Tuesday, October 4, 2022

LUQMANUL HAKEEM

Salam all,


Luqmanul Hakeem merupakan insan teramat istimewa yang disebut oleh Allah swt di dalam Quran menerusi surah Luqman (surah ke 31 mukasurat 411) yg mengisahkn mengenai tujuh nasihat yg ditujukan oleh beliau utk anaknya.

Beliau merupakn seorang hamba abdi berkulit hitam yg berasal dari Afrika. Walau pun xmempunyai rupa, harta n pangkat...namun di sisi Allah swt beliau adalah tersangat mulia (sehingga terdpt satu surah di dlm Quran bersempena dgn nama beliau😊).

Luqmanul Hakeem...seorg yg sgt2 diredhai oleh Allah swt...💚🧡❤️

Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat, suka memberikan nasihat dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.

Luqman mendapat gelaran "Al-Hakeem" kerana kebijaksanaan dan kata2 hikmah yang sering keluar dpd mulut beliau. 

Kisah beliau menasihati anaknya telah disemadikan oleh Allah swt di dalam Quran utk tatapan umat Islam sepanjang zaman...


👇Tujuh nasihat Luqmanul Hakeem yg penuh dgn hikmah utk anaknya🤗🥰:

🌷Nasihat 1: Tidak Mempersekutukan Allah

“Dan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Surah Luqman ayat 13)


🌷Nasihat 2: Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa

“Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”

(Surah Luqman ayat 13)


🌷Nasihat 3: Menolak Ajakan Ibu Bapa Dengan Cara Yang Baik Jika Bertentangan Dengan Syariat Islam

“Dan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah Luqman ayat 15)


🌷Nasihat 4: Allah SWT Akan Membalas Setiap Perbuatan Kita Walau Sekecil Zarah

“Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.”

(Surah Luqman ayat 16)


🌷Nasihat 5: Melaksanakan Solat, Amar Makruf Nahi Mungkar Dan Sabar Hadapi Ujian

“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”

(Surah Luqman ayat 17)


🌷Nasihat 6: Tidak Sombong Dan Angkuh

“Dan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”

(Surah Luqman ayat 18)


🌷Nasihat 7: Bersederhana Dan Elokkan Percakapan

“Dan, sederhanakanlah dalam berjalan (tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya, seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

(Surah Luqman ayat 19)


Semoga nasihat Luqmanul Hakeem utk anaknya turut menjadi pengajaran dan panduan berguna utk para ibu bapa dalam mendidik dan membentuk diri anak2 (atau cucu2😄) pada masa kini...utk mencapai redha Allah swt.

Ameen yra🤲🥰💛


Sifat2 Luqmanul Hakeem:

🌷1. Jujur

🌷2. Tetamu dihormati

🌷3. Kemaluan dijaga

🌷4. Perkara yg membuang masa ditinggalkn

🌷5. Pandangan dijaga

🌷6. Lisan dijaga

🌷7. Makan makanan halal

🌷8. Janji ditunaikn

🌷9. Jiran diperhatikn

🌷10. Bersyukur selalu


Luqmanul Hakeem:

“Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”


Yuzita🤗❤️🌷

11 comments: