Tuesday, May 27, 2025

AMALAN SEPULUH AWAL ZULHIJJAH

Salam all,


Tahukah anda bahawa amalan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dapat memberikan pahala yang lebih besar dpd jihad fisabilillah?

Sabda Rasulullah saw :

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada sepuluh hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi (i.e., syahid).

(Hadith riwayat al-Bukhari)


Sepuluh hari pertama Zulhijjah bermula dpd khamis ini (29 Mei) sehingga Sabtu minggu depan (7 Jun).










  • 11-13 Zulhijjah = 8 – 10 Jun 2025 (Hari Tasyrik – diiharamkan berpuasa)


Sabda Rasulullah saw :

"Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah". 

(Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287)

Sabda Rasulullah saw :

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada sepuluh hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. 

(HR al-Tabrani)


😊 Selamat beramal n smoga diterima Allah swt. Smoga sgala dosa kita mendapat pengampunan Nya n memasukkan kita kedlm syurga Firdaus Nya.

Ameen 3x yra 🤲


Yuzita❤️Palestine 

1 comment: