Wednesday, August 12, 2020

PAKEJ SIMBOLIK PENDIDIKAN

Salam to all,

Sistem Algebra Komputer (SAK) merupakan sebuah perisian komputer yang digunakan untuk penyelesaian matematik daripada masalah yang mudah hinggalah kepada yang kompleks. Ia juga berupaya untuk memvisualisasi sesuatu entiti dengan lebih jelas, memproses ungkapan formula dengan lebih cepat dan tepat, membantu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan menyediakan pelbagai perwakilan simbolik, numerik, grafik, dsb. 
Contoh SAK ialah Axiom, Maple dan Mathematica.

Penggunaan SAK dalam industri pendidikan merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan dan menyeronokkan. SAK juga digunakan dalam pelbagai industri seperti industri kimia, industri robotik, industri automotif dan banyak lagi.

Sebagai contoh : 
2005...saya menghadiri kursus "Programming in Mathematica" di University of Melbourne, Australia. Pada mulanya saya ingatkan yang menghadiri kursus tersebut adalah terdiri daripada pensyarah2 universiti seperti saya...rupa2nya saya seorang sahaja pensyarah universiti😀...dan yang lainnya adalah daripada pelbagai industri.

Ini menunjukkan kepentingan SAK untuk mempertingkatkan mutu sesuatu pekerjaan dalam pelbagai industri seperti menjimatkan masa pengeluaran ("time is money") dan menghasilkan sesuatu produk yang lebih tepat.

Projek yang saya utarakan di sini adalah bertujuan untuk membina suatu pakej simbolik pendidikan menggunakan SAK yang merangkumi dua aspek utama : 

(1) Reka bentuk pembangunan pakej berasaskan konsep pedagogi SAK iaitu : (a) interaktiviti (b) visualisasi (c) eksperimentasi (d) teknik langkah demi langkah (e) kepelbagaian perwakilan dan (f) prinsip kotak putih / kotak hitam.

(2) Menguji kebolehgunaan pakej berasaskan tiga atribut iaitu : (a) keberkesanan (b) kebolehbelajaran (c) kepuasan. 

Setiap atribut diterapkan konsep pedagogi SAK.

Kaedah analisis data :

(a) Ujian korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian

(b) Ujian-t untuk melihat perbezaan skor ujian setelah menggunakan pakej.

(c)  Analisis regresi berganda untuk melihat kesan ketiga-tiga atribut terhadap skor ujian setelah menggunakan pakej.

Analisis data dilaksana dengan menggunakan perisian SPSS untuk menghasilkan dapatan kajian.


Nota :

Projek seperti dinyatakan di atas telah berjaya dilaksanakan oleh Hazlina Awang Lah pada 2014 dengan tajuk "Pakej Simbolik Pendidikan Fizik (i-phys) Berasaskan Sistem Algebra Komputer" (Tesis Doktor Falsafah, UKM).

Alhamdulillah🙂🤲.

Tahniah Dr Hazlina !!! 🙂❤️


* Sesiapa yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam "postgrad studies (Master / phd)" dalam bidang  Komputer Algebra bolehlah menghubungi saya🙂.

Bidang yang ditawarkan : "Computer Algebra in Education or Computer Algebra in Industry (choose your own targeted industry)" 🙂.


⭐Nota penting :

Kalau nak cuba main2 dgn Mathematica...boleh muat turun trial installation dari :

https://www.wolfram.com/mathematica/trial/

The trial license is good for 15 days.


Yuzita

2 comments: