Friday, September 13, 2024

HINA PM MALAYSIA YAB DSAI

Salam all,


Riwayat dpd Tirmizi dan Ahmad bahawa Rasulullah saw bersabda : 

"Dan berakhlaklah dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik."

Manusia diciptakan oleh Allah swt dgn sebaik2 kejadian dan kemudian terpulanglah kpd manusia tersebut utk  melengkapi dirinya dgn akhlak baik atau sebaliknya. 

Terdapat sebahagian manusia yg suka mengejek, memalu atau menghina seseorg individu dari segi cara percakapan dan penampilan dan mentertawakn kekurangan individu tersebut. 

Ejekan dgn mengayakn tubuh, penghinaan dgn bahasa yg tidak enak didengar oleh telinga dan ini...tidak memperlihatkan kelakuan peribadi seorg muslim yang baik. 

Peliharalah akhlak kita (samada lelaki atau perempuan) kerana percakapan mencerminkan apa yang terdapat di dlm hati kita. Hati yg baik akan menuntun lidah utk menuturkn perkataan2 ke arah kelembutan dan kebaikan. 

Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kpd rupa kamu, tidak kpd keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kpd hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu."

(Hadis riwayat Muslim)


Teguran bukanlah menjadi kesalahan tetapi tegurlah seseorang individu itu dgn penuh hikmah dan niat semata2 utk menjadikannya lebih sempurna.  

Imam Ibnul Qayyim RH menjelaskan bahawa hakikat adab dalam Islam adalah mengamalkan akhlak yang baik. Adab merupakan refleksi dpd kesempurnaan yang ada dalam tabiat seseorang dari segi perkataan hingga perbuatan. 

Adalah suatu keuntungan yg besar jika kita dpt terus menjaga akhlak baik dgn orang di sekeliling kita dan dijauhkan dpd sifat2 buruk yg boleh mempengaruhi akhlak kita. 

Jadilah DJ yg tanpa jemu menebarkan "kebaikan" dan menggalakkan berfikiran positif dlm apa jua keadaan...kerana itu adalah sumber kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman hati yang sebenarnya...


'Boleh rujuk dgn Media Prima - Fahmi :

https://harapandaily.com/2024/09/11/boleh-rujuk-dengan-media-prima-fahmi/


🌷Kata2 nasihat dpd Khalifah Ali bin Abi Talib ra & Khalifah Umar Al- Khattab ra...utk di jadikan panduan kita bersama :




🌷Akhir sekali...😊:




Yuzita❤️Palestine

4 comments: