Salam all,
FITNAH ialah merujuk kepada sebarang tuduhan tanpa bukti kukuh yang diada2kan utk memburuk2kan atau membencanakan seseorg atau sesuatu pihak...yg membawa kpd porak-peranda dlm sesuatu masyarakat.
Hukum fitnah jelas haram dan ditegah dlm hukum syarak. Perbuatan memfitnah dikecam dgn keras oleh rasulullah saw dlm hadis yg diriwayatkan oleh Huzaifah :
" Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba). "
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
Pada masa kini fitnah dilakukn secara berleluasa dgn cara yang lebih mudah berbanding dahulu dgn pemfitnah menggunakan teknologi terkini ( i.e., media elektronik ) utk mempengaruhi masyarakat.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ( selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang telah bersidang pada 29-30 November 2022 ) bertitah agar tiada lagi pemimpin membangkitkan isu perkauman dan agama yang bertujuan menghasut masyarakat.
Contoh fitnah :
* Mengatakn hak istimewa bumiputera ( i e. Melayu ) & agama Islam akan terhakis jika sesuatu pihak berkuasa...tanpa bukti kukuh.
* Mengatakn sesuatu pihak itu komunis, anti-Islam, musuh Islam dan menyebarkn Islamophobia...tanpa bukti kukuh.
* Mengatakn seseorg itu ejen Israel, ejen Freemason dan membenarkn LGBT ( Lesbian, Gay, Bisexual, and Transgender ) di Malaysia...tanpa bukti kukuh.
Propaganda perkauman dan keagamaan yg dinyalakan secara destruktif...yg disulami dgn hasutan dan fitnah...seterusnya membawa kpd kebencian dan dikhuatiri akhirnya...menjurus ke arah keganasan...
😲😮
🌷😊 Patik ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd Majlis Raja2 di atas keputusan yg telah dipersetujui bersama...
❤️❤️❤️ DAULAT TUANKU !!! ❤️❤️❤️
Semoga Allah swt sentiasa merahmati dan melindungi rakyat Malaysia dpd fitnah2 yg mampu mengugat keharmonian kehidupan pelbagai kaum di Malaysia 😍🤗
Ameen3x yra 🤲
Yuzita🧡🤗🥰
Zurida wrote :
ReplyDelete👍
Tajul wrote :
ReplyDeleteCinta dunia mengatasi dari takut Allah swt.
Bada wrote :
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi kita dr trjebak dr fitnah dunia n akhirat