Projek yang saya utarakan di sini adalah bertujuan untuk membina suatu pakej simbolik pendidikan menggunakan SAK yang merangkumi dua aspek utama :
(1) Reka bentuk pembangunan pakej berasaskan konsep pedagogi SAK iaitu : (a) interaktiviti (b) visualisasi (c) eksperimentasi (d) teknik langkah demi langkah (e) kepelbagaian perwakilan dan (f) prinsip kotak putih / kotak hitam.
(2) Menguji kebolehgunaan pakej berasaskan tiga atribut iaitu : (a) keberkesanan (b) kebolehbelajaran (c) kepuasan.
Setiap atribut diterapkan konsep pedagogi SAK.
Kaedah analisis data :
(a) Ujian korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian
(b) Ujian-t untuk melihat perbezaan skor ujian setelah menggunakan pakej.
(c) Analisis regresi berganda untuk melihat kesan ketiga-tiga atribut terhadap skor ujian setelah menggunakan pakej.
Analisis data dilaksana dengan menggunakan perisian SPSS untuk menghasilkan dapatan kajian.
Nota :
Projek seperti dinyatakan di atas telah berjaya dilaksanakan oleh Hazlina Awang Lah pada 2014 dengan tajuk "Pakej Simbolik Pendidikan Fizik (i-phys) Berasaskan Sistem Algebra Komputer" (Tesis Doktor Falsafah, UKM).
Alhamdulillah🙂🤲.
Tahniah Dr Hazlina !!! 🙂❤️
* Sesiapa yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam "postgrad studies (Master / phd)" dalam bidang Komputer Algebra bolehlah menghubungi saya🙂.
Bidang yang ditawarkan : "Computer Algebra in Education or Computer Algebra in Industry (choose your own targeted industry)" 🙂.
⭐Nota penting :
Kalau nak cuba main2 dgn Mathematica...boleh muat turun trial installation dari :
https://www.wolfram.com/mathematica/trial/
The trial license is good for 15 days.
Yuzita
Salam jujy
ReplyDeleteWsalam...
ReplyDelete