Wednesday, April 3, 2024

ALHAMDULILLAH🤲...🙂❤️🌷

Salam all, 


👆 My Quran kecik😂

🤲Alhamdulillah...at last with Allah swt's blessing I khatam my Quran kecik today...Ramadhan 23 at 1.15 pm☺️. 
Tqvm Allah ku Tuhan ku❤️.


🌷 Doa khatam Quran :

Bismillahirahmanirahim

Segala puji tertentu bagi Allah swt...tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw dan juga ke atas keluarga dan sahabat2 baginda. 

Ya Allah tuhan kami...terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui.Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kpd kebenaran dan jalan yang lurus dgn berkat Al-Quran. 

Ya Allah tuhan kami...kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat utk kami. 

Ya Allah tuhan kami...ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dpd Al-Quran, ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu mengenai isi kandungan Al-Quran, kurniakanlah kami keupayaan utk membacanya pada waktu malam dan siang dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah utk kami apabila bertemu dgn Mu kelak.

Ya Allah tuhan kami...hiaskan diri kami dgn keindahan Al-Quran, muliakan kami dgn kemuliaan Al-Quran, serikan kami dgn ketinggian martabat Al-Quran, pakaikan kami dgn pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dlm syurga Firdaus dgn syafaat Al-Quran, selamatkan kami dpd segala bencana dunia dan azab hari akhirat dgn berkat kehormatan Al-Quran. 


Ya Allah tuhan kami...jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dlm kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu dan cahaya penyuluh menuju ke syurga dan sebagai penghadang dan pendinding dpd api neraka. 


Ya Allah tuhan kami...jadikanlah Al-Quran utk kami sebagai panduan dan ikutan kpd segala kebaikan dgn limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan dpd Mu jua ya Allah, tuhan Yang Maha Pemurah. 


Ya Allah tuhan kami...tunjukilah kami dgn petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami dpd api neraka dgn kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dgn kelebihan Al-Quran dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dgn membaca al-Quran, ya Allah tuhan Yang Empunya segala kelebihan dan ehsan.


Ya Allah tuhan kami...berilah kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dpd azab api neraka.

Ya Allah tuhan kami...cucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat2 baginda. Maha Suci Tuhan kami, tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan terhadap apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kpd sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah swt, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Ameen 3x yra


Smoga amalan membaca n mentadabbur Al-Quran berterusan setiap hari selepas Ramadhan sehingga ke hembusan nafas kita yg terakhir...🤲


Ameen 3x yra 


Yuzita❤️ Palestine

3 comments: