Salam all,
Pernah x rasa sedih, sayu, hiba 😢...apabila x dpt menjalankn amalan rutin yg biasa dilakukan atas sbb faktor kesihatan ? Contoh amalan membaca Quran dgn kuat xdpt dilaksanakan atas sbb menghidap batuk & selsema yg teruk, puasa nabi daud xdpt dilaksanakan atas sbb sakit yg memerlukan pengambilan ubat tiga kali sehari 😀, etc.
Sesungguhnya Allah swt yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...yg Maha Mengetahui perasaan sedih yg sedang dialami oleh hamba Nya yg sedang sakit n tidak mampu utk melaksanakn amalan rutin yg biasa dilakukannya...mengubati perasaan tersebut melalui firman Nya...melalui lidah kekasih Nya, nabi Muhammad saw :
Pahala amal berterusan walaupun ketika sakit :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يُصَابُ بِبَلَاءٍ فِي جَسَدِهِ إِلَّا أَمَرَ اللَّهُ تَعَالَى الْحَفَظَةَ الَّذِينَ يَحْفَظُونَهُ قَالَ اكْتُبُوا لِعَبْدِي فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ مِثْلَ مَا كَانَ يَعْمَلُ مِنْ الْخَيْرِ مَا دَامَ مَحْبُوسًا فِي وَثَاقِي
Dari Abdullah bin 'Amru ra berkata: Nabi saw bersabda: "Tidaklah salah seorang dari kaum muslimin yang terkena musibah pada tubuhnya kecuali Allah akan menyuruh kepada para Malaikat yang selalu menjaganya, Allah berfirman: "Tulislah untuk hamba Ku di setiap siang dan malam dengan amal kebaikan sebagaimana amal kebaikan yang biasa ia lakukan, iaitu selama ia terpenjara oleh sakit yang Aku berikan."
(HR Ahmad No : 6574) Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Setiap Muslim yang diuji dengan kesakitan dan bersabar dengannya akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah
2. Muslim yang bersabar dengan musibah yang dihadapi akan tetap mendapat ganjaran pahala sepanjang siang dan malam seperti apa yang biasa dilakukan semasa sihat.
3. Lakukanlah sebaik2 amal semasa sihat kerana akan ditulis berterusan oleh Malaikat sebagai amal soleh walaupun ketika dia sakit dan tidak mampu melakukannya.
Beruntunglah seorang Muslim yang sentiasa ditulis oleh Malaikat dengan amal soleh, walaupun tidak dapat melaksanakannya ketika ditimpa musibah. Disamping mendapat keampunan dosa, dia tetap mendapat pahala seperti sewaktu dia sihat.
(Dipetik dpd Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, 21 Sept 2016 : Perkongsian 1 hari 1 hadith)
Yuzita❤️Allah swt


100%
ReplyDeleteSuria wrote :
ReplyDeletesemoga kak ita sihat dan sembuh dari segala kesakitan dan cergas....aamiin
Bada wrote :
ReplyDeleteK jujie, dh kena makan ubat ye, semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan dpt beribadat kpd Allah dengan lebih baik, InsyaAllah Aaminn
Zue-Faris wrote :
ReplyDelete👍 Terima kasih kak Jujie.. 🌹
Atiqah wrote :
ReplyDelete❤️
Mastura wrote :
ReplyDelete❤️
Jannah wrote :
ReplyDelete❤️
Rahmah wrote :
ReplyDelete❤️
Kak Zid wrote :
ReplyDelete🤲