Nabi Muhammad saw menggalakkan kita berpuasa pada setiap pertengahan bulan Islam.
Berpuasa pada Hari Putih (i.e., ayyamul bidh) bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang iaitu pada setiap hari ke 13, 14, dan 15 di pertengahan bulan Islam. Pada waktu ini cahaya bulan sangat terang-benderang (i.e., waktu bulan purnama)๐.
(Puasa sunat hari putih dlm bln Zulhijjah hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 Zulhijjah saja kerana pada 13 Zulhijjah (i.e., hari tasyrik) adalah haram berpuasa).
Niat Puasa

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala
Kelebihan Puasa Hari Putih
๐ทSeolah2 puasa sepanjang tahun
Hadis dpd Qatadah bin Milhan ra:
َูุงَู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ َูุฃْู
ُุฑَُูุง ุฃَْู َูุตُูู
َ ุงْูุจِูุถَ: ุซَูุงَุซَ ุนَุดْุฑَุฉَ، َูุฃَุฑْุจَุนَ ุนَุดْุฑَุฉَ، َูุฎَู
ْุณَ ุนَุดْุฑَุฉَ. ََููุงَู: َُّูู ََْูููุฆَุฉِ ุงูุฏَّْูุฑِ
Maksudnya: “Rasulullah saw menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
(Riwayat Abu Daud, No. 2449)
๐ทMeningkatkan kesihatan tubuh badan
Puasa sering dikaitkan dengan tips mudah untuk diet (i.e., mengurangkn berat badan).
Berdasarkan kajian saintifik, puasa membantu mengawal diabetes, mengurangkan tekanan darah, mencegah kencing manis, mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD) dan meningkatkan daya tumpuan otak.
๐ทMensucikan jiwa
Matlamat utama puasa adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
๐ทDoa mustajab
Orang berpuasa tergolong dlm golongan yang tidak ditolak doanya. Rasulullah saw bersabda:
ุซََูุงุซَุฉٌ َูุง ุชُุฑَุฏُّ ุฏَุนَْูุชُُูู
ْ: ุงْูุฅِู
َุงู
ُ ุงْูุนَุงุฏُِู، َูุงูุตَّุงุฆِู
ُ ุญَุชَّู ُْููุทِุฑَ، َูุฏَุนَْูุฉُ ุงْูู
َุธُْููู
ِ
“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, No.1752, Hadis Hasan)
๐ทMendidik diri erti kesederhanaan
Mereka yang berpuasa hanya dibenarkan makan & minum pada waktu sebelum Subuh dan bermula awal malam (i.e., waktu Maghrib). Ini bermakna kita hanya makan 2x sehari semalam ๐๐ (Jgn pulak makan xhenti2 lepas bukak pose๐คฃ๐...)
Semoga Allah memudahkan kita mengamal puasa hari putih dlm mencari keredhaanNya๐.
Ameen yra๐คฒ
Yuzita๐❤️๐ท