Keistimewaan Hari Arafah



🌷1. Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah sangat signifikan kerana ia merupakan puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah haji dari segenap pelosok dunia.

Nabi Muhammad saw bersabda:

“Haji adalah Arafah.” 

[Riwayat al-Tirmizi (814)]

Menurut Sayyid Sabiq dalam buku Fikih Sunnah Jilid 3 dijelaskan bahwa wukuf ialah hadir dan berada dimanapun di Arafah meski dalam keadaan tertidur, terjaga, di atas kendaraan, duduk, berbaring, dalam keadaan suci ataupun tidak.

"Haji itu hadir di Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam hari jam'in (10 Zulhijjah sebelum terbit fajar) maka sesungguhnya ia masih mendapatkan haji." (Riwayat al-Tirmizi).

🌷2. Hari kesempurnaan agama.

Di Arafah Rasulullah saw telah menyampaikan khutbah Wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut Rasulullah saw wafat.

Dgn penurunan surah al-Ma’idah ayat 3 iaitu sebagai pernyataan bahawa telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw :

اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

“…Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” 

[Al-Ma’idah: 3]

🌷3. Hari Arafah adalah hari raya untuk umat Islam.

Daripada Uqbah bin Amir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda :

يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

“Hari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.” 

[Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

🌷4. Hari Arafah adalah hari penyaksian.

Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut Allah swt mengambil perjanjian setia daripada seluruh zuriat Nabi Adam as (i.e., seluruh umat manusia) :

“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu di hadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi,” yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) mengenai (hakikat tauhid) ini.” 

[Riwayat Ahmad]

🌷5. Mustajab doa pada Hari Arafah.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” 

[Riwayat al-Tirmizi (3509)]

*** Waktu mustajab berdoa pd hari Arafah di Malaysia ialah hari Selasa 27 Jun  5:23 pm sehingga Rabu 28 Jun 0:06 am.😊

🌷6. Ganjaran puasa Arafah.

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan haji namun ganjarannya adalah teramat besar :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. 

[Riwayat Muslim (1977)]

🌷7. Hari keampunan.

Hari Arafah adalah hari utk memohon kpd Allah swt pelepasan dpd api neraka. Pada hari ini keampunan Allah swt terbuka luas :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.” 

[Riwayat Muslim (2402)]


Selamat meningkatkn amalan soleh kita iaitu pd 1-13 Zulhijjah  (i.e., berpuasa, berdoa, memohon ampun, bersedeqah, berkata yg baik2 saje, etc) 😊 & smoga amalan kita diterima Allah swt. Ameen yra🤲


👆Kak Jannah sent me this...🥰😍

Yuzita 😊❤️🌷