Tuesday, November 18, 2025

HIBURAN, NYANYIAN & MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM 😀❤️🌷

Salam all,

Dinyatakan bahawa adalah keharusan utk tarian berdasarkan kpd hadis dpd Aisyah ra spt berikut:

“Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi saw memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”

(Riwayat Muslim)

 

🙂MUZIK DLM SEJARAH ISLAM... :

Sabda Baginda saw:

"Sesungguhnya Allah swt itu cantik dan suka akan kecantikan."

(Riwayat Muslim)

Muzik merupakan sejenis seni yg menzahirkn kecantikan dan kehalusan...seterusnya menghasilkn **ketenangan didlm hati. Mengikut sejarah Islam terdpt dua nama yang amat sinonim dgn muzik iaitu 🌷Abu Nasr al-Farabi dan 🌹Ziryab.

🌷Abu Nasr al-Farabi ialah seorg ahli falsafah terkemuka dunia yg terkenal dengan kitabnya yg berjudul Kitab al-Musiqi al-Kabir. Dlm kitab ini, beliau menjelaskan prinsip2 falsafah tentang muzik dan kesannya terhadap manusia. Beliau sepertimana ahli falsafah yg terdahulu mengkelaskan muzik sebagai salah satu dpd ilmu2 matematik. Beliau turut menulis satu makalah berjudul Meanings of the Intellect...yang menjelaskan tentang terapi muzik serta **kesan2 positif terapi muzik terhadap jiwa manusia.

Terdapat byk kisah yang masyhur mengenai kehebatan beliau mengalunkan muzik yg boleh membuatkan pendengar menangis, tertawa bahkan tertidur dalam satu majlis yang sama.

🌹Sejarah Islam juga mengenali nama Ziryab, atau nama sebenarnya Abu al-Hasan ‘Ali ibn Nafi’, yg merupakan ketua ahli muzik di Istana Cordoba. Beliau dilahirkan pada tahun 789M di Iraq. Guru muziknya, Ishaq al-Mawsili iaitu pemuzik handal dpd Baghdad yg merupakan ahli muzik kegemaran Khalifah Harun al Rashid. Dikatakan bahawa beliau menguasai lebih 1000 buah lagu dan merupakan seorg komposer lagu yg amat handal. Lagu dan irama muzik beliau mempunyai simbolik yg tersendiri dan bukan semata2 sekadar bunyi-bunyian yang kosong dpd makna.

Beliau juga telah menubuhkan kolej muzik pertama di dunia, yang mengajar antara lainnya komposisi muzik genre harmoni. Sumbangan beliau kepada muzik diiktiraf di seluruh dunia dan dikatakn telah mencetuskan revolusi pada zamannya dpd sudut kaedah muzik zaman pertengahan, gaya hidup dan fesyen.

🙂DALIL2 KEHARUSAN MUZIK DAN NYANYIAN :

Hadith daripada ‘Aisyah ra, dia berkata:

"Aisyah ra mempersiapkan seorg wanita utk dinikahi seorg lelaki. Rasulullah saw pun bersabda: “Wahai ‘Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dlm majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan".

Sahih al-Bukhari (5162)

Hadith daripada Anas bin Malik ra :

"Sesungguhnya Nabi saw berjalan di sekitar Madinah al-Munawwarah, dan Baginda saw melihat beberapa orang gadis memukul gendang sambil menyanyi: Kami gadis dari Bani Najjjar, betapa bertuahnya memiliki jiran seperti Muhammad. Nabi saw pun bersabda: Allah swt mengetahui betapa aku sangat mencintai kalian.

Sunan Ibn Majah (1899)

Dalil2 di atas membuktikan muzik (dan hiburan (termasuk tarian) juga) bukanlah haram semata2 di kaca mata Islam. Sekiranya muzik diaplikasikn dgn cara berhikmah ia merupakan suatu yg menghasilkn kesan2 positif terapi muzik terhadap jiwa manusia.

Contoh :

Artikel yg sy tulis dlm blog sy :

DR. YUZITA YAACOB: CLASSICAL MUSIC TOWARDS REMEMBERANCE OF ALLAH SWT 😊❤️🌷

https://share.google/7hJoQe6iPtVQY147e

👆Sejujurnya kadang kala sy menggunakn classical music (i.e., zikir + doa and at the same time listening to classical music) sebagai terapi kpd kegelisahan di hati sy apabila mengingatkan keadaan penderitaan menimpa our brothers n sisters di Gaza.


YUZITA❤️PALESTINE


No comments:

Post a Comment