Salam all,
❤️ Baru2 ni I diuji lagi dgn sakit...demam actually...yg xpernah di alamai sepanjang my life...menggigil2 sepanjang malam...wpun Zamdan selimutkn I dgn dua selimut...panas giler berpeluh2. Ubat pun xmenjadi...Allahuakbar !!!🫠
SRI IXORA APARTMENT, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA yuzitayaacob.blogspot.com
Salam all,
Salam all,
Nabi Muhammad saw menggalakkan kita berpuasa pada setiap pertengahan bulan Islam.
Berpuasa pada Hari Putih (i.e., ayyamul bidh) bermaksud berpuasa pada hari bulan mengambang iaitu pada setiap hari ke 13, 14, dan 15 di pertengahan bulan Islam. Pada waktu ini cahaya bulan sangat terang-benderang (i.e., waktu bulan purnama)👇.
(Puasa sunat hari putih dlm bln Zulhijjah hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 Zulhijjah saja kerana pada 13 Zulhijjah (i.e., hari tasyrik) adalah haram berpuasa).

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala
Hadis dpd Qatadah bin Milhan ra:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah saw menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
(Riwayat Abu Daud, No. 2449)
Puasa sering dikaitkan dengan tips mudah untuk diet (i.e., mengurangkn berat badan).
Berdasarkan kajian saintifik, puasa membantu mengawal diabetes, mengurangkan tekanan darah, mencegah kencing manis, mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, mengurangkan simptom penyakit pencernaan (GERD) dan meningkatkan daya tumpuan otak.
Matlamat utama puasa adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Orang berpuasa tergolong dlm golongan yang tidak ditolak doanya. Rasulullah saw bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, No.1752, Hadis Hasan)
Mereka yang berpuasa hanya dibenarkan makan & minum pada waktu sebelum Subuh dan bermula awal malam (i.e., waktu Maghrib). Ini bermakna kita hanya makan 2x sehari semalam 👍😀 (Jgn pulak makan xhenti2 lepas bukak pose🤣😂...)
Semoga Allah memudahkan kita mengamal puasa hari putih dlm mencari keredhaanNya🙂.
Ameen yra🤲
Yuzita😀❤️🌷
Salam all,
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut meninjau di kaunter Imigresen KLIA mengakui unsur rasuah di KLIA membabitkan pegawai penguatkuasa masih berlaku tetapi ianya adalah satu ‘budaya lama’ yang masih diteruskan oleh hanya segelintir pegawai penguatkuasa". (MalaysiaGazette Julai 9, 2023)
🤔Rasuah di KLIA 'budaya lama' ???....
I was wondering how many people yg dah 'terkena' dgn 'segelintir pegawai penguatkuasa' ni...perasaan mereka mesti bercampur baur antara geram, marah, terkilan, sedih, dsb...🤨. Kesian...😒
(Kalo ye pun jgn la buat perkara terkutuk tu kat pintu masuk Malaysia...v bad reputation utk Msia...)
🙂Untuk pengamal2 rasuah ni hendaklah di'hadiah'kn kpd mereka...undang2 yg lebih mantap n 'mengerunkan' (i.e., bukan setakat denda10x nilai suapan...tp lebih dpd 10x ) + sebatan, etc...
🙂Dan kpd anak2 Malaysia hendaklah dididik mulai dpd tadika lagi...apa itu rasuah, mengapa tuhan xsuka rasuah, akhlaq mulia, etc...dgn mewujudkan kurikulum bersepadu dpd peringkat tadika sehingga ke sekolah menengah mengenai bahaya rasuah dlm pembangunan negara tercinta, etc. (Bagi anak2 beragama islam...tekankan bahawa dgn melibatkan diri dlm rasuah (dan apa2 saje perkara yg xdiredhai Allah swt)... Allah swt akan menjadi sgt murka n mencampakn kita ke dlm api neraka yg panasnya 70x ganda dpd api dunia😲😱😳).
🙂Dan yg plg penting...pemimpin2 (samada atasan atau bawahan) semestinya bebas dpd rasuah (i.e., kepimpinan melalui tauladan)...spt ditunjukkan oleh para sahabat Abu Bakar, 'Umar Uthman, Ali, etc. (ra).
As for myself...sememangnya dah lama rasa mual sesgt n termuntah 🤮 dgn sikap sesetengah manusia ni...yg tamak dunia n xpernah fikir kot diri tu akan mati...😒
Ustaz yg sependapat dgn i 😊 :
https://youtube.com/shorts/7Ym8XWO5XOs?si=_IXlELhI4zdCCrSY
Smoga Allah swt melindungi kita & keturunan kita dpd mengambil & memberi rasuah n segala perkara yg dimurkaiNya.
Ameen yra🤲
Yuzita 😊❤️🌷
Salam all,
Setelah Allah swt mengurniakan kpd kita fadhilat puasa sunat Zulhijjah (i.e., 1 sehingga 9 Zulhijjah)...😊...kini Allah swt mengurniakan pula fadhilat puasa sunat Muharram utk kita berterusan mempertingkatkn amalan soleh utk mencapai redhaNya...👍❤️ :
Selamat mempertingkatkan amalan soleh di bulan Muharram yg mulia ini & smoga diterima Allah swt. Ameen yra🤲❤️
🌷Sejarah puasa 'Asyura & Tasua' :
“Dpd Ibnu Abbas ra berkata: “Nabi saw tiba di Madinah, maka beliau melihat org2 Yahudi berpuasa hari 'Asyura. Beliau bertanya kepada mereka: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Pada hari ini Allah swt menyelamatkan Bani Israil dpd musuh mereka. Maka Nabi Musa berpuasa pada hari ini.” Nabi saw bersabda: “Saya lebih layak dengan Nabi Musa dibandingkan kalian.” Maka beliau berpuasa 'Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa 'Asyura.”
(HR Bukhari & Muslim)
Rasulullah saw juga menyarankn para sahabat ra berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan dpd amalan org2 Yahudi. Sabda Rasulullah saw :
“Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.”
(HR Ahmad)
Rasulullah saw lebih cenderung berpuasa sehari sebelum hari 'Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a :
“Sabda Rasulullah saw: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.”
(HR Muslim)
🌷Kelebihan berpuasa pada hari 'Asyura :
“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda: Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.”
(HR Muslim)
Yuzita😊❤️🌷
Salam all,
HARI ARAFAH : RABU 28 JUN (9 ZULHIJJAH)
🌷1. Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah sangat signifikan kerana ia merupakan puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah haji dari segenap pelosok dunia.
Nabi Muhammad saw bersabda:
“Haji adalah Arafah.”
[Riwayat al-Tirmizi (814)]
Menurut Sayyid Sabiq dalam buku Fikih Sunnah Jilid 3 dijelaskan bahwa wukuf ialah hadir dan berada dimanapun di Arafah meski dalam keadaan tertidur, terjaga, di atas kendaraan, duduk, berbaring, dalam keadaan suci ataupun tidak.
"Haji itu hadir di Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam hari jam'in (10 Zulhijjah sebelum terbit fajar) maka sesungguhnya ia masih mendapatkan haji." (Riwayat al-Tirmizi).
🌷2. Hari kesempurnaan agama.
Di Arafah Rasulullah saw telah menyampaikan khutbah Wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut Rasulullah saw wafat.
Dgn penurunan surah al-Ma’idah ayat 3 iaitu sebagai pernyataan bahawa telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw :
اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
“…Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….”
[Al-Ma’idah: 3]
🌷3. Hari Arafah adalah hari raya untuk umat Islam.
Daripada Uqbah bin Amir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda :
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
“Hari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.”
[Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
🌷4. Hari Arafah adalah hari penyaksian.
Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut Allah swt mengambil perjanjian setia daripada seluruh zuriat Nabi Adam as (i.e., seluruh umat manusia) :
“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu di hadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi,” yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) mengenai (hakikat tauhid) ini.”
[Riwayat Ahmad]
🌷5. Mustajab doa pada Hari Arafah.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
[Riwayat al-Tirmizi (3509)]
*** Waktu mustajab berdoa pd hari Arafah di Malaysia ialah hari Selasa 27 Jun 5:23 pm sehingga Rabu 28 Jun 0:06 am.😊
🌷6. Ganjaran puasa Arafah.
Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan haji namun ganjarannya adalah teramat besar :
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
[Riwayat Muslim (1977)]
🌷7. Hari keampunan.
Hari Arafah adalah hari utk memohon kpd Allah swt pelepasan dpd api neraka. Pada hari ini keampunan Allah swt terbuka luas :
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”
[Riwayat Muslim (2402)]
Selamat meningkatkn amalan soleh kita iaitu pd 1-13 Zulhijjah (i.e., berpuasa, berdoa, memohon ampun, bersedeqah, berkata yg baik2 saje, etc) 😊 & smoga amalan kita diterima Allah swt. Ameen yra🤲
👆Kak Jannah sent me this...🥰😍
Yuzita 😊❤️🌷
Salam all,
Teringat lak masa baru balik tamat belajar dpd USA...niat di hati nk jadi suri rumah sepenuh masa...just concentrate on the upbringing of my kids (masa tu baru ada Yaqeen😊). Pasal keje cari rezeki serah pd Zamdan bulat2...🙂😁.
Xlama lepas bersalinkn Yaqeen di Msia dpt surat dpd JPA...ada kekosongan jawatan pensyarah di ITM. At first I was reluctant to go for the interview...but after kena "lecture" by my mom..."Kalo tau la xnk keje...xpayah htr gi bljr tinggi2...lepas habis spm jer htr menoreh getah kat kebun getah kita kat Dusun Tua."🤣😂🤣😂
Interview berjaya🥴... Alamak baru jer nk rehat...(balik dpd USA bulan Sept 1989...lahirkan Yaqeen bulan Nov 1989...dpt keje ITM bulan Jun 1990). ITM htr di cawangannya di Segamat, Johor.
Seronok jugak keje kat ITM Segamat ni😀. Itu lah first time nampk babi hutan and gajah liar berkeliaran...secara life...dpd my room kat tingkat empat pd jam 7 lebih pagi. Siap ada bunyi2 bagai😂.
Students pun ok...leh buat geng🤣 (Mungkin sbb perbezaan umur xbyk sgt). Ada satu hari tu kami tgh buat discussion...I dok atas meja in the middle of the classroom n the students were around me (i.e., ada yg dok atas meja n ada yg dok atas kerusi)...bising lah jugak sikit. Pastu pengetua ITM masuk kelas tanya..."Ngapa bising2 ni? Mana pensyarah awak sume ??? Students sume pandang I...I pun angkat tangan perlahan2 sambil senyum🙂...(kan dah kantoi !!!😂🤣).
Btw my mom was right...dlm hidup ini perlukan pengorbanan utk memberi hasil yg terbaik utk agama, bangsa n negara. Wpun pada mulanya rasa berat...tp dgn niat yg ikhlas utk redha Allah swt semata2...segalanya menjadi mudah dgn pertolongan Nya😊. Alhamdulillah🤲...
"Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah ayat 127).
Ameen yra🤲...
SELAMAT HARI GURU !!! 😀😊🙂😂😍😅
https://youtu.be/T5ghOn7DIt0Btw
Suria hantar 👇...buat kak ita 🥰 :
Yuzita 😀❤️🌷