Monday, June 24, 2024

MY MAS KAHWIN πŸ˜€❤️🌷

Salam all,


Don't ask me why I chose surah Ar-Ra'd: 18-29 as my mas kahwin...I also don't know why πŸ€”...??? 

Perhaps becoz at that time (when I was asked what I want for my mas kahwin)...I was reading surah Ar-Ra'd and I was busy preparing for a v important exam on Monday (my marriage ceremony is on Saturday) n also I haven't finish writing my research paper yet n I need to prepare for my viva which was just around the corner...πŸ˜‡πŸ€¦‍♀️. So I think at that time...these verses (Ar-Ra'd: 18-29) suit me well...verses of Allah swt that I can rely upon when facing tribulations in this world...the key words are...SABAR & ZIKRULLAH😊.


Surah Ar-Ra'd: 18-29 :

A018

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

(Ar-Ra'd 13:18
A019

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Ar-Ra'd 13:19
A020

Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -

(Ar-Ra'd 13:20
A021

Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -

(Ar-Ra'd 13:21) |
A022

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

(Ar-Ra'd 13:22
A023

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -

(Ar-Ra'd 13:23
A024

(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

(Ar-Ra'd 13:24

A025

Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

(Ar-Ra'd 13:25
A026

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

(Ar-Ra'd 13:26
A027

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, -

(Ar-Ra'd 13:27)  
A028

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Ar-Ra'd 13:28
A029

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.

(Ar-Ra'd 13:29



But now...I realize I have made a v good decision (with the help of Allah swt) for choosing these verses as my mas kahwin...these verses (like any other verses in the Quran) guide me when I need help the most in this life...SABAR & ZIKRULLAH...❤️πŸ˜ŠπŸ‘

πŸ‘‡ Recitation of Ar-Ra'd: 18-29 :


** ZIKRULLAH...bermakna "mengingati Allah swt"...bukan setakat mengingati Allah swt dgn mengucapkn zikir subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar, solat, puasa, sedeqah, etc...tetapi boleh juga...sebagai contoh...dgn melihat keindahan ciptaan Allah swt n mengkagumi ciptaan Nya dan mengingati bahawa Allah swt ada lah Maha Pencipta n tiada siapa pun di dunia ini dpt mencipta spt Allah swt ciptai...juga dianggap sebagai ZIKRULLAH 😊

Sebagai contoh :















Waterfalls πŸ˜€:








☝️ My dear SHSU friend, Sue vacation di Iceland.
Tqvm Sue πŸ˜€❤️...for the pics n videos.
 
MashaAllah...dgn ciptaan Mu, ya Allah !!! 😊😍
 


Yuzita❤️Palestine

8 comments:

  1. K. Zid wrote :

    Alhamdulillah. Allaah jua yg pemberi taufiq Dan hidayah kpd hamba2 nya yg yerpilih. Syukur kpd ya yg tela me beri petunjuk jalan yg benar. Moga kekal hingga ke Jan ah.

    ReplyDelete
  2. Halimah wrote :

    Alhamdulillah..πŸŽ€πŸ’

    ReplyDelete
  3. Bada wrote :

    MasyaAllah, k jujie nikah kt us ke, dh x ingt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuzita wrote :

      Ye....ingatx masa bada dtg rmh kak.jujy...I tgh pregnant.
      Tp nk masak jugak utk bada n family.
      Siap ikat kain kat muka...mcm zorroπŸ˜‚
      Masa I nikah...u xkenal sgt dgn I...kita kan lain campus...

      Delete
    2. Bada wrote :

      Aah, ingt sangt πŸ˜„,
      Ustaz muhaimin ada juga masa tu

      Delete
    3. Yuzita wrote :

      Sweet memories😊
      ❤️❤️❤️

      Delete
  4. Salina wrote :

    Masyallah, subhanallah, Allahuakbar...Allah Maha Pencipta..such a beautiful and magnificent creation..❤️❤️❤️

    ReplyDelete