Sunday, September 26, 2021

KOMPUTER ALGEBRA DALAM PENDIDIKAN🌷❤️

Salam semua,


Era globalisasi dalam abad ini menuntut pelajar supaya berdaya saing, bijak berkomunikasi serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (KPBM) dan kemahiran generik perlu dijana di peringkat sekolah lagi untuk membentuk insan berketrampilan agar dapat memenuhi pasaran pekerjaan samada di dalam atau luar negara.

Pada tahun 2019 Malaysia berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) apabila julung kalinya memperolehi skor melebihi 700 (aras tertinggi) dalam subjek matematik dan sains iaitu 25 paperTIMSS dan 65 eTIMSS untuk subjek matematik manakala 13 paperTIMSS dan 23 eTIMSS untuk subjek sains. Skor purata subjek matematik untuk paperTIMSS meningkat lapan mata kepada 473 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015 tetapi menurun empat mata kepada 461 (aras rendah) untuk eTIMSS. Skor purata subjek sains menurun dua mata kepada 469 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015. Skala pencapaian TIMSS 2019 bagi sains dan matematik ditetapkan kepada aras tertinggi dengan skor 625, aras tinggi (550), aras sederhana (475) dan aras rendah (400). 

Kajian TIMSS 2019 dilaksanakan dari 16 Oktober hingga 1 November 2018 membabitkan 1,560 pelajar tingkatan dua bagi paperTIMSIS dan 8,077 pelajar tingkatan dua bagi eTIMSS (Star online, 9 Disember 2020).

Hasil dapatan TIMSS 2019 digunakan sebagai panduan untuk merumus strategi menambah baik pelbagai program dan initiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengambil kira kejayaan pelajar di pelbagai peringkat serta teknik dan kaedah penyampaian guru dalam bilik darjah (Star online, 9 Disember 2020). KPM berhasrat untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dalam tempoh lima belas tahun akan datang (Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia 2015). 

Bentuk soalan dalam ujian TIMSS bagi subjek matematik dan sains lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah yang memerlukan KBAT seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar mengaplikasi (Zuriawahida 2016). Justeru itu anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia bertaraf dunia dengan merombak semula sistem peperiksaan dan penilaian bagi memberi tumpuan terhadap KBAT (Zuriawahida 2016).

Projek penyelidikan “Computer Algebra System - Critical Thinking” (CAS - CT) ini bertujuan untuk meningkatkan KBAT dengan memfokus kepada pemikiran kritis melalui KPBM dengan mengguna pakej simbolik berasaskan teknologi Sistem Algebra Komputer (SAK). Pakej simbolik ini dinamakan sebagai i-phys 2.0 yang merupakan kesinambungan dan peningkatan terhadap pakej simbolik i-phys (Hazlina 2014). Fokus bidang pembelajaran i-phys 2.0 ialah fizik (Daya dan Gerakan) untuk pelajar tingkatan empat di Malaysia. 

Model pembelajaran yang digunakan untuk membangun i-phys 2.0 ini ialah Taksonomi Bloom (rujuk Rajah 1). Satu pendekatan pembelajaran baharu juga diperkenalkan untuk menyokong pemikiran kritis dengan menggunakan ciri-ciri konsep pedagogi SAK iaitu interaktiviti, visualisasi, eksperimentasi, teknik langkah demi langkah dan kepelbagaian perwakilan.

Pakej pembelajaran berintegrasikan SAK amat bersesuaian untuk memahami masalah fizik kerana berupaya mempamer masalah matematik dalam bentuk simbolik, mempersembah dalam bentuk grafik 3D, animasi, simulasi dan memplot graf dengan amat jelas dan menarik (Radian dan Alexandra 2009). 

Penerapan ciri-ciri konsep pedagogi SAK dalam pemahaman konsep fizik adalah amat wajar kerana menurut Yuzita (2007, 2010) ciri-ciri tersebut menyediakan kepelbagaian perwakilan (i.e., animasi, simulasi, grafik, numerik dan simbolik) hasil daripada pelbagai nilai input daripada eksperimentasi dan eksplorasi yang dijalankan oleh pelajar. Hal tersebut penting kerana secara tidak langsung dapat membantu dalam proses perkembangan kognitif pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dalam memahami sesuatu konsep fizik.

Rajah 1:



** 👆Pendidikn di msia utk jd spt dlm gambr di atas tu...ntah bila ye...😊

** 👇Kaedah Pendidikan Berasaskan Masalah (KPBM) memotivasi perbincangan dalam kumpulan (spt gambar di bawah) yang berupaya menjana kemahiran generik. Teknologi SAK amat wajar diguna oleh para pelajar dlm menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerana teknologi tersebut memudahkan eksplorasi dan eksperimentasi dijalankan. Ini secara langsung dpt meningkatkan pemikiran kritis.



Yuzita ❤️🌹😊

12 comments:

  1. Zue wsp:

    Byk bergantung kpd dasar pendidikan negara jugak.

    ReplyDelete
  2. Tajul wsp:

    Ituleh..sistem pendidikan asyik tukar..tiap kali tukar menteri, sistem pendidikan tukar.

    ReplyDelete
  3. K.Zid wsp:

    Insyaa Allah suatu hari yg ditentukan Allah. Doa je.

    ReplyDelete
  4. Sue SHSU wsp:

    System pendidikan Malaysia tak ikut current demand of the world

    ReplyDelete
  5. Ustzh Nita wsp:

    Ya Allah, Ya Mujib
    Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Boleh pn tp kerajaan kena sediakan kemudahan ipad mcm dlm gambar tu sbb kebyakan pelajar dari golongan ibu bapa berpendapatan sederhana. Bila dah laksana yg tu insyaAllah.mungkin dlm 10 tahun lg sbb malaysia mmg agak ketinggalan. Kita tak termasuk negara maju lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 👆Dpd Khairina Atika...pelajar phd yg sedang membuat penyelidikn dlm projek CAS-CT ni...dgn tajaan Zamalah Ukm (utk yuran saje).

      Sy setuju mengenai kemudahan tu...mesti disediakn dulu oleh krajaan utk yg xberkemampuan...tp nk tgu sampai 10 thn lg...i think it is too long😄

      Salam❤️

      Delete
    2. 👆Dpd Khairina Atika...pelajar phd yg sedang membuat penyelidikn dlm projek CAS-CT ni...dgn tajaan Zamalah Ukm (utk yuran saje).

      Sy setuju mengenai kemudahan tu...mesti disediakn dulu oleh krajaan utk yg xberkemampuan...tp nk tgu sampai 10 thn lg...i think it is too long😄

      Salam❤️

      Delete
  7. Wsp Dr Hazlina (my former phd studnt):

    Xtahu la bila😅

    Sampai skrg belum ada lg yg buat PhD mcm thesis saya😆

    Byk development..using 3 programming languages

    ReplyDelete
  8. Wsp Sabrina:

    walaikumsalam k jujie. talented k jujie. tulisan tuh tak hantar mana2 ke ka jujie?

    Kak jujie jwb:

    InshaAllah...htr😂

    ReplyDelete
  9. Wsp Rahmah...my former phd stud:

    InshaaAllah satu hr nnti dr

    ReplyDelete