DR. YUZITA YAACOB

SRI IXORA APARTMENT, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA yuzitayaacob.blogspot.com

Wednesday, July 31, 2024

MY SIBLINGS 🥰😍😘❤️

Salam all,


☝️ Berdiri dpd kiri : Yahani, Yazidah, Yazim dan Yuhana...dan duduk atas kerusi yg comei tu...Yuzita😀. 

Yg dah lama xde...Yazidah (i.e., Kak Long)...meninggal masa umur 17 tahun...sakit buah pinggang. Tp dpt juga ambik spm...alhamdulillah😊. Berbulan2 sakit dok Hospital Besar (HB). Preparation utk ambik spm dibuat di HB dan ambik spm pun di HB juga (siap org dpd Kementerian Pendidikan Malaysia dtg HB utk pantau periksa spm Kak Long) . 

Masa tu umur I 11 thn...kagum dgn kecekalan Kak Long dpd aspek kesungguhan dia dlm menuntut ilmu...sakit2 pun belajar juga. Kak Long jd sumber inspirasi utk I dan adik beradik yg lain utk tetap tabah dlm menuntut ilmu. Result spm pun ok la juga...gred 1...tapi hujung2😂...xingat brapa (jurusan sains tulin). Masa result spm kluar...Kak Long dah meninggal (di HB)😪...al-fatihah🤲 

Yazim pun dah xde...dia meninggal dlm tido😪...al-fatihah🤲

Yg masih hidup...Yahani Yuhana & I...😊  

We all adik beradik kesemua nya lepas spm dpt tawaran belajar ke luar negara (i.e., Yazim & Yahani...UK dan Yuhana & I...US). Ada org2 tanya mak I apa dia buat we all adik beradik kesemua nya dpt tawaran belajar ke luar negara selepas spm...mak I  jawab...dia & bapak I ambik berat dgn pelajaran we all, pantau slalu (i.e., tgk report kad, jumpa guru yg ajar we all, bawa gi library awam setiap hujung mgu...pinjam buku library...), dsb. Tp ada yg rasa xpuas hati...n terus bertanya...sampai mak I xtau nk jawb apa lagi dah...🤦‍♀️

Agak nya mak I dh naik geram...dia pun kata : "Masa budak2 ni kecik2 dulu...bila patah jer gigi susu...campak gigi tinggi2 atas bumbung...sbb tu la budak2 ni sume belajar jauh2 (luar negara)"...😂😅😂😅 

Agaknya mcm I yg dok apt tingkat 16 ni...kalo campak gigi susu anak2 I atas bumbung...lagi tinggi kannn? Mesti gi belajar lagi jauh...kot2 kat bulan atau planet pluto atau...🤔😅😀😂  

Tp tu laaa...ada juga sebahagian org Melayu dpd dulu sampai sekarang masih kuat percaya pd sebab-musabab yg pelik2, bomoh, tilik-menilik, dsb. Contoh yg plg ketara n menyedihkan ialah kes pembunuhan Zulfarhan...ngapa la boleh percaya 100% cakap bomoh?...ngapa la xbuat report polis dulu mengenai kehilangan laptop?...ngapa la sebagai seorg pelajar univ xguna akal yg bijak tu utk menilai yg mana buruk & yg mana baik?...ngapa la pihak univ xberminat utk respond dgn surat layang tu?...ngapa?...😪   

Smoga kes spt ini x akan berlaku lagi kerana ia sgt2 menyedihkan dan ia juga melambangkan kelemahan kita mendidik anak2 dlm usaha kita utk membentuk masyarakat madani di masa hadapan...yg bebas dpd amalan syirik.

Ameen yra🤲

** YAB DSAI : Budaya buli di Malaysia wajib dihentikan...


☝️ Dpd kiri...Yazim, Yahani, Yuzita n Yuhana

I ❤️ uol vvv...much😍🥰😘


🌷My sis Yuhana bagi nama anak sulung dia...Aeisyah Yazeedah😊...sempena memperingati Kak Long. Aeisyah...seorg doktor keje kat Hospital Jasin, Melaka. 

🌷Gambar rumah kat atas sekali☝️...rumah tempat I lahir di Kg Jawa, Kelang, Selangor. Masa umur I about one year...pindah ke Bukit Kuda, Kelang.

🌷Nama bapak I...Yaacob (sbb tu la sume nama we all start dgn Y 😂). Dia bekas guru Sek Menengah Tengku Ampuan Rahimah (STAR), Kelang. Nama mak I...Maimunah. Dia bekas guru Sek Rendah Convent Kelang.

☝️ My parents...Yaacob & Maimunah...with their grandchildren. Aeisyah Yazeedah...duduk kanan sekali.


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 7:20 PM 12 comments:

Saturday, July 27, 2024

SUJUD SYUKUR 🤲❤️🌷

Salam all,

PUTRAJAYA Sinar Harian 23 Julai 2024 01:30pm - “Ibu bapa mana yang tidak marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan terutama mayat Zulfarhan Osman Zulkarnain, dikembalikan ke pangkuan untuk dikebumikan,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Hadhariah berkata, ibu bapa Zulfarhan akan lebih kecewa, apabila mayat Pegawai Kadet Laut itu diterima dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.

Katanya, mahkamah tidak akan bertoleransi dalam kejadian jenayah sebegini dan mahkamah sebulat suara menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.


☝️ Ibubapa Zulfarhan sujud syukur sebaik keluar dpd bilik mahkamah selepas hukuman dijatuhkan.


https://youtu.be/UpZT-k9FbXI?si=GzTzIx75MUTgIRVn

https://youtu.be/HsrhWN-hGOQ?si=_vYUEig6ra7VLMHw




Teringat lak masa mula2 kes pembunuhan Zulfarhan...hati I berkata2..."kalo dlm hukum Islam...balasan pd keenam2 tertuduh adalah bunuh balas balik...unless dpt keampunan pewaris (ibubapa Zulfarhan) dgn bayaran ganti rugi dpd pembunuh2 atas persetujuan pewaris". Tp hati I juga berkata2..."minta2 dpt hukuman bunuh balas balik sbb kalo tidak dikenakn hukuman berat nti jd suatu kelaziman lak..."xpe...kita leh buli sampai mati pun xpe sbb dpt 18 thn jer penjara...kalo bernasib baik 18 thn leh dikurangkn"😂

Walau bagaimana pun...tgk the positif side of the hukuman gantung sampai mati...at least dia tahu bila hukuman mati akan dijalankn...so inshaAllah dia tau bila dia nk mati (xmacam kita ni... xtau bila nk mati...xde idea langsung : kot2 esk...tahun depan...mgu depan...bln depan...dsb). 

So leh la dia prepare siap2 utk mati...taubat byk2 (smoga Allah swt trima) dgn memperkemaskn solat fardhu, solat taubat, zikir, berdoa, baca & tadabbur Quran, puasa sunat, dsb. Also jgn lupa minta ampun & maaf byk2 dgn seikhlas2nya kpd kedua2 ibubapa Zulfarhan sbb bunuh anak kesayangan mereka🙂.

Ingat...balasan azab di akhirat lebih dahsyat dibandingkn dpd balasan di dunia...xterbayang oleh akal fikiran kita...dgn api neraka yg xterhingga panas nya...bukan dok tepi api neraka tp dok DALAM api neraka. So ambik "time out" semasa dlm penjara dgn muhasabah diri terhadap segala kesilapan yg telah dilakukan...Allah swt Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih...😊❤️
 
Semoga kes ini memberi pengajaran kpd kita utk sentiasa muhasabah diri dlm segala tindak tanduk kita dlm mengejar redha Allah swt terutama dlm pendidikan anak2.
Ameen yra🤲❤️  

Lagu utk allahyarham Zulfarhan :
https://vt.tiktok.com/ZSY3XGXVp/
😪


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 12:30 PM 5 comments:

Tuesday, July 23, 2024

KUALA LUMPUR KU...😊❤️🌷

Salam all,

Kuala Lumpur di tangga ke13 pemandangan bandar terindah dunia

Oleh Fahmy A Rosli (Beria Harian)
Julai 2, 2024 @ 4:38pm

"Kuala Lumpur menduduki tangga ke 13 pemandangan bandar paling indah di dunia.

Pengiktirafan itu dikongsi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di platform X beliau yang memetik grafik diterbitkan majalah antarabangsa Architectural Digest.

Beliau bangga dengan pengiktirafan itu apabila memperakui rekaan seni bina di negara ini yang turut mengadaptasi pelbagai budaya Malaysia dengan teknologi hijau.

Mengikut kedudukan yang diterbitkan portal antarabangsa itu, Manhattan berada di kedudukan pertama, disusuli Hong Kong, Chicago, Dubai, Tokyo, Perth, Sydney dan Shanghai.

Ia diikuti Singapura, Bangkok, Tianjin dan Panama City, Kuala Lumpur, Milwaukee, Auckland dan Toronto.

Menurut Architectural Digest, Menara Berkembar PETRONAS yang direka oleh Cesar Pelli, menggembleng acuan seni bina gaya pasca moden dan diinspirasi daripada seni bina Islam.

Ditambah dengan latar belakang langit Kuala Lumpur mengindahkan lagi pemandangan menara yang menjadi mercu tanda negara ini."

👇 Dua gambar Menara Berkembar PETRONAS :



"Menara Berkembar PETRONAS bukan satu-satunya bangunan pencakar langit di ibu kota kerana kota metropolitan ini turut mempunyai 241 bangunan pencakar langit termasuk Merdeka 118 yang tersenarai bangunan kedua tertinggi dunia."


☝️ Merdeka 118


😊 Persolannya...mengapa manusia berlumba2 membina menara tertinggi di dunia? 🤔
Mengikut Cesar Pelli (arkitek Petronas Twin Tower) : "Manusia membina menara tertinggi atas dasar ego & bangga diri"  😁

Mengimbas kembali...tiga ribu tahun dahulu sebelum masehi...Allah swt telah mengutus seorang nabi bernama Saleh as utk memberi peringatan kpd penduduk sebuah negeri agar menyembah Allah swt semata2. Penduduk negeri tersebut dikenali sebagai kaum Thamud yg menghuni sebuah negeri bernama Al-Hijr iaitu sebuah negeri yang subur & kaya raya.
Kaum Thamud terkenal dgn kemahiran memahat gunung2 batu utk menjadikan rumah, bangunan, dsb.
👇 Sebahagian hasil tinggalan kaum Thamud :



Nabi Saleh as telah berdakwah kpd kaum Thamud selama berpuluh2 tahun lamanya dgn mengatakan “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Allah".
Apakah kesalahan kaum Thamud sehingga Allah swt melenyapkn mereka dpd atas muka bumi ini ???
Pertama...membunuh unta mukjizat Nabi Salleh as dgn kejam. Ini melambangkn bukan sahaja mereka xmengakui keesaan Allah swt tetapi secara terang2an pula dgn sombong melawan perentah Allah swt melalui pembunuhan unta tersebut.  
Kedua...enggan berhenti dpd melakukan maksiat yg dimurkai Allah swt spt penzinaan berleluasan, minum arak & mabuk berleluasan, penipuan, penindasan org kaya terhadap org miskin, xmenghiraukn penderitaan golongan miskin, dsb...

Cesar Pelli mengatakan bahawa  Twin Tower dibina dgn beliau menekankan ciri2 Islamik iaitu rekaan bentuk geometrik yg ditemui dlm seni bina Islam seperti bulatan dan alphabet.
Ciri2 Islamik terserlah apabila kita melihat sesuatu entiti dan kita akan terus mengingati Allah swt dan merasa kagum dgn ciptaan tersebut yg merupakan hasil dpd ilham yg Allah swt kurniakan keatas pereka nya (contoh: Cesar Pelli).
😀Tp masalah nya...I xdpt terus mengingati Allah swt apabila melihat Twin Tower yg tersergam indah itu...tp apa yg I dpt lihat hanyalah  lambang ketidak adilan kepimpinan dlm penggunaan pembahagian hasil pendapatan negara rakyat msia (termasuk para petani, para nelayan, para pekebun kecil, dsb) dlm pembinaan Twin Tower (iaitu Rm 4 billion).
Teringat lak masa I tinggal di rumah puncak setiawangsa, kl...I keje di ukm bangi...dan htr anak2 I di sekolah al amin bangi. Jadi kena lah kluar rmh jam 6.30 pagi...kalox jem giler😁 
Sampai kat pondok security guard...malas nk pandang kanan...sbb akan nampk twin tower dan it will spoil my mood that day 😅...sbb hati akan berkata..."ngapalah nk buat bangunan tu...byk lg org susah yg sgt2 memerlukan duit utk menampung keperluan harian keluarga ???"🤦‍♂️🤦‍♀️🤦
Petronas Twin  Tower :
 https://members.tripod.com/minda_rakyat/1111409.htm

* 😊 Prasan x...Msia dah ada ciri2 mcm sifat kaum Thamud ?
Smoga Allah swt mengampunkan kita n memberi hidayah & taufiq utk kita sama2 mengubah diri n keluarga kearah yg diredhai Nya.
Ameen 3x yra🤲

Yuzita❤️Palestine
Posted by Yuzita Yaacob at 7:46 AM 8 comments:

Sunday, July 14, 2024

FULL COVERAGE ❤️😊🌷

Salam all,



 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahil-lazi la yadhurru ma’asmiHi syai’un fil ardhi wa la fis-sama’i wa Huwas-Sami’ul 'Aleem

In the Name of Allah with Whose Name there is protection against every kind of harm in the earth or in heaven, and He is All-Hearing and All-Knowing 

(Sunan Abi Daud)


🌷Dua for full protection :

 https://youtube.com/shorts/eEczCQDnfwE?si=kfIAB4BmKnLpXnxk

Read 3x in the morning (pagi) & 3x in the evening (petang) 😊


❤️Selamat mengamalkan nya & semoga diterima Allah swt. Ameen yra 🤲. 

Pengalaman I mengamalkan doa ini sgt lah menakjubkan (dgn izin Allah swt)...wpun situasi sgt genting. Contoh masa I accident 2010...ada org kata kat my family lepas ni nk bawa (jenazah) kat mana?😊...I dlm keadaan koma tujuh hari. I was really in a bad situation. Recovery pun cepat...I dok hospital empat minggu jer...alhamdulillah 😊🤲

Operation my brain tumor pun recovery cepat...operate Jumaat...Isnin doctor dh benarkn keluar...alhamdulillah 😊🤲


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 8:12 AM 7 comments:

Thursday, July 11, 2024

TAMBAHAN BACAAN I'TIDAL 👍❤️😊

Salam all,


Semasa i'tidal spt biasa kita baca "Robbana walakal hamdu"...kemudian tambahkan lagi dgn bacaan : 

"Hamdan katsiron" : Pujian yg banyak

"Thoyyiban" : yg baik

"Mubaarokan fiih" : yg penuh keberkatan 

Fadhilat nya : Tiga puluh malaikat berlumba2 siapa lebih dulu mencatat pahala amalan kita 😊😂

Masha Allah !!!


Pendapat Ust Azhar Idrus mengenai tambahan bacaan i'tidal di atas :

https://youtu.be/XZ2KfTB73YQ?si=dUMeY8Ho1n7WuyM9

Selamat mengamalkannya....dan smoga segala amalan kita diterima Allah swt...dan Allah swt memasukn kita ke dlm syurga Nya. Ameen yra🤲 🙂


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 7:26 PM 8 comments:

Tuesday, July 9, 2024

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM 😀❤️🌷

Salam all,

HARI INI : 3 MUHARRAM 😀❤️🌷

Firman Allah swt :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)


Rasulullah saw menjelasan berkenaan empat bulan haram tersebut dgn sabda baginda :

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

Riwayat al-Bukhari (184)

 

🌷 Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram

Di antara amalan soleh yang sgt digalakkan utk umat Islam lakukan pd bulan Muharram adalah dgn memperbanyakkan berpuasa sunat.

Rasulullah saw bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

Riwayat Abu Daud (2429)

Seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah saw tentang bulan apakah yg Rasulullah saw perintahkan utk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda saw :

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ 

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

Riwayat al-Tirmizi (741)


🌷 Kelebihan puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

Rasulullah saw bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)

 

Riwayat dpd Abdullah Ibn Abbas ra :

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏ مَا هَذَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

Riwayat al-Bukhari (2004


🌷 Perintah Berbeza dgn puasa org Yahudi

Walaupun digalakkan berpuasa pd 10 Muharram tetapi kita juga turut diperintahkn utk membezakn puasa golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. 

Nabi saw bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Riwayat Ahmad (2154)

 

Juga Nabi saw bersabda :

 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).

Riwayat Muslim (1134)


Manakala mengikut pendapat S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (11 Oktober 2016 bersamaan 10 Muharram 1438H) cara terbaik serta paling lengkap utk melakukannya adalah sebagaimana disebut oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) seperti berikut :

♦️Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya (i.e., 9,10 &11 Muharram) .

♦️Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.

♦️Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

 

Di Malaysia disarankan utk sunat berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura (10 Muharram) dengan tujuan untuk berbeza dengan golongan Yahudi. 

Walau bagaimana pun...sekiranya terdapat masalah kesihatan atau sebagainya tidak menjadi kesalahan utk berpuasa pd 10 Muharram sahaja (mengikut pendapat imam Ibn Qayyim)....better to do something than nothing kannn???😀

Selamat beramal soleh di bulan Muharram yg mulia ini...dan smoga segala amalan kita diterima Allah swt &  memasukn kita ke dlm syurga Fidaus Nya. Ameen yra.🤲


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 3:58 PM 7 comments:

Thursday, July 4, 2024

IMAAN FLUCTUATING ??? 🙂

Salam all,


♦️Committing Disobedience & Embarking Upon Sinful Deed♦️

The bad effect of this factor (☝️) upon imaan is well known to all. Imaan “increases with obedience and decreases with disobedience”. Just as accomplishing the obligatory and recommended deeds that Allah has ordained increases imaan, then likewise, performing the forbidden and disliked deeds that Allah has not enjoined, decreases imaan.

However, sins vary greatly with respect to their rank, the evils they entail and the intensity of their harm. This is as Ibn al-Qayyim has mentioned: “Without doubt, kufr, fusuq and disobedience are of levels just as imaan and righteous actions are of levels.”

Allah says: “They are in varying grades before Allah and Allah is All-Seer of what they do. 

[Al- Qur’an 3:163]

Allah also says: “For all there will be degrees, according to that which they did. And your Lord is not unaware of what they do.” 

[Al-Qur‘an 6:132]

Ibn al-Qayyim mentions in this respect, a brief and yet more than adequate statement, which he says: 

“Lack of tawfiq: incorrectness of opinion; concealment of truth (from Him); corruption of the heart, lack of remembrance, squandering of time; dislike of creation (of Him); alienation between the servant and his Lord; prevention of supplications being answered; hardness of heart, the exclusion of blessings in one’s sustenance and life; deprivation of knowledge; the apparel of degradation; humiliation subjected by the enemy; constriction of the chest, being put to trial with evil companionship who corrupt the heart and waste time; lengthy anxiety and sorrow; hardship of life and gloominess of circumstance … 

...are a result of disobedience and negligence of the remembrance of Allah, which is comparable (in magnitude) to the etation that is produced by water and the burning that is caused by fire. The opposites of these matters arise from actions of obedience.”


☝️Stuff for us to ponder together upon what Ibn al-Qayyim says regarding the ups & down of iman... 


So how to overcome this ups & down of iman?...one ustaz suggested: Perbanyakan istighfar...bukan sekadar di mulut saja..."Astaghfirullah" (Oh Allah...forgive me)...tapi disertai dgn hati...betol2 menghayati istighfar kita😊...xyah laju2...slow & steady 😀  

Pastu I tanya diri...minta ampun kat Allah swt sbb apa???...sbb byk masa kita...kita lupa utk mengingati Nya...😭😭😭...


Do u feel low in imaan ??? :

https://youtube.com/shorts/6dUi2Rdv7vI?si=kVIN-56yyrmwhkva

So...selamat menjaga iman kita dgn mengingati Allah swt sentiasa...Ameen yra😀


Yuzita❤️Palestine

Posted by Yuzita Yaacob at 8:49 AM 4 comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)


SALAM TO ALL

About Me

My photo
View my complete profile

Kucing & Tikus

Kucing & Tikus

`Umar: Khatam Quran 2009

`Umar: Khatam Quran 2009

MERDEKA!

MERDEKA!

Former Finance Minister of Malaysia: YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Former Finance Minister of  Malaysia: YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Paul de Chomedey, "Sieur de Maisonneuve": The founder of Montreal

Paul de Chomedey, "Sieur de Maisonneuve": The founder of Montreal

Old Montreal

Old Montreal

Putrajaya

Putrajaya

Na'im & 'Umar

Na'im & 'Umar

Ajue: My dearest friend

Ajue: My dearest friend

'Umar's favorite birthday cake

'Umar's favorite birthday cake

Putrajaya Mosque

Putrajaya Mosque

Orang Utan

Orang Utan

'Umar: Khatam Quran 2008

'Umar: Khatam Quran 2008

101, Taiwan

101, Taiwan

Congrats, Wan 'Adneen Na'im!

Congrats, Wan 'Adneen Na'im!

Wan 'Adneen Na'im's graduation day

Wan 'Adneen Na'im's graduation day

A cake for Na'im's graduation day

A cake for Na'im's graduation day

"Bunga telor" for Na'im's graduation day

"Bunga telor" for Na'im's graduation day

Patung & Tasbih in Japan

Patung & Tasbih in Japan

Fall in Albuquerque, USA

Fall in Albuquerque, USA

Followers

Blog Archive

  • ►  2025 (30)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (11)
    • ►  February (5)
    • ►  January (7)
  • ▼  2024 (70)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (5)
    • ►  September (7)
    • ►  August (10)
    • ▼  July (7)
      • MY SIBLINGS 🥰😍😘❤️
      • SUJUD SYUKUR 🤲❤️🌷
      • KUALA LUMPUR KU...😊❤️🌷
      • FULL COVERAGE ❤️😊🌷
      • TAMBAHAN BACAAN I'TIDAL 👍❤️😊
      • KELEBIHAN BULAN MUHARRAM 😀❤️🌷
      • IMAAN FLUCTUATING ??? 🙂
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (6)
    • ►  March (7)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2023 (44)
    • ►  December (6)
    • ►  November (10)
    • ►  October (7)
    • ►  September (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2022 (31)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (7)
    • ►  September (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2021 (43)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (26)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
  • ►  2019 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (3)
    • ►  October (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (5)
    • ►  July (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2014 (6)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2010 (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2009 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)