Wednesday, December 7, 2022

X ADA KAFIR HARBI DI MALAYSIA 🤗🌷

Salam all, 


 

🌷Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia ( Aswaja ) Zamihan Mat Zin ( gambar di atas👆) mengemukakan takrifan sebenar kafir harbi :

"Kalau kita rujuk kitab-kitab muktabar, kafir harbi ini merujuk kepada orang kafir yang memusuhi Islam, menghina Islam, memerangi umat Islam dan negara Islam. Dalam sebuah negara demokrasi ( contohnya Malaysia ), kita hanya berbeza prinsip, perjuangan parti, pendapat, kaedah atau pendekatan mentadbir negara.

Sesetengah pihak atau segelintir pendakwah yang berkata kita tidak patut bagi sokongan kepada kerajaan hari ini ( iaitu kerajaan perpaduan ) atas alasan kerajaan tersebut bersekongkol dengan kafir harbi adalah sentimen tidak tepat dan tidak bertanggungjawab." 




🌷Sementara itu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor ( gambar di atas👆) berkata :

"Orang bukan Islam yang patuh pada undang-undang negara tidak boleh dilabel sebagai kafir harbi, kalau ada salah faham tentang Islam, kita kena beri kefahaman tentang Islam kepada mereka".




🌷Pada 2016...Mufti Pahang Abdul Rahman Osman ( gambar di atas👆) telah menfatwakn ( melabelkn ) bahawa Democratic Action Party ( DAP ) sebagai kafir harbi.

Walau bagaimana pun...beliau telah menarik semula fatwa tersebut atas alasan bahawa pemimpin bukan Islam yang bersama dalam kerajaan pimpinan umat Islam ( iaitu kerajaan perpaduan ) dan akur dengan ketetapan pembinaan negara adalah kafir zimmi.

Beliau seterusnya menjelaskn : 

"Mereka ( iaitu DAP ) akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong ( berkenaan pembentukan kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ), akur dengan undang-undang negara, hak Islam, hak orang Melayu seperti mana termaktub, mereka adalah kafir zimmi".


*** Bukan kesemua empat puluh ahli parlimen DAP yg x beragama Islam...ada ahli parlimen DAP yg beragama Islam.😊


🌷Kafir zimmi merupakan orang non-muslim yang hidup dengan kaum muslimin secara rukun dan damai. Golongan ini wajib dilindungi oleh kaum muslimin.



Yuzita🙂❤️🌷

1 comment: