Tuesday, July 9, 2024

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM 😀❤️🌷

Salam all,

HARI INI : 3 MUHARRAM 😀❤️🌷

Firman Allah swt :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)


Rasulullah saw menjelasan berkenaan empat bulan haram tersebut dgn sabda baginda :

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

Riwayat al-Bukhari (184)

 

🌷 Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram

Di antara amalan soleh yang sgt digalakkan utk umat Islam lakukan pd bulan Muharram adalah dgn memperbanyakkan berpuasa sunat.

Rasulullah saw bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

Riwayat Abu Daud (2429)

Seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah saw tentang bulan apakah yg Rasulullah saw perintahkan utk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda saw :

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ 

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

Riwayat al-Tirmizi (741)


🌷 Kelebihan puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

Rasulullah saw bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)

 

Riwayat dpd Abdullah Ibn Abbas ra :

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏ مَا هَذَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

Riwayat al-Bukhari (2004


🌷 Perintah Berbeza dgn puasa org Yahudi

Walaupun digalakkan berpuasa pd 10 Muharram tetapi kita juga turut diperintahkn utk membezakn puasa golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. 

Nabi saw bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Riwayat Ahmad (2154)

 

Juga Nabi saw bersabda :

 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).

Riwayat Muslim (1134)


Manakala mengikut pendapat S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (11 Oktober 2016 bersamaan 10 Muharram 1438H) cara terbaik serta paling lengkap utk melakukannya adalah sebagaimana disebut oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) seperti berikut :

♦️Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya (i.e., 9,10 &11 Muharram) .

♦️Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.

♦️Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

 

Di Malaysia disarankan utk sunat berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari ‘Asyura (10 Muharram) dengan tujuan untuk berbeza dengan golongan Yahudi. 

Walau bagaimana pun...sekiranya terdapat masalah kesihatan atau sebagainya tidak menjadi kesalahan utk berpuasa pd 10 Muharram sahaja (mengikut pendapat imam Ibn Qayyim)....better to do something than nothing kannn???😀

Selamat beramal soleh di bulan Muharram yg mulia ini...dan smoga segala amalan kita diterima Allah swt &  memasukn kita ke dlm syurga Fidaus Nya. Ameen yra.🤲


Yuzita❤️Palestine

7 comments: