Salam all,
Nabi Muhammad saw menggalakkan kita berpuasa pada setiap pertengahan bulan Islam.
Berpuasa pada Hari Putih (i.e., ayyamul bidh) bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang iaitu pada setiap hari ke 13, 14, dan 15 di pertengahan bulan Islam. Pada waktu ini cahaya bulan sangat terang-benderang (i.e., waktu bulan purnama)👇.
(Puasa sunat hari putih dlm bln Zulhijjah hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 Zulhijjah saja kerana pada 13 Zulhijjah (i.e., hari tasyrik) adalah haram berpuasa).
Niat Puasa
Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala
Kelebihan Puasa Hari Putih
🌷Seolah2 puasa sepanjang tahun
Hadis dpd Qatadah bin Milhan ra:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah saw menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
(Riwayat Abu Daud, No. 2449)
🌷Meningkatkan kesihatan tubuh badan
Puasa sering dikaitkan dengan tips mudah untuk diet (i.e., mengurangkn berat badan).
Berdasarkan kajian saintifik, puasa membantu mengawal diabetes, mengurangkan tekanan darah, mencegah kencing manis, mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD) dan meningkatkan daya tumpuan otak.
🌷Mensucikan jiwa
Matlamat utama puasa adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
🌷Doa mustajab
Orang berpuasa tergolong dlm golongan yang tidak ditolak doanya. Rasulullah saw bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, No.1752, Hadis Hasan)
🌷Mendidik diri erti kesederhanaan
Mereka yang berpuasa hanya dibenarkan makan & minum pada waktu sebelum Subuh dan bermula awal malam (i.e., waktu Maghrib). Ini bermakna kita hanya makan 2x sehari semalam 👍😀 (Jgn pulak makan xhenti2 lepas bukak pose🤣😂...)
Semoga Allah memudahkan kita mengamal puasa hari putih dlm mencari keredhaanNya🙂.
Ameen yra🤲
Yuzita😀❤️🌷
Halimah wrote:
ReplyDeleteJazakillahu khairan
Bada wrote:
ReplyDeleteThanks
Noor Lina wrote:
ReplyDeleteTq
Zakiah wrote:
ReplyDeleteJazakillah..ingatkn ita
Doakn za muga Allah bg kuat tuk puasa ya
Muga ita sihat sokmo tuk buat ibadah😀🤲🤲
Suraya Hasanah wrote:
ReplyDelete👍
Tajul wrote:
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Fara wrote:
ReplyDeleteJazakillah.
Terima kasih atas perkongsian.
May Allah bless you with barakah and a'fiyah. Ameen.
❤️👍