Wednesday, April 28, 2021

MOTIVASI ALLAH🌷

Salam to all,

Surah Alam Nasyrah ayat 5 & 6 :

"Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan".


🌷Prof Hamka menulis dlm tafsir al-Azhar :

"Dlm susah ada mudahnya, dalam sempit ada lapangnya. Bahaya yg mengancam adalah menjadi sebab aqal berjalan, fikiran mencari jalan keluar. Oleh sebab itu dapatlah diyakinkan bahawa kesukaran, kesulitan, kesempitan, marabahaya yg mengancam dan berbagai ragam pengalaman hidup yg pahit dpt menyebabkn manusia bertambah cerdas menghadapi semuanya itu, yg dgn sendirinya menjadikn manusia itu org yg dinamis.

Tetapi ini pasti akan tercapai hanya jika iman di dada dipupuk. Jgn lemah iman. Kerana lemah iman akan menyebabkn kita terjatuh di tengah jalan sebelum sampai kpd akhir yg dituju...

...Sehingga dtg suatu waktu kita mengucapkn syukur yg setulus-tulusnya dan setinggi-tingginya kerana tuhan telah berkenan mendtgkn kesulitan itu kpd kita pd masa yg lampau"


🌷Sikap jiwa 'Umar bin al-Khathtab (ra) sendiri dlm mereliasasi  kedua2 ayat di atas dlm jihad peperangn :

Dalam kitab Al-Muwaththa', Imam Malik menceritakan suatu riwayat :

"Dari Zaid bin Aslam :

Abu 'Ubaidah bin Jarrah (ra) menulis surat kpd 'Umar bin al-Khathtab(ra) menerangkn bahawa tentera Rom yg sgt besar telah bersiap sedia utk menyerang mereka dan kekuatan tentera itu amat mencemaskn".

Surat itu dibalas oleh 'Umar bin al-Khathtab (ra) :

"...Bagaimana jua pun kesukaran yang dihadapi oleh orang yang beriman, namun Allah akan melepaskannya jua dpd kesukaran itu kerana satu 'Usrin (kesulitan) tidak akan dpt mengalahkn dua Yusran (kemudahan) ** ". 


🌷Guru kepada Prof Hamka (Ahmad Rasyid Sutan Mansur) berpesan kpdnya dgn sebuah syair :

"Apabila bala bencana bersangatan menimpamu...fikirkn segera surah Alam Nasyrah :

'Usrin tersepit antara dua Yusran **

Kalau itu telah engkau fikirkn...nescaya engkau akan gembira".😊


** Kemudahan | Kesulitan | Kemudahan

     (Yusran)          ('Usrin)         (Yusran)    

👆 'Usrin tersepit antara dua Yusran 

atau...

Satu 'Usrin tidak akan dpt mengalahkan dua Yusran

🤗


Yuzita❤️

3 comments:

  1. U r v much welcome😊

    Tgh risau kes covid di msia ni...
    Teringt lak pesan umar pd abu ubaidah
    dan pesan guru hamka kpd nya...
    bc alam nasyrah byk2 x...😀

    InshaAllah kerajn msia tgh buat tbaik utk menahan wabak ini dpd terus merebak...ameen yra🤲

    ReplyDelete