Monday, October 31, 2022

REBUT PELUANG INI !!! ๐Ÿฅฐ

 Salam all,


Jom kita sama2 bayangkan senario ini... : Katakan dgn secara tiba2 (atas takdir Allah swt)...Allah swt mencabut nyawa kita dgn meninggalkn anak2 kita yg masih kecil...๐Ÿ˜ฅ

Anak2 kita kemudiannya digelar sebagai anak2 yatim piatu dgn kematian kita...

Sudah pasti anak2 kita akan merasa kehilangan yg teramat besar...kehilangan yg menghasilkn suatu kejutan iaitu tiada lagi tempat bergantung hidup, tempat mengadu, mendapat kasih sayang sejati...dsb.

Sekiranya ada pengganti sekali pun...tidak akan serupa dgn kesaratan kasih sayang yg diberikan oleh kita iaitu sebagai ibu dan bapa kandung mereka. Hati sudah pasti terusik...kenangan bertandang...apabila melihatkan kanak2 lain gembira bersama2 dgn ibu dan bapa mereka...๐Ÿ˜”

Sanggupkah kita membiarkan anak2 yatim ini terkapai2 begitu saja? Utk org2 yg beriman kpd Allah swt...anak2 yatim ini merupakan lubuk berharga utk merebut peluang bagi mendpt ganjaran limpahan pahala yg sgt besar dan redha Allah swt. 

Nabi Muhammad saw berpesan kpd kita utk menjaga dgn baik kebajikan anak2 yatim ini dgn mencukupkn keperluan hidup mereka spt tempat berlindung, makan, pakai, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.


Antara kelebihan mencintai anak yatim :

๐ŸŒท1. Tergolong dlm amalan soleh

Surah Al-Baqarah ayat 220 :

“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak2 yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak2 yatim itu amat baik bagimu.” 

Memperbaiki di sini bermaksud bersikap dermawan kpd anak2 yatim, melayan mereka dgn akhlaq mulia dan menjamin keperluan kehidupan mereka.


๐ŸŒท2. Allah swt menyukai hamba2Nya yg dermawan

Surah Al-Baqarah ayat 215 :

"Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan.

Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkn hendaklah diberikn kpd ibubapa, kaum kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, dan org2 yg sedang dlm perjalanan.

Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya.” 

Allah swt menyukai nafkah yang diberi utk anak yatim kerana hal tersebut menjadi sebab musabab kemuliaan diri seseorang di sisi Allah swt.


๐ŸŒท3. Jaminan Syurga

Org2 beriman yg mencintai dan menyantuni anak yatim...Allah swt menjanjikn mereka syurga :

Rasulullah saw bersabda :

"Aku dan org yg menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini...

Kemudian Rasulullah saw mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah, serta agak merenggangkan keduanya.” 

(Riwayat Bukhari).


๐ŸŒท4. Jauh dpd azab Allah swt

Rasulullah saw bersabda :

“Demi Allah yang mengutusku dgn kebenaran, di hari kiamat Allah swt tidak akan mengazab org yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah kpdnya, serta manis tutur katanya.

Dia benar2 menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yg diperoleh dpd Allah.” 

(Riwayat Thabrani).


๐ŸŒท5. Keperluan hidup dipenuhi oleh Allah swt

Bukan hanya dijanjikan dgn pahala yg melimpah ruah dan masuk ke dlm syurga, org2 Islam yg mengurus anak yatim dgn bersungguh2 juga dijanjikan bahawa Allah swt akan memenuhi keperluan hidup mereka.

Allah swt juga akan melipat gandakan rezeki bagi org2 yang menyantuni anak yatim.

Surah Al-Fajr ayat 15-17 :

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” 


๐ŸŒท6. Memperbaiki urusan dunia dan akhirat

Apabila seseorg sentiasa mengasihi sesama yg berada di muka bumi...niscaya dia juga akan dicintai oleh Allah swt.

Sehingga apa pun urusannya di dunia (i.e., yg menyukarkn hidupnya) dan juga di akhirat akan diperbaiki oleh Allah swt.

Janji Allah swt :

“Org2 yang pengasih akan dikasihi oleh Ar Rahman (Yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada dibumi niscaya engkau dikasihi oleh yang di langit.” 

(Riwayat Abu dawud dan Tirmidz).



Allah swt memberi kedudukan yg tinggi kpd anak2 yatim dgn memerintahkn umat Islam utk berbuat baik dan memuliakn mereka.

Bahkan org2 Islam yg melakukan perbuatan terpuji tersebut akan diberi balasan dgn limpahan pahala yg sgt besar oleh Allah swt. 

Oleh itu...beristiqamah lah kita dlm menyayangi dan menyantuni anak2 yatim di mana saja pun mereka berada...semata2 utk memperolehi redha Allah swt...inshaAllah.

Rebutlah peluang ini (selagi nyawa masih dikandung badan) !!!

๐Ÿ‘Œ๐Ÿค—๐Ÿฅฐ


*** Kalo nk buat sumbangn...sumbanglah dgn seikhlas hati...beberapa yg nk...xkisah brapa pun๐Ÿ˜Š. Rm1 bg yg xberkemampuan adalah sama dgn rm1 juta bg sorg jutawan...inshaAllah๐Ÿ˜„

Yg pentg skali Allah trima sumbgn kita๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘


*** ๐Ÿ˜‚Ada yg berkata kpd sy..."rajinnya tulis blog"...jadi sy minta Ust Azhar Idrus tlg jawab kan bagi pihak sy ๐Ÿ˜„:

https://youtube.com/shorts/nbMP41nCQqM?feature=share



Yuzita❤️๐Ÿงก๐Ÿ’š

No comments:

Post a Comment