Sunday, July 19, 2020

AMALAN PALING BAIK...

Salam to all, 

Surah Al Mulk ayat 2: "...kerana Dia (Allah) yang akan menguji kamu, manakah di antara kamu yang amalannya paling baik. Dan Dia adalah Maha Perkasa dan Maha Pengampun". 

Menurut Prof Dr. Hamka di dalam Tafsir Al Azhar (juzu' 29-30) amalan yang paling baik, biar pun sedikit, bukan amalan yang banyak tetapi tidak bermutu. Maka jangan beramal hanya kerana mengharapkan banyak bilangan (kuantiti) tetapi beramallah yang bermutu tinggi walaupun sedikit (kualiti). 

Sifat Allah Al 'Aziz (Yang Maha Perkasa) dijelaskan bahawa Allah tidak boleh dipermain-mainkan. Di hadapan Allah tidak boleh beramal dengan separuh hati dan ragu-ragu. Melainkan kerjakan dengan bersungguh-sungguh, hati-hati dan penuh disiplin. Kerana kalau tidak demikian, Allah akan murka... 

Tetapi Allah juga mempunyai sifat Al Ghafur (Maha Pengampun) atas hambaNya yang tidak sengaja melanggar hukumNya dan selalu berniat berbuat amalan yang lebih baik tetapi tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk mencapai yang lebih baik itu. Pada waktu itulah Allah menunjukkan belas kasihanNya kerana Allah tidak memberati seseorang kecuali sekadar kesanggupan yang ada padanya (Al Baqarah: 286)❤️. 

Di dalam surah Al Kahfi ayat 46: "Harta dan anak2 adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan yang kekal (istiqamah) lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan (bila bertemu dengan Allah kelak).

Oleh itu amalan yang paling baik hendaklah memenuhi syarat: 1. Berkualiti (bermutu tinggi) biarpun sedikit.  2. Istiqamah (consistent).

Jangan jadi seperti peribahasa Melayu: "Hangat2 tahi ayam". Sebagai contoh: Solat tahajjud 14 rakaat selama sebulan...lepas tu xbuat dah...😀.

Ingat...Allah xakan sama sekali jemu melainkan kita yang jemu 🙂❤️.



Yuzita

No comments:

Post a Comment