Salam to all,
The ambassador of Malaysia to Kazakhstan, Bro. Dato' Syed Mohamad Bakri sent us the pictures below of a wedding ceremony in Kazakhstan๐:
๐Bro. Dato' Syed with the bride & bridegroom.
SRI IXORA APARTMENT, KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA yuzitayaacob.blogspot.com
Salam to all,
The ambassador of Malaysia to Kazakhstan, Bro. Dato' Syed Mohamad Bakri sent us the pictures below of a wedding ceremony in Kazakhstan๐:
๐Bro. Dato' Syed with the bride & bridegroom.
Salam semua,
Apakah teknologi SAK?๐ค
SAK merupakan suatu perisian komputer yang diguna dalam pengaplikasian dan penyelesaian masalah matematik dengan melakukan pengolahan ungkapan matematik serta sistem pengiraan dalam bentuk simbol...daripada yang mudah sehingga kepada yang kompleks (Khairina Atika 2004).
SAK berkemampuan tinggi memanipulasi simbol algebra, memplot graf dan memproses nilai dalam sesuatu fungsi.
Penggunaan teknologi SAK tidak terhad hanya dalam bidang matematik sahaja malahan ia juga turut menyokong pelbagai bidang lain seperti robotik, pemprosesan signal, geometri algebra, rekabentuk geometri berbantukan komputer, sistem dinamik dan mekanik, fizik, kimia, biologi, sains komputer dan penyelesaian masalah logik (Noor Aini 2004).
Contoh perisian SAK ialah
Axiom, GeoGebra, Magma, Maple, Mathematica, Maxima, MuPAD dan TI-Nspire CAS (produk Texas Instrument (TI)).
Pengaplikasian teknologi SAK dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan menyeronokkan untuk penyelesaian sesuatu masalah (Geelan, D.R. et. al., 2010, Hazlina 2014).
Pakej simbolik didefinisi sebagai suatu pakej yang
dibina dengan menggunakan teknologi SAK. Teknologi SAK berupaya menyediakan
persekitaran inovatif dalam penyelidikan pembangunan pakej simbolik yang dapat diaplikasi
ke dalam pelbagai bidang keilmuan seperti sains, matematik dan kejuruteraan
(Yuzita 2007).
Yuzita
Salam semua,
Era globalisasi dalam abad ini menuntut
pelajar supaya berdaya saing, bijak berkomunikasi serta mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kaedah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (KPBM) dan kemahiran generik perlu dijana di
peringkat sekolah lagi untuk membentuk insan berketrampilan agar dapat memenuhi
pasaran pekerjaan samada di dalam atau luar negara.
Pada tahun 2019 Malaysia berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) apabila julung kalinya memperolehi skor melebihi 700 (aras tertinggi) dalam subjek matematik dan sains iaitu 25 paperTIMSS dan 65 eTIMSS untuk subjek matematik manakala 13 paperTIMSS dan 23 eTIMSS untuk subjek sains. Skor purata subjek matematik untuk paperTIMSS meningkat lapan mata kepada 473 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015 tetapi menurun empat mata kepada 461 (aras rendah) untuk eTIMSS. Skor purata subjek sains menurun dua mata kepada 469 (aras rendah) berbanding dengan tahun 2015. Skala pencapaian TIMSS 2019 bagi sains dan matematik ditetapkan kepada aras tertinggi dengan skor 625, aras tinggi (550), aras sederhana (475) dan aras rendah (400).
Kajian TIMSS 2019
dilaksanakan dari 16 Oktober hingga 1 November 2018 membabitkan 1,560 pelajar
tingkatan dua bagi paperTIMSIS dan 8,077 pelajar tingkatan dua bagi eTIMSS
(Star online, 9 Disember 2020).
Hasil dapatan TIMSS 2019 digunakan sebagai panduan untuk merumus strategi menambah baik pelbagai program dan initiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengambil kira kejayaan pelajar di pelbagai peringkat serta teknik dan kaedah penyampaian guru dalam bilik darjah (Star online, 9 Disember 2020). KPM berhasrat untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dalam tempoh lima belas tahun akan datang (Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia 2015).
Bentuk soalan dalam ujian TIMSS bagi subjek
matematik dan sains lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah yang memerlukan
KBAT seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar mengaplikasi
(Zuriawahida 2016). Justeru itu anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk meningkatkan kualiti
pendidikan Malaysia bertaraf dunia dengan merombak semula sistem
peperiksaan dan penilaian bagi memberi tumpuan terhadap KBAT (Zuriawahida
2016).
Projek penyelidikan “Computer Algebra System - Critical Thinking” (CAS - CT) ini bertujuan untuk meningkatkan KBAT dengan memfokus kepada pemikiran kritis melalui KPBM dengan mengguna pakej simbolik berasaskan teknologi Sistem Algebra Komputer (SAK). Pakej simbolik ini dinamakan sebagai i-phys 2.0 yang merupakan kesinambungan dan peningkatan terhadap pakej simbolik i-phys (Hazlina 2014). Fokus bidang pembelajaran i-phys 2.0 ialah fizik (Daya dan Gerakan) untuk pelajar tingkatan empat di Malaysia.
Model
pembelajaran yang digunakan untuk membangun i-phys 2.0 ini ialah Taksonomi
Bloom (rujuk Rajah 1). Satu pendekatan pembelajaran baharu juga diperkenalkan untuk
menyokong pemikiran kritis dengan menggunakan ciri-ciri konsep pedagogi SAK
iaitu interaktiviti, visualisasi, eksperimentasi, teknik langkah demi langkah
dan kepelbagaian perwakilan.
Pakej pembelajaran berintegrasikan SAK amat bersesuaian untuk memahami masalah fizik kerana berupaya mempamer masalah matematik dalam bentuk simbolik, mempersembah dalam bentuk grafik 3D, animasi, simulasi dan memplot graf dengan amat jelas dan menarik (Radian dan Alexandra 2009).
Penerapan ciri-ciri konsep pedagogi SAK dalam pemahaman konsep fizik adalah amat wajar kerana menurut Yuzita (2007, 2010) ciri-ciri tersebut menyediakan kepelbagaian perwakilan (i.e., animasi, simulasi, grafik, numerik dan simbolik) hasil daripada pelbagai nilai input daripada eksperimentasi dan eksplorasi yang dijalankan oleh pelajar. Hal tersebut penting kerana secara tidak langsung dapat membantu dalam proses perkembangan kognitif pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dalam memahami sesuatu konsep fizik.
Rajah 1:
** ๐Pendidikn di msia utk jd spt dlm gambr di atas tu...ntah bila ye...๐
** ๐Kaedah Pendidikan Berasaskan Masalah (KPBM) memotivasi perbincangan dalam kumpulan (spt gambar di bawah) yang berupaya menjana kemahiran generik. Teknologi SAK amat wajar diguna oleh para pelajar dlm menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan kerana teknologi tersebut memudahkan eksplorasi dan eksperimentasi dijalankan. Ini secara langsung dpt meningkatkan pemikiran kritis.
Yuzita ❤️๐น๐
Salam to all,
Menghafal Al-Quran merupakan suatu amalan yang sangat ditakuti oleh Iblis & syaitan dan senjata yang paling ampuh melawan serta melumpuhkan mereka.
๐นDi antara manafaat yang dijanjikan Allah swt untuk sesiapa yang menghafal Al-Quran ialah :
1. “Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.
2. “Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
3. "Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya yang mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”
4. Orang yang hafal Al-Quran pada hari kiamat Al-Quran akan datang kpdnya dan berkata :
“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan, tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat dia diberi tambahan satu kebajikan."
5. “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah swt dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dpdNya iaitu Al-Quran”.
๐นFirman Allah swt :
"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yg sgt mulia"...Al-Waaqi'ah : 77
"Diturunkn dari Tuhan Semesta Alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran itu?"...Al-Waaqi'ah : 80 & 81
Oleh itu...sesibuk mana pun kita setiap hari... luangkan lah masa utk membaca & mentadabbur Al-Quran sebelum memulakn sesuatu pekerjaan (spt menuntut ilmu, menulis kertas kerja, memasak, dsb)...agar setiap pekerjaan tersebut drahmati Allah swt...walaupun dgn satu mukasurat Al-Quran atau beberapa ayat Al-Quran sahaja atau...(mengikut kemampuan kita)...๐๐.
Sekiranya bekemampuan...hafal sekali ayat2 yg baru dibaca tadi...๐☺️.
Ameen yra๐คฒ๐๐งก
Cinta Al-Quran :
Redha Allah swt :
Yuzita❤️๐ท๐น๐
Salam to all,
Na'im's wsp to Yaqeen :
Auta
Mama jwb :
๐๐๐ ๐
** Lama dh xdgr perkataan "auta"๐...Yaqeen mmg suka menyakat adik dia...Na'im.
Yuzita๐❤️๐ท
Salam to all,
Why...with a sudden I was thinking of Prof Steinberg...๐ค?
...becoz this morning as I was looking for some stuff for the paper I am working on (in a bundle of files and papers ๐)...I came across the hardcopy of the email below๐
I love to ask for his advice whenever I got stuck with something...and so far he was always there for me. For example...when I failed to get the fund for the CAS-CT project...he advised me to go to plan B, and if it failed too...go to plan C...and so on...but never ever give up๐...that is what he usually does๐. (He received awards from the UNM for his research grants...).
But as for myself..."dh tawar hati"...need time to pick up myself back again๐...maybe becoz this is the first time my research proposal was rejected...
Yuzita❤️๐๐งก๐๐๐๐ค๐
Salam to all,
๐ทObjektif Program mentor-mentee PAUT :
i Mentee dapat bimbingan dan mengembangkan pengetahuan umum mereka.
ii. Mentee dapat merasai keprihatinan mentor dan meningkatkan motivasi mereka.
iii. Mentor dan mentee dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sesama mereka.
iv. Mentor dan mentee dapat menjalin silaturrahim sesama mereka.
v. Mendokong matlamat PAUT dalam memberi balik “give back” kepada masyarakat.
vi. Mentor dapat berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup mereka kepada mentee.
๐ทMentor for Team 18 ๐...
Dr. Yuzita Yaacob :
❤️KUMPULAN 18
PEMBANTU : JEAN JOANNA JOE
1. MUHAMMAD DANISH ASHRAFF BIN MOHAMAD JAMIL (3 DEDIKASI)
2. LUQMAN ADIL BIN ROHIM (2 BIJAK)
3. MUHAMMAD SYAZWAN ISKANDAR BIN SYAARI (2 FIKIR)
4. AQIL ZUFAYRI BIN AZHAR (2 IBNU SINA)
5. IZZATUL ANATASHA BINTI SUNAIN (3 EFISIEN)
6. AUDADI BISYARAH BINTI MOHAMAD RADZY (2 BIJAK)
7. FAZIERA NAZIELA BINTI MUNAWER (2 DEDIKASI)
8. DAYANA BATRISYA BINTI MOHD NIZAM (3 BIJAK)
Semoga setiap perjumpaan kita dirahmati Allah swt...๐๐งก
Ameen yra๐คฒ
** Jazakallahu khairan kathira kpd Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas segala kata2 nasihat dlm pendidikan anak2.
Semoga Tuan Guru dirahmati Allah swt dan bahagia di sana...ameen yra๐คฒ๐...๐งก
Yuzita...❤️ UOL ๐ค๐