Tuesday, July 18, 2023

MUHARRAM😊❤️🌷

Salam all,

Setelah Allah swt mengurniakan kpd kita fadhilat puasa sunat Zulhijjah (i.e., 1 sehingga 9 Zulhijjah)...😊...kini Allah swt mengurniakan pula fadhilat puasa sunat Muharram utk kita berterusan mempertingkatkn amalan soleh utk mencapai redhaNya...👍❤️ : 



Selamat mempertingkatkan amalan soleh di bulan Muharram yg mulia ini & smoga diterima Allah swt. Ameen yra🤲❤️


🌷Sejarah puasa 'Asyura & Tasua' :

“Dpd Ibnu Abbas ra berkata: “Nabi saw tiba di Madinah, maka beliau melihat org2 Yahudi berpuasa hari 'Asyura. Beliau bertanya kepada mereka: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah swt menyelamatkan Bani Israil dpd musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.” Nabi saw bersabda: “Saya lebih layak dengan Nabi Musa dibandingkan kalian.” Maka beliau berpuasa 'Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa 'Asyura.”

(HR Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw juga menyarankn para sahabat ra berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan dpd amalan org2 Yahudi. Sabda Rasulullah saw :

“Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” 

(HR Ahmad)

Rasulullah saw lebih cenderung berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a :

“Sabda Rasulullah saw: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.” 

(HR Muslim)


🌷Kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura :

“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda: Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” 

(HR Muslim)


Yuzita😊❤️🌷

13 comments: