Friday, September 20, 2024

INFAQ DI GAZA ❤️πŸ˜€πŸŒ· (KELAB PERWIRA MALAYSIA)


Salam all,

 *WAKAF AIR, KEPERLUAN BAYI & SEDEKAH GANDUM TELAH SAMPAI LAGI DI GAZA* 😭‼️


πŸ’₯ *349 HARI GENOSID DI G :  KANAK-KANAK MASIH BERJALAN BERBATU-BATU MENCARI AIR DALAM KEADAAN BERLAPAR*.


πŸ₯Ή Alangkah sayu melihat tapak-tapak kaki kecil berjalan mengharungi panas terik bersama tong-tong kosong di tangan demi mendapatkan air.


😭 Lebih menyayat hati apabila mereka terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh dan berulang-alik dengan perut yang lapar dan berkaki ayam.


πŸŽ₯ : https://youtube.com/shorts/yfDY_5ua94g?si=eBjRTkbeJZzpXKbD

😭 Kanak-kanak kecil seusia Ameera di dalam video ini, sepatutnya pergi sekolah menuntut ilmu, mempunyai cita-cita dan impian yang ingin dicapai dan bergembira bermain bersama kawan-kawan. Namun, tidak berkesampaian.


==========


✅ *Tahniah Tuan/Puan ✨ dengan izin Allah, misi kita berjaya lagi kali ini.* ✅


🀲🀲🀲 *ALHAMDULILLAH*, dengan keprihatinan Tuan/Puan yang berterusan memberi dokongan bersama PERWIRA, *agihan bantuan WAKAF AIR dan Keperluan Bayi serta Infaq Gandum fasa 1 dalam bulan September berjaya disampaikan* kepada saudara di G bagi meringankan sedikit keperitan mereka.


πŸ‘‰ Berikut adalah *laporan terkini agihan bantuan sepanjang 1 Sept 24 hingga 10 Sept 24* :-


✅ 1️⃣ 🚰 *Wakaf Air*

*Telaga air berjaya digali semula di 2 buah sekolah yang menempatkan lebih 3,300 rakyat G* yang berlindung di sana. Alhamdulillah hingga saat ini 2 telaga ini masih berfungsi dan selamat untuk digunakan.


✅ 2️⃣ πŸ‘Ά *Set Susu Formula dan Lampin Bayi*

*Seramai 100 orang bayi G menerima bantuan set ini* agar mereka mendapatkan nutrien untuk tumbesaran mereka dan keselamatan dari jangkitan bawaan air akibat stok lampin yang semakin sukar didapatkan.


✅ 3️⃣ 🍞 *Infaq Gandum*

*40,000 keping roti berjaya diproses dan diagihkan kepada 8,000 rakyat G* agar mereka dapat mengisi perut dengan makanan yang selayaknya.


🀲🏻 Dengan infaq harta yang Tn./Pn. tidak pernah jemu titipkan buat mereka, *moga ianya menjadi saham pahala berpanjangan di sisi Allah* kerana sentiasa bersiap siaga mengorbankan harta untuk berjuang di jalanNya, aamiin yaa rabb.


==========


πŸƒπŸ½πŸƒπŸ½ Ayuh, *bersama PERWIRA memenuhi harapan saudara kita di G dengan menggencarkan September kali ini bagi menyampaikan bantuan air bersih, roti, susu formula dan lampin bayi buat mereka.*‼️


πŸ₯Ί *Jangan biarkan kanak-kanak G yang menanti bantuan kita hampa pulang dengan tong kosong tanpa diisi dengan air bersih. Selamatkan bayi yang menderita memerlukan susu dan lampin namun ibu ayahnya tak mampu ataupun sy***id.*


1️⃣ *PAKEJ KEPERLUAN BAYI (SUSU DAN LAMPIN BAYI) - RM500* πŸΌπŸ‘ΆπŸ»

2️⃣ *WAKAF AIR 10 LITER - RM300* πŸšπŸ’§

3️⃣ *INFAQ GANDUM 10 KEPING (10 HARI) - RM300* πŸ«“πŸ«“


❤️ TABUNG INFAQ WAKAF AIR DAN KEPERLUAN BAYI - RM100/RM50/RM10


✊🏼πŸ”₯ Jangan sia-siakan *PELUANG dan JALAN yang kita ada untuk merawat penderitaan saudara di G dengan klik segera* πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

https://bit.ly/WakafAirPalestin

https://bit.ly/WakafAirPalestin

https://bit.ly/WakafAirPalestin


#InfaqWakafAir

#InfaqKeperluanBayi


YUZITA❤️PALESTINE

6 comments: