπŸ’ͺπŸΌπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete