Bulan Ramadan (Puasa) menyediakan peluang keemasan mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata untuk mendapat keredhaanNya. Allah swt sendiri berjanji untuk membalas pahala puasa.
"Setiap amalan anak Adam untuk satu kebaikan bersamaan sepuluh hingga tujuh puluh kali ganda. Firman Allah swt: "Kecuali puasa. Ia adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dia meninggalkan makanannya kerana Ku. Dia meninggalkan minumannya kerana Ku..."" (Bukhari&Muslim).
Sudah pasti rugilah sesiapa yang berada dalam bulan Ramadan tetapi amalannya masih tetap tidak berbeza dengan bulan-bulan lain.
Allah swt menghadiahkan bulan Ramadan agar kita dapat mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk menghadapi hari akhirat dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Firman Allah swt: "...berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa." (Quran 2:185).
Menurut Ali bin Abi Talib radiallahuanhu (ra): Taqwa ialah (i) takut kepada Allah swt, (ii) beramal dengan isi kandungan Quran, (iii) redha dengan apa yang ada pada diri dan (iv) bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah swt.
Bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk meningkatkan bekalan taqwa.
Antara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt pada bulan ini ialah pahala yang diperolehi berlipat-ganda, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan malam lailatulqadar. Sememangnya Ramadan disediakan oleh Allah swt untuk kita meraih keuntungan semaksima mungkin untuk dibawa kepadaNya diakhirat kelak. Oleh itu, rebutlah peluang ini dengan pelbagai amal soleh selain daripada berpuasa seperti solat tarawih, membaca, menghayati & mengamalkan Quran, bersedeqah, berdoa, qiyamulail, menghadiri majlis ilmu dan merapatkan siratulrahim.
Berkorbanlah masa, tenaga dan harta pada bulan ini untuk mendapat keredhaan Allah swt. Berazamlah agar bulan ini menjadi bulan yang sepenuhnya ditujukan kepada Allah swt untuk kita kembali dengan sebenar-benarnya kepadaNya.
Janganlah kita berpuasa perut semata-mata sedangkan lidah, mata, telinga, hati dan anggota badan yang lain tidak berpuasa. Misalannya, mata masih melihat perkara yang haram, lidah masih berbohong, mengumpat dan bermegah-megah, telinga masih mendengar hiburan yang tidak berfaedah dan hati dipenuhi dengan hasad dengki dan dendam kesumat.
Rasulallah s.a.w. berpesan: "Puasa adalah perisai (pelindung) daripada maksiat dan dosa di dunia dan neraka di akhirat. Ia adalah perisai seperti perisai dalam peperangan. Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah bercakap lucah dan berkelahi. Jika ada orang yang memaki atau mengutuknya, maka hendaklah dia mengatakan: "Saya sedang berpuasa (2X)"" (Bukhari&Muslim).
Puasa mengajar kita kejahatan tidak boleh dihadapi dengan kejahatan. Kejahatan hendaklah dibalasi dengan kebaikan.
Seseorang itu hendaklah memperbanyakkan sabar ketika berpuasa. Bahkan orang yang berpuasa itu hendaklah sentiasa berhati-hati memelihara kesemua anggota badannya seperti sabda rasulallah s.a.w. : "Barangkali ada orang yang berpuasa, tiada ia perolehi daripada puasanya melainkan lapar" (Ibn Majah).
Oleh itu peliharalah keseluruh anggota badan agar tidak melakukan perkara yang Allah swt murkai. Berusahalah membersihkan diri dalam bulan yang mulia ini.
Hidupkanlah bulan ini dengan membaca, menghayati & mengamalkan Quran. Satu huruf Quran yang dibaca beroleh sepuluh kebaikan. Cuba bayangkan sekiranya kita mengamalkan ayat-ayat Quran yang dibaca? Sudah tentu pahala yang diperolehi berlipat kali ganda.
Kerjakanlah juga solat tarawih dengan khusyuk, tenang dan bersungguh-sungguh agar dapat merasai kehadiran Allah swt dalam hati. Kita inginkan solat yang diterima oleh Allah swt. Kita inginkan agar keluar daripada bulan ini dengan memperolehi keampunan dan rahmat daripada Allah swt serta terselamat daripada api neraka.
Ketuklah pintu Allah swt untuk bertaubat dan kembali kepadaNya dengan penuh harap dan takut tidak diterima olehNya. Inilah masanya untuk kembali kepadaNya. Kalau tidak, bila lagi???...🙂
Rujukan:
Kelebihan bulan Ramadan oleh Yusuf AlQardawi. Penerbit: Salafi, Kuala Lumpur.
Nota:
Semoga segala amal soleh yang dilakukan pada bulan Ramadan akan tetap berterusan (istiqamah) sehingga kita bertemu dengan Allah swt. Ameen.
Yuzita
Alhamdulillah....
ReplyDeleteIt is nice to see a dear friend got back to work. Take care... YMY
Jujie dear,
ReplyDeleteIt's me Salina...a good one! Enjoy reading your posts...
Semoga Ramadhan ini yang terbaik dari yang sudah2. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Sama-sama kita mohon keampunan drNya dan bebas dr siksa nerakaNya. Norly
ReplyDeleteSalam to all,
ReplyDeletesedih... Ramadan akan berlalu pergi sebentar lagi. Pelbagai ujian dilalui yang menguji kesabaran, keimanan, ukhwah,... Semoga Allah mengurniakan keampunanNya kepada kita semua. Ameen.
- Jujie