Thursday, April 24, 2014

TR 3133 (Computer Algebra) : Beloved students (2014)

Salam to all,
Alhamdulillah, this semester I am blessed with four final year students. 
On my left: Arifah, Huzaifa, Farra and Hidayah in the classroom...

Promoting Mathematica... or perhaps promoting TR 3133 course... whatever la...  

 

Inside my office:

Outside my office:

All the best to all of you !!!
Wassalam... 

Note:
Tqvm...dear students:



Yuzita

Monday, April 7, 2014

Prof. Deepak Kapur visit

Salam to all,
On March 17, 2014, Prof. Deepak Kapur visited CAT at FTSM, UKM, Bangi, Malaysia.
Below are pictures of him inside & outside of my office at FTSM :
 
 
 
Thank you very much for coming...
 
Nota: Prof. Kapur adalah pakar dalam bidang Algebra Komputer / Penghitungan Simbolik dari The University of New Mexico (UNM), Albuquerque, USA. Perbincangan kami berkisar mengenai topik pelajar, fakulti, kursus TR 3133 (Algebra Komputer) & penyelidikan...

Yuzita


Thursday, January 16, 2014

BERGUGURAN...


Salam to all,

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan2nya seperti sebatang pohon yang menggugurkan daunnya." (Hadith riwayat Muslim).

Tetapi Allah swt menetapkan syaratnya (i.e, KPI Allah):
Daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Atha bin Abu Rabah, dia berkata:
"Ibnu Abbas r.a. pernah berkata kepada ku: "Mahukah kamu aku perlihatkan seorang wanita penghuni syurga?" Aku menjawab: "Mahu!". Dia berkata: "Wanita berkulit hitam ini pernah datang menghadap rasulullah saw dan berkata: " Sesungguhya aku menderita panyakit gila babi dan auratku terbuka, maka mohonlah kepada Allah untuk kesembuhanku". Nabi saw bersabda: "Kalau kamu mahu bersabar, maka bagimu adalah syurga. Dan kalau kamu mahu sembuh, maka aku akan memohon kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu". Wanita itu berkata: "Baiklah aku akan berSABAR." Wanita itu berkata lagi: "Sesungguhnya auratku selalu terbuka, maka mohonlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat." Lalu rasulullah saw berdoa untuknya. (Hadith riwayat Muslim).

SABAR bermaksud sabar dalam terus berdoa kepada Allah dengan (i) merendah diri, (ii) suara yang lembut, (iii) takut (tidak akan diterima Allah) dan (iv) penuh harap (akan dikabulkan Allah) (Al-A'raf: 55 dan 56), dan berikhtiar bersungguh2 (Al-Ra'd: 11) mencari penawarnya tanpa berputus asa dengan bertawakkal kepada Allah (i.e., menyerahkan diri seredha-redhanya kepada Allah).

Dan hasilnya (i.e., output):
"...syurga 'Adneen yang mereka masuk ke dalamnya bersama2 dengan orang yang beramal soleh terdiri daripada ibu bapa mereka, isteri2 mereka dan anak cucu mereka, sedang  malaikat2 masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu. (Sambil megucapkan): "Salamun 'alaikum bima sabartum (Salam atas kamu berkat keSABARan mu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah Al-Ra'd: 23 dan 24).

Ayat 18-29 dari Surah Al-Ra'd sangat teristimewa buat saya kerana ayat2 tersebut merupakan mas kahwin saya🙂...dan hasilnya (i.e., output) : alhamdulillah...

Wan 'Umar Firdaus, Wan 'Ainul Yaqeen dan Wan 'Adneen Na'im

Nota: 
Khas buat Sabrina dan suami, kak jujie doakan agar bersabar dan kuatkan kesabaran... dan terus bertahan (istiqamah). Sesungguhnya Allah swt bersama2 dgn orang yang sabar...

Yuzita

Saturday, October 26, 2013

Ustaz Azhar & kucing

Salam ustaz, 

Memandangkan  ustaz minat kucing, nak join CAT tak...?😀

Yuzita

Monday, August 26, 2013

HUMAN RIGHTS ...

Salam to all,

You are defending for something that is rightfully yours ...
Is that too much to ask ???!!!...


Yuzita

Thursday, May 30, 2013

COMPUTER ALGEBRA TEAM (CAT)

Salam to all,

Allow us to announce the existence of:


COMPUTER ALGEBRA TEAM (CAT)
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
www.ftsm.ukm.my/cat

Team Leader: Dr. Yuzita Yaacob (FTSM, UKM)
Advisor: Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail (Deputy Rector (Research and Innovation), International Islamic University Malaysia (IIUM )
Members:
Prof. Dr. Hamzah Salleh (Kulliyyah of Engineering, IIUM)
Associate Prof. Dr. Abd Ghafur Ahmad (Fakuti Sains & Teknologi (FST), UKM)
Dr. Sallehuddin Mohd. Haris (Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM)
Dr. Bahari Idrus (FTSM, UKM)
Research assistants/Postgraduate students:
Cik Nurul Saadah Zawawi (FTSM, UKM)
Puan Hazlina Awang Lah (FTSM, UKM)
Cik Nur Rahmah Zulkifli (FTSM, UKM)
Encik Wajdi S Aboud (FKAB, UKM)
Encik Aghil Shavalipour (FKAB, UKM)

Course Offered at FTSM, UKM

TR 3133         COMPUTER ALGEBRA



Thank you.

Yuzita

Tuesday, August 10, 2010

Kembalilah...

Salam to all,

Bulan Ramadan (Puasa) menyediakan peluang keemasan mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata untuk mendapat keredhaanNya. Allah swt sendiri berjanji untuk membalas pahala puasa.

 "Setiap amalan anak Adam untuk satu kebaikan bersamaan sepuluh hingga tujuh puluh kali ganda. Firman Allah swt: "Kecuali puasa. Ia adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dia meninggalkan makanannya kerana Ku. Dia meninggalkan minumannya kerana Ku..."" (Bukhari&Muslim). 

Sudah pasti rugilah sesiapa yang berada dalam bulan Ramadan tetapi amalannya masih tetap tidak berbeza dengan bulan-bulan lain. Allah swt menghadiahkan bulan Ramadan agar kita dapat mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk menghadapi hari akhirat dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Firman Allah swt: "...berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa." (Quran 2:185). 

Menurut Ali bin Abi Talib radiallahuanhu (ra): Taqwa ialah (i) takut kepada Allah swt, (ii) beramal dengan isi kandungan Quran, (iii) redha dengan apa yang ada pada diri dan (iv) bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah swt.
Bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk meningkatkan bekalan taqwa. 

Antara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt pada bulan ini ialah pahala yang diperolehi berlipat-ganda, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan malam lailatulqadar. Sememangnya Ramadan disediakan oleh Allah swt untuk kita meraih keuntungan semaksima mungkin untuk dibawa kepadaNya diakhirat kelak. Oleh itu, rebutlah peluang ini dengan pelbagai amal soleh selain daripada berpuasa seperti solat tarawih, membaca, menghayati & mengamalkan Quran, bersedeqah, berdoa, qiyamulail, menghadiri majlis ilmu dan merapatkan siratulrahim. 

Berkorbanlah masa, tenaga dan harta pada bulan ini untuk mendapat keredhaan Allah swt. Berazamlah agar bulan ini menjadi bulan yang sepenuhnya ditujukan kepada Allah swt untuk kita kembali dengan sebenar-benarnya kepadaNya. 

Janganlah kita berpuasa perut semata-mata sedangkan lidah, mata, telinga, hati dan anggota badan yang lain tidak berpuasa. Misalannya, mata masih melihat perkara yang haram, lidah masih berbohong, mengumpat dan bermegah-megah, telinga masih mendengar hiburan yang tidak berfaedah dan hati dipenuhi dengan hasad dengki dan dendam kesumat.

Rasulallah s.a.w. berpesan: "Puasa adalah perisai (pelindung) daripada maksiat dan dosa di dunia dan neraka di akhirat. Ia adalah perisai seperti perisai dalam peperangan. Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah bercakap lucah dan berkelahi. Jika ada orang yang memaki atau mengutuknya, maka hendaklah dia mengatakan: "Saya sedang berpuasa (2X)"" (Bukhari&Muslim).
Puasa mengajar kita kejahatan tidak boleh dihadapi dengan kejahatan. Kejahatan hendaklah dibalasi dengan kebaikan. 

Seseorang itu hendaklah memperbanyakkan sabar ketika berpuasa. Bahkan orang yang berpuasa itu hendaklah sentiasa berhati-hati memelihara kesemua anggota badannya seperti sabda rasulallah s.a.w. : "Barangkali ada orang yang berpuasa, tiada ia perolehi daripada puasanya melainkan lapar" (Ibn Majah).
Oleh itu peliharalah keseluruh anggota badan agar tidak melakukan perkara yang Allah swt murkai. Berusahalah membersihkan diri dalam bulan yang mulia ini. 

Hidupkanlah bulan ini dengan membaca, menghayati & mengamalkan Quran. Satu huruf Quran yang dibaca beroleh sepuluh kebaikan. Cuba bayangkan sekiranya kita mengamalkan ayat-ayat Quran yang dibaca? Sudah tentu pahala yang diperolehi berlipat kali ganda.

Kerjakanlah juga solat tarawih dengan khusyuk, tenang dan bersungguh-sungguh agar dapat merasai kehadiran Allah swt dalam hati. Kita inginkan solat yang diterima oleh Allah swt. Kita inginkan agar keluar daripada bulan ini dengan memperolehi keampunan dan rahmat daripada Allah swt serta terselamat daripada api neraka. 

Ketuklah pintu Allah swt untuk bertaubat dan kembali kepadaNya dengan penuh harap dan takut tidak diterima olehNya. Inilah masanya untuk kembali kepadaNya. Kalau tidak, bila lagi???...🙂

Rujukan: 
Kelebihan bulan Ramadan oleh Yusuf AlQardawi. Penerbit: Salafi, Kuala Lumpur. 

Nota: 
Semoga segala amal soleh yang dilakukan pada bulan Ramadan akan tetap berterusan (istiqamah) sehingga kita bertemu dengan Allah swt. Ameen.

Yuzita