Wednesday, February 18, 2026

TAMAN CRYSTAL😍😘🥰

Salam all,


👆Sebahagian dpd Taman Crystal at my Ixora apt😀❤️


أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلطَّيْرُ صَٰٓفَّٰتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُۥ وَتَسْبِيحَهُۥ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ
👆Surah an-Nur ayat 41:

" TIDAKKAH ENGKAU MENGETAHUI BAHAWASANYA ALLAH (YANG MAHA ESA DAN MAHA KUASA) SENTIASA BERTASBIH KEPADANYA SEGALA MAKHLUK YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI SERTA BURUNG2 YANG TERBANG BERBARIS DI ANGKASA? MASING2 SEDIA MENGETAHUI (MENURUT KEADAAN SEMULAJADINYA) AKAN CARA MENGERJAKAN IBADATNYA KEPADA ALLAH DAN MEMUJINYA; DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG MEREKA LAKUKAN ".

  1. Dalam ayat ini...Allah SWT bertanya kepada manusia tidak kah kamu tahu bahawa segala makhluk yang ada di langit dan di bumi, semuanya sentiasa bertasbih memuji dan mengagungkan Nya... mensucikan Allah swt dari segala kekurangan dan kelemahan ???
  1. Segala makhluk ini termasuk dari kalangan malaikat, manusia & jin yang beriman, haiwan seluruhnya serta burung2 yang berterbangan, tumbuh-tumbuhan, segala benda yang berakal atau tidak berakal, yang jumud (kaku tidak bergerak) seperti pokok, batu, kayu dan lain-lain.
  1. Tentang semua bertasbih ini ulama’ tafsir Ibnu Juzair RHM berkata : Ia adalah membersih dan mengagungkan Allah swt : (i) Makhluk yang berakal seperti manusia akan berkata: Subhanallah dan zikir-zikir seumpamanya. (ii) Manakala bagi benda yang tidak berakal seperti haiwan, burung, pokok, batu, kayu dan lain2 pula...majoriti ulama’ berkata ialah adalah tasbih secara hakiki jua, mengikut cara atau suara mereka, sebagaimana yang Allah swt ilhamkan kepada mereka. Kita saja yang tidak tahu dan tidak memahaminya
  1. Kita serahkan semua ini kepada Allah swt yang telah berfirman : "Dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka". (Al-Isra’ ayat 44)
  1. Serta burung2 yang terbang berbaris di angkasa juga satu tanda keajaiban dan kekuasaan Allah swt sebagaimana firman Nya : "Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung2 itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap2 sesuatu". (Al-Mulk 67:19)
  1. Semuanya makhluk ini masing2 sedia mengetahui menurut keadaan semulajadinya akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah swt dan memuji Nya.
  1. Allah Maha Mengetahui akan apa (cara dan bagaimana) ibadat yang makhluk2 Nya (termasuk kita) lakukan.

Ada yg bertanya kpd I mengapa minat sgt dgn batu2 crystal ni ???🤔 

I jawab : Batu2 crystal adalah makhluk ciptaan Allah swt yg sentiasa bertasbih, memuji dan mengagungkan Nya...mensucikan Allah SWT dari segala kekurangan dan kelemahan.

... dan I rasa sgt senang hati & ceria melihat & menyimpan batu2 crystal ini dlm apt I sebagai suatu koleksi...my own "Taman Crystal " 🥰. Boleh join sama dgn batu2 crystal ini sekali memuji, mengagung dan mensucikan Allah swt (wpun I tak "dgr" zikir mereka tapi I tau wujud sbb Allah swt says so)...❤️😀


SELAMAT BERPUASA START ESOK & SEMOGA MEMPEROLEHI TAQWA...

AMEEN YRA🤲


YUZITA❤️PALESTINE

No comments:

Post a Comment